"Annyeong Haera. Esok datang tau!"
"Nae."
Aku melambaikan tangan kepada Raeyeon, Seowoo, Jimin dan Jungkook.
Siap aku habis mengemas barang-barang aku, aku melihat sekeliling kelas.
Mana Taehyung? Takkan dah balik? Erm.. tak apa la.
Aku menyandang beg sekolahku lalu keluar dari kelas.
Sebelum balik, aku pergi ke cafe sekolah untuk membeli roti dan air untuk makan semasa balik nanti.
"Kamsahamnida ahjumma."
Aku tersenyum sambil mengambil duit baki dari ahjumma.
Lalu, aku pun keluar dari kawasan sekolah dan makan makanan yang aku beli.
"Hari ni hari yang paling pelik."
Aku mencubit roti tersebut dan makan.
•••
"Aku dah balik."
Aku masuk ke dalam. Aku terkejut apabila Jiyeon Eonnie sedang duduk di ruang tamu.
"Eh? Eonnie? Eonnie buat apa dekat sini?"
Soal aku dengan pelik. Dia hanya tersenyum.
"Tunggu Yoongi. Dia ajak keluar."
Aku terus melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Kalau Haera tanya, eonnie jangan marah tau."
"Apa dia?"
"Eonnie dengan Yoongi.. together eh?"
Jiyeon Eonnie tersenyum. Aku tanya, dia senyum. Tak penat ke asyik senyum je? .-.
"Buat apa tu? Gosip eh."
Yoongi menegur. Ish.. kacau je la dia ni. Baru nak dengar jawapan daripada Jiyeon Eonnie.
"Biar la kitorang nak gosip ke apa. Kau apa tau?"
Dia mencebik.
"Kau jaga rumah elok-elok. Aku nak keluar dengan Jiyeon kejap."
Katanya sambil membetulkan rambut yang memang ada dekat ruang tamu.
"Keluar dating kan? Balik lambat pun tak apa. Aku tak kesah. Have fun la ye."
Aku menjejakkan kaki di anak tangga.
"Mana ada! Kau tak tau apa-apa senyap je la."
Aku memusingkan badan menghadap Yoongi. Aku sandarkan badan di tempat pemegang.
"Ala Yoongi. Tak payah tipu la. Kalau dah suka tu, cakap je la. Tak payah pendam-pendam. Lagipun, aku suka Jiyeon Eonnie. Boleh la dia jadi kakak ipar aku. Okey la, aku naik dulu. Nak mandi. Annyeong!"
Aku terus berlari naik ke atas.
"Yah! Min Haera!"
Sebelum aku masuk ke dalam bilik, aku terdengar Yoongi menjerit.
Aku tergelak kecik. Comel betul.
YOU ARE READING
[C] love hurt S1 + S2 | taehyung.
FanfictionSeason 1 ; + don't hurt me with your love Season 2 ; + aku akan tunggu korang dekat sana Season 1 ; Start : 160913 Complete : 161203 Season 2 ; Start : 170624 Complete : 170813 ©️ Kim Taehyung's Fanfiction