3

4.1K 330 9
                                    

"Haera.. bangun la woi!" Aku menggeliat. Perlahan-lahan aku membuka mataku.

"Bangun pun.. ingatkat kau dah mati tadi." Aku memandang Yoongi yang duduk di sofa yang aku baring.

"Kau nak aku mati ke?" Soalku.

"Giler kau? Aku tak ada kejam nak tengok satu-satunya saeng aku ni mati. Dah la. Bangun. Jom balik." Kata Yoongi. Aku bangun lalu meregangkan badanku. Yoongi mengambil beg bimbitnya.

"Yoongi.. eomma dengan appa balik bila ehh?" Aku menyoal.

"Kalau tak silap aku, hari Isnin minggu depan. Asal tanya?" Aku menggelengkan kepalaku lalu aku berdiri.

"Tak ada apa la. Just rindu je dekat diorang." Aku tersenyum. Yoongi turut tersenyum.

"Aku pun rindukan diorang. Jom la balik. Nanti kau tanya dekat kawan kau. Ada homework ke tak." Pesan Yoongi. Aku mengangguk. Lalu aku dan Yoongi pun keluar dari bilik Yoongi dan menuju ke basement.

Yoongi membuka kereta lalu masuk ke dalam. Begitu jugak dengan aku. Yoongi memanaskan enjin kereta. Tak lama kemudian, dia memandu pulang.

Sepanjang perjalanan, aku hanya memandang ke luar tingkap dan mendiamkan diri. Tiba-tiba aku terasa ada seseorang yang memegang tangan aku.

And yeah, of course la Yoongi. Sape je yang ada dekat dalam kereta ni melainkan kitorang?

Aku memandang Yoongi. Yoongi menekan auto drive lalu memandang aku.

"Kenapa ni? Dari tadi senyap je. Selalunya mulut kau tak boleh nak tutup." Katanya. Aku tersenyum nipis.

"Aku okey la. Jangan la risau." Aku menyedapkan hati Yoongi.

Forever we are young
Narineun kkochip bi sairo
Hemaeeo dalline i miro
Forever we are young
Neomeojyeo dachigo apado
Kkeuteopsi dalline kkumeul hyanghae

Secara tiba-tiba, phone aku berbunyi. Aku menjawab panggilan tersebut.

"Haera! Asal kau tak datang sekolah tadi?! Kau tau tak?! Berbuih aku jawab soalan dari sunbae-sunbae and hubae-hubae yang rapat dengan kau!" Aku menjauhkan sedikit phoneku. Eeii minah ni! Kalau telinga aku pekak macam mana?! Dah la kuat membebel! Aku mendekatkan semula phoneku ke telingaku.

"Hish kau ni Raeyeon! Tak ada bagi salam apa semua, terus kau nak jerkah aku! Aku tak datang sekolah tadi ada sebab la! Bukannya aku saja-saja nak ponteng! Kau ingat aku suka sangat ke nak ponteng?!" Kataku dengan geram.

"Yela. Sorry. Just aku penat nak jawab soalan dari diorang. Balik-balik soalan sama. Muak aku dengar." Alolo kesian dia ye. Kau ingat aku heran? Padan muka kau! Muahahaha... Jahat kan aku? Well aku memang jahat pun  ̄ε  ̄

"Nasib kau la. Oh ye, ada homework ke?" Mintak-mintak la tak ada.

"Tak ada."

"Yeay!!!!" Aku bersorak kegembiraan. Aku memandang Yoongi yang sedang tidur. Nasib baik dia setkan auto drive kalau tak, say good bye to world~~

"Tak payah ar nak excited lebih. Aku tau, esok kau datang sekolah. Kalau tak, aku serbu rumah kau!" Belum sempat aku nak jawab, dia dah end call. Tch. Macam la kau berani sangat nak serbu rumah aku = ̄ω ̄=

Aku meletak kembali phoneku ke dalam sling bag. Selama aku tak datang sekolah tadi, apa jadi erk? Maybe tak ada apa kott. Sebab kalau ada pun, mesti Raeyeon bagitau aku masa dia call aku.

Aku memandang Yoongi. Wah.. sedapnya dia tidur. Aku pun nak tidur jugak. Tapi kalau dah sampai rumah, tak ada sesiapa perasan. Dah la aku dengan Yoongi ni tidur mati.

Dah tak tau nak buat apa, aku mengambil semula phoneku dan melayan media sosial tak pun aku main game. That's all. Dah pi sana. Jangan kacau aku nak main game. Shuh shuh..

•••

Kereta Yoongi berhenti betul-betul di hadapan rumah. Thanks kereta. Aku sayang kau. Aku mengejutkan Yoongi. Dia terjaga lalu memandang aku.

"Apasal pandang aku macam tu? Pergi parking kereta dekat garaj. Takkan nak biarkan je kereta ni dekat depan rumah? Nanti susah kereta lain nak lalu." Ujarku. Dia membetulkan seat lalu meletakkan kereta di dalam garaj.

Aku keluar daripada kereta dan terus meluru ke dalam rumah. Aku berlari masuk ke dalam bilik dan charge phone aku. Lepas tu, mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air.

Selepas mandi dan bersiap, aku turun ke bawah. Aku menghenyakkan punggung aku. Aku ambil remote tv di meja.

Scarlet Heart!! Bersedialah, mood fangirling aku akan on. Hohoho...

Belum sempat aku nak tekan 'Watch', Yoongi merampas remote dari tangan aku. Aku memandang dia dengan tajam.

"Yoongi!! Bagi la balik! Aku nak tengok Scarlet Heart!!" Kataku dengan geram. Yoongi melabuhkan punggungnya disebelahku.

"Scarlet Heart je memanjang. Cuba la buat kerja sikit." Aku memeluk tubuh lalu memuncungkan mulut.

"Fikir comel la buat macam tu?" Nasib baik drama Scarlet Heart tu aku record. So, aku layan je la citer entah apa-apa yang Yoongi bukak.

Kruuuu~~

Aku memegang perutku yang tengah buat concert Fire. Aku berjalan ke dapur. Aku membuka peti sejuk.

Kosong --"

K aku tipu. Aku mengambil coklat Snickers lalu membuka plastik dan makan macam tu je. Aku pergi ke depan semula.

"Hoi!" Terkejut aku. Tiba-tiba je Yoongi jerkah aku.

"Apa?" Soalku sambil makan Snickers.

"Asal kau makan Snickers aku?" La.. dia punya ke Snickers ni?

"Sorry. Tapi aku tengok dekat peti sejuk tadi ada dua. So, aku ingatkan satu untuk aku and lagi satu tu untuk kau." Jelasku.

"Memang untuk kau pun." Katanya selamba.

"Habistu, asal kau marah aku?"

"Saje." Dehek Yoongi dehek. Aku duduk di sebelah Yoongi.

"Tak ada kerja sekolah ke?" Aku menggelengkan kepalaku.

"By the way, tadi appa call. Dia cakap dia balik lusa." Aku memandang Yoongi.

"Serious ke ni weyy?! Kau tak main-main kan?!" Aku memegang bahu Yoongi.

"Buat apa aku nak tipu? Benda betul."

"Yahoo!!" Aku menjerit kegembiraan.

"Seronok tu seronok jugak, pergi tidur. Dah pukul berapa dah ni. Esok nak sekolah." Pesan Yoongi. Aku menganggukkan kepalaku lalu mendaki tangga. Sebelum aku masuk ke dalam bilik, Yoongi menjerit.

"KAU MASUK DALAM BILIK TIDUR! BUKANNYA MAIN PHONE! AKU TUTUP WI-FI!!" Ceh.. macam la dia buat betul-betul. Aku masuk ke dalam bilik. Aku mengambil phoneku. Battery full. Boleh la layan husband aku. Pufufufu..

Aku membuka Wi-Fi dan.. dehek! Yoongi buat apa yang dia cakap 〒▽〒 punah harapan aku nak layan husband aku (ಥ_ಥ)

Dah tak tau nak buat apa, aku tidur je la.

To Be Continue

[C] love hurt S1 + S2 | taehyung.Where stories live. Discover now