19

2.1K 196 1
                                    

Haeri dah lama berada di dalam wad. Aku jadi tak senang duduk.

Beberapa minit kemudian, doktor keluar dari wad.

Dengan muka yang sedih.

Aku harap riak muka tu palsu. Aku dengan Yoongi meluru ke arah doktor.

"Doktor! Macam mana dengan saeng saya?"

"Mianhae.. saya dah cuba buat yang terbaik. Tapi dekat badan dia bukan sahaja ada lebam-lebam tapi ada jugak tusukkan (?) pisau. Dan.. dekat leher dia ada gores dengan pisau. Dalam. Sekali lagi saya memohon maaf dan takziah saya ucapkan."

Aku terduduk.

"Tak.. semua tu tipu! Tak mungkin Haeri dah pergi! Tak! Tak! Aku tak percaya!"

Aku seperti orang giler. Yoongi mencangkung lalu memegang bahu aku.

"Haera! Bawak bertenang! Kita kena terima takdir. Kita bukannya boleh buat apa-apa pun."

Aku menangis teresak-esak.

"Haeri.. aku mintak maaf sebab aku tampar kau."

Aku memeluk kakiku.

•••

"Haeri!"

Aku terjaga dari tidurku. Aku bangun dan duduk di atas katil.

Buat seketika.. aku teringat semula mimpi aku tadi. Aku meraup muka aku. Aku mengeluh. Baik aku pergi cuci muka. Baru je aku nak turun dari katil, seseorang masuk ke dalam wad.

"Haera, nak pergi mana?"

"Aku nak pergi bilik air. Nak cuci muka."

"Tak payah.. kau duduk je atas katil. Aku pergi amekkan air."

"Aku boleh buat sendiri la Yoongi."

"No. Biar aku amek air. Kau duduk atas katil. Layan chingu kau tu."

Chingu?

"Haera! Kenapa tak cakap dengan aku yang kau tak sihat? Kau tau tak betapa risaunya aku biler Suga Hyung cakap kau ada dekat hospital."

Dia duduk di birai katil.

"Ahh.. mianhae Tae! Aku lupa nak bagitau kau tadi. Yela.. orang sakitkan, mana nak ingat apa-apa."

Aku tersengih. Tiba-tiba dia memeluk aku. Terkejut aku dibuatnya.

"Kau ni. Jangan la paksa diri kau. Tengok, sekarang kau sakit. Aku tak suka tengok kau sakit."

Aku tersenyum lalu membalas pelukannya.

"Nae. Aku janji yang aku takkan buat kau risau lagi."

Aku meleraikan pelukan. Dan, aku ternampak Yoongi memandang ke arah kami berdua dengan pandangan yang geli sambil memegang besen.

"Geli aku tengok korang ni. Berpeluk-peluk pulak. Ergh.."

Aku mencebik. Dia meletakkan besen di atas meja lalu menolak meja tersebut ke arahku.

Aku pun mula mencuci muka.

"Ha.. baru segar sikit."

[C] love hurt S1 + S2 | taehyung.Where stories live. Discover now