Dalam kereta, aku hanya mendiamkan diri. Aku perasan yang Yoongi asyik pandang aku je.
"Kau kenapa Yoongi? Pandang-pandang.. tau la aku cute."
Dia membuat muka menyampah.
"Perasan nyer lahai. Aku pandang kau sebab pelik."
"Hah? Apa yang pelik nyer?"
"Kau tak macam diri kau. Asal senyap je ni? Bukan kau selalu memekak ke?"
Aku tersenyum nipis lalu membuang pandang ke luar tingkap.
"Tak tau la."
Chip! Chip!
Aku mengambil phone aku yang berada di poket blazer. Lalu, chat dari dia aku bukak.
xxx: yah
xxx: aku nak kau pergi Flower Park sekarangMnHae: waeyo?
xxx: sampai sana nanti, kau akan tau
"Yoongi! Bawak aku pergi Flower Park sekarang."
"Hah? Flower Park? Kau nak buat apa?"
"Bawak je la."
"Yela."
Yoongi pun membuat u-turn lalu membawa pergi ke Flower Park.
Kenapa dia suruh aku pergi Flower Park?
Sebaik sahaja Yoongi parking, aku terus keluar dari kereta dan meluru masuk ke Flower Park.
Tapi, aku ternampak orang ramai sedang berkumpul. Ada apa dekat sana? Aku pun pergi ke tempat orang ramai tersebut. Mata aku terbeliak apabila aku memandang Taehyung sedang melutut di depan Hyunsoo.
Mataku mula berkaca.
"Lee Hyunsoo! Disaksikan orang ramai dekat Flower Park ni.."
Aku menunggu kata-kata yang bakal Taehyung cakap dengan berdebar.
"Sudikah awak menjadi yeochin saya?"
Aku mengundur beberapa tapak ke belakang.
Tak..
"Nae! Saya terima!"
Serentak dengan jawapan Hyunsoo, kakiku mula lemah lalu aku terduduk dan menangis.
Orang ramai bersorak gembira sedangkan aku menangis.
"Haera.."
Seseorang mencangkung depan aku lalu menghulurkan sapu tangan kepadaku.
"N..nuguseyo?"
"Kau tak perlu tau aku siapa. Maafkan aku sebab aku suruh kau datang sini. Tapi, aku tak nak kau terus berharap dekat V."
Dia berkata sambil mengelap air mataku. Aku memandang mukanya. Dia tersenyum apabila perasan yang aku tengok dia.
"Aku pergi dulu."
Dia meletakkan sapu tangan diribaku lalu pergi meninggalkan aku.
"Haera!"
Aku memandang orang yang memanggil aku.
"Y..Yoongi.."
Dia mencangkung depan aku.
"Yah.. gwaenchana? Kenapa kau duduk dekat sini? Kenapa kau menangis ni?"
Soalnya bertalu-talu. Air mataku mula mengalir sekali lagi. Aku menunjukkan ke arah Taehyung.
Yoongi mengikut telunjuk aku.
YOU ARE READING
[C] love hurt S1 + S2 | taehyung.
FanfictionSeason 1 ; + don't hurt me with your love Season 2 ; + aku akan tunggu korang dekat sana Season 1 ; Start : 160913 Complete : 161203 Season 2 ; Start : 170624 Complete : 170813 ©️ Kim Taehyung's Fanfiction