S2 ; Thirteen

1.7K 148 1
                                    

Eunsoo balik ke rumahnya dengan perasaan yang sungguh gembira. Sepanjang perjalanan, dia asyik tersenyum lebar sahaja.

Kalau nak diikutkan, memang la Hoseok nak hantar Eunsoo balik.. tapi Eunsoo menolak dengan baik sekali. Hoseok hanya mengikut sahaja kata-kata Eunsoo itu.

Sebelum masuk ke dalam rumah, sekali lagi dia melihat cincin yang diperbuat daripada bunga di jari manisnya. Dia tersenyum.

Eunsoo masuk ke dalam rumahnya. Langkahnya terhenti apabila dia melihat seorang yeoja yang berwajah putih suci dan baju gaun yang berwarna putih bersih tanpa sebarang kotoran sedang duduk di sofa depan katilnya. Dia menelan air liurnya perit.

"Nu..nugu..seyo?"

Takut-takut Eunsoo menyoal. Haera terkejut.

"Dia.. boleh nampak aku?"

Haera berkata dengan perlahan. Dia bangun lalu dia berjalan ke arah Eunsoo dengan perlahan-lahan.

Kini, dia berdiri di depan Eunsoo. Eunsoo hanya mendiamkan dirinya sahaja. Perasaan takut menyelubungi dirinya.

"Macam mana kau boleh nampak aku?"

"Nampak kau? Apa maksud.. eh jap."

Eunsoo berfikir sejenak. Kemudian, dia memandang Haera.

"Kau.. Min Haera ke?"

Haera mengangguk. Eunsoo cuba untuk memegang tangan Haera. Dia terkejut apabila dia dapat merasakan tangan Haera yang sejuk itu.

Haera pelik dengan tindakan Eunsoo itu. Baru je dia nak soal, Eunsoo dah peluk dia terlebih dahulu. Terkejut Haera dibuatnya.

"Akhirnya! Permintaan aku nak nampak kau and bersembang dengan kau dah termakbul."

Eunsoo memeluk Haera dengan erat. Haera tersenyum lalu membalas pelukan Eunsoo.

Haera meleraikan pelukan apabila sudah lama mereka berpeluk. Eunsoo mengamati wajah bersih Haera itu.

"Tapi.. macam mana aku boleh nampak kau? Sedangkan selama ni kita just berhubung dengan buku kau je."

Haera berfikir sejenak. Dia pun pelik. Kenapa tiba-tiba sahaja Eunsoo boleh melihat dirinya.

"Erm.. ada tak perkara yang membuatkan kau happy gila?"

Terus Eunsoo mengangguk. Dia menunjukkan jarinya yang tersarung di jari manisnya. Dia tersenyum lebar.

"Hoseok lamar aku and aku terima!"

"Patut la.. maybe sebab ni kott."

"Apa Haera?"

Haera memandang Eunsoo. Dia menggeleng.

"Aku nak keluar kejap tau."

"Okey.. tapi kau tak nak pinjam badan aku ke?"

"Tak payah. Aku nak jumpa Yoongi. Dia boleh nampak aku dengan keadaan aku sekarang ni."

Eunsoo mengangguk faham. Haera keluar dari rumah Eunsoo.

Tiba-tiba.. entah dari mana asap muncul dan seorang wanita berdiri di depan Haera. Haera memandang wanita itu.

[C] love hurt S1 + S2 | taehyung.Where stories live. Discover now