Jiyeon duduk di sisi Yoongi selepas menidurkan Yoonji.
"Oppa.."
Panggil Jiyeon. Yoongi memandang Jiyeon.
"Nae?"
"Oppa okey ke tak ni? Dari oppa balik tadi.. oppa senyap je."
Yoongi mengeluh. Dia melentokkan kepalanya di bahu Jiyeon.
"Maafkan oppa sebab hari ni oppa tak layan jagi sangat. Oppa teringat dekat Haera."
Jiyeon mengulus pipi Yoongi. Dia tersenyum nipis.
"Jagi faham. Tapi oppa tak boleh terus-terusan jadi macam ni. Oppa kena kuatkan diri oppa. Mungkin ini ujian dari Tuhan untuk oppa?"
Yoongi hanya mendiamkan dirinya mendengar kata-kata Jiyeon.
"Jagi pun rindukan dekat Haera. Walaupun jagi tak sempat nak kenal Haera dengan lebih mendalam, jagi tau yang dia seorang saeng yang baik."
"Ya. Dia memang saeng yang baik. Walaupun dia annoying, dia selalu ada bila oppa perlukan dia."
Jiyeon tersenyum.
"Oppa nak tengok Yoonji kejap."
Yoongi bangkit lalu mendaki tangga untuk pergi ke bilik anaknya.
Apabila dia membuka pintu bilik anaknya, dia terkaku. Kelihatan seorang yeoja sedang berdiri di sisi katil Yoonji.
"Neo nuguya? Macam mana kau boleh masuk bilik anak aku ni?"
Soal Yoongi tanpa rasa takut. Perlahan-lahan yeoja tu memandang Yoongi. Dia tersenyum.
Yoongi tergamam. Dia tak percaya apa yang dia lihat sekarang ni.
"Annyeong Yoongi. Tak sangka kau kahwin juga dengan Jiyeon Eonnie. Anak kau pun comel."
Haera tergelak kecik. Yoongi masih lagi terdiam.
"Mesti kau terkejutkan? Mianhae. Aku tak nak kacau kau dengan Jiyeon Eonnie bermesra dekat bawah. Geli ketiak aku tengok tadi."
Haera menggulingkan matanya. Yoongi datang dekat ke arah Haera. Haera hanya melihat sahaja kelakuan Yoongi itu.
Tak semena-mena bontot Haera ditendang oleh Yoongi. Kedepan Haera dibuatnya.
"Yah!"
Jerit Haera tapi tak kuat sangat. Tak nak kejutkan Yoonji terjaga dari tidurnya.
"Tak padan dengan hantu. Perangai bangang still ada."
Yoongi berkata dengan selamba. Bengang Haera dibuatnya.
"Menyesal aku datang kalau ni cara kau layan aku. Dah la. Aku pergi dulu. Huh!"
Haera ingin keluar dari rumah Yoongi mengikut dinding. Well, hantu kan  ̄ω ̄
Yoongi menarik tangan Haera lalu memeluk Haera dengan erat.
"Pabo. Aku rindu kau."
Haera tersenyum. Dia memeluk Yoongi kembali.
"Aku rindu kau juga. Eomma, appa dengan Haeri pun rindu kau."
Haera mendongak memandang Yoongi. Yoongi memandang Haera.
"Diorang.. sihat?"
Bergetar suara Yoongi apabila melontarkan soalan tersebut. Haera mengangguk.
"Kitorang setia tunggu kau Yoongi. Ingatkan aku turun ni aku nak tarik kau sekali ikut kitorang."
"Tapi aku tau kau ada kehidupan dekat sini. Kau ada isteri, anak. Kitorang akan tunggu kau sampai masa kau dah tiba nanti."
Yoongi mengusap-usap rambut Haera.
"Kitorang minta maaf sangat-sangat dekat kau. Sebab kitorang tinggalkan kau macam tu je."
"Gwaenchana. Aku tau ni ujian yang harus aku hadapi."
Yoongi menahan air matanya dari mengalir. Haera meleraikan pelukan. Matanya tertumpu pada muka pintu.
"Jiyeon Eonnie.."
Panggil Haera. Yoongi memandang Jiyeon yang berdiri di muka pintu.
"Jom keluar. Nanti anak aku terjaga."
Haera hanya menganggukkan kepalanya. Yoongi menarik tangan Jiyeon untuk keluar dari bilik Yoonji.
Haera hanya membuntuti sahaja langkah Yoongi dengan Jiyeon. Dia tersenyum gembira melihat Yoongi dengan Jiyeon.
Yoongi dengan Jiyeon duduk di sofa yang muat untuk 2 orang manakala Haera conquer sofa yang muat 3 orang.
"Elok sikit perangai tu. Kau dekat rumah aku ni."
Yoongi memandang Haera tajam. Haera menarik muka.
"Dulu ni pun rumah aku. Tu bilik anak kau tu, bilik aku kan?"
"Dulu. Sekarang lain."
Jiyeon hanya menggeleng melihat telatah dua beradik ni. Dia tersenyum.
"Jiyeon Eonnie.. tengok la Yoongi tu. Babap dia!"
"Eh kau. Dia isteri aku tau!"
Yoongi memeluk bahu Jiyeon. Haera menggulingkan matanya.
"Lama tak jumpa Haera."
Jiyeon mengeluarkan suaranya apabila dah lama mendiam diri. Haera tersenyum.
"Sama la. Eonnie makin cantik. Tak padan dengan Yoongi yang hodoh ni."
"Hoi!"
Haera menjelirkan lidahnya. Jiyeon hanya tergelak kecik.
"Kau.. dah jumpa siapa je?"
"Raeyeon, Jungkook dengan korang berdua je la."
"Kenapa tak jumpa Jimin? Kau tau tak, dia sedih bila teringat dekat kau. Tadi dekat cafe pun bukan main lagi lari bila nampak kau."
Haera tersenyum kelat.
"Aku tau. Aku ada masa tu. Cuma aku sembunyikan diri aku dari dilihat oleh korang bertiga."
"Esok aku jumpa la dia. Dengan Seowoo. Rindu dekat kawan aku sorang tu."
Yoongi hanya menganggukkan kepalanya. Jiyeon diam sambil menonton tv. Sesekali dia mendengar perbualan dua beradik itu.
"Taehyung..?"
"Aku tak faham dengan dia tu. Dia dah tak lepak dengan kitorang. Sedih sangat gamaknya bila tau kau dah tak ada."
Haera terdiam. Dia teringat dekat Taehyung.
"Aku nak jumpa dia."
"Pergi la. Aku tak halang. Dia ada je dalam rumah dia tu."
"Tapi bukan dengan keadaan macam ni."
Yoongi dengan Jiyeon memandang Haera. Pelik.
"Kenapa?"
"Tuan aku just bagi kau, Jiyeon Eonnie, Jungkook, Raeyeon, Seowoo dengan Jimin je nampak diri aku ni. Tapi tak bagi Taehyung."
Yoongi mengangguk faham.
"Mesti sebab Taehyung buat kau tu."
"Maybe."
"Eonnie.. eonnie ada tak kawan eonnie yang macam malas nak hidup tapi still hidup? Umur lebih kurang macam Taehyung dengan kawan Haera yang lain."
Jiyeon berfikir sejenak. Menghadam kata-kata Haera.
"Ada rasanya. Kenapa?"
Haera tersenyum penuh makna.
To Be Continue
YOU ARE READING
[C] love hurt S1 + S2 | taehyung.
FanfictionSeason 1 ; + don't hurt me with your love Season 2 ; + aku akan tunggu korang dekat sana Season 1 ; Start : 160913 Complete : 161203 Season 2 ; Start : 170624 Complete : 170813 ©️ Kim Taehyung's Fanfiction