S2 ; Nine

1.6K 122 0
                                    

Eunsoo berjalan seorang diri. Ke mana pun dia tak pasti. Dia hanya mengikut ke mana sahaja yang kakinya ingin membawanya.

Kakinya terhenti di jambatan. Dia memandang sungai. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar perlahan muka Eunsoo. Rambutnya mengerbang.

"Eomma.. oppa.. bogoshipeo."

"Kenapa hidup Soo macam ni? Soo tak layak merasai kebahagiaan ke?"

Matanya panas kerana air matanya mula mengumpul di tubir matanya. Dia menutup mata. Sekaligus air matanya mengalir.

"Soo teringin nak jumpa appa. Tapi dah semestinya appa tak suka Soo muncul depan dia."

"Wae? Kenapa keluarga kita tiba-tiba je jadi macam ni? Jadi huru-hara? Soo rindu dengan keluarga kita yang dulu. Kita pergi mana pun, mesti kita semua happy. Tapi sekarang.."

Eunsoo menangis teresak-esak. Perlahan-lahan dia mencangkung. Dia memegang penghadang besi.

Tiba-tiba dia terasa yang badannya diliputi dengan jacket. Dia berhenti menangis dan mendongakkan kepalanya.

Kelihatan seorang namja sedang memandang ke arahnya. Dengan penuh kasih sayang.

Eunsoo mengesat air matanya. Dia berdiri menghadap namja tersebut. Hoseok melangkah setapak ke depan, dia memeluk Eunsoo.

"Menangis la. Mungkin dengan menangis, beban kau akan hilang sedikit."

Air mata Eunsoo mula mengalir sekali lagi. Dia menangis di dalam dakapan Hoseok. Hoseok mendiamkan dirinya. Dia mengusap lembut kepala Eunsoo.

Tak lama kemudian, tangisan Eunsoo makin lama makin perlahan. Hoseok meleraikan pelukan lalu memandang Eunsoo. Dia mengesat air mata Eunsoo yang masih lagi bersisa.

"Kau buat apa dekat sini malam-malam macam ni? Sorang-sorang pulak tu. Tak takut ke?"

"Nak tenangkan fikiran."

Suasana Hoseok dengan Eunsoo senyap. Hoseok membawa Eunsoo di bangku yang berdekatan. Dia dudukkan Eunsoo.

"Kau tunggu sini kejap. Jangan pergi mana-mana."

Terus Hoseok pergi ke sesuatu tempat. Eunsoo memandang sungai di depannya.

"Siapa namja tu? Kenapa dia macam kenal aku?"

"Oh yela.. mungkin dia salah satu chingu Haera."

Eunsoo menggenggam jacket Hoseok. Dia mengelamun buat seketika.

Tiba-tiba dia terasa rambutnya diangkat. Baru je dia nak bergerak, satu suara menghentikan pergerakan Eunsoo.

"Jangan gerak. Aku nak ikat rambut kau ni. Rimas aku tengok."

Kemudian, Hoseok duduk di sebelah Eunsoo. Dia menghulurkan coffee ke arah Eunsoo.

Eunsoo mengambil coffee tersebut lalu mengucapkan terima kasih. Hoseok tersenyum. Dia memandang Eunsoo yang sedang minum coffee.

"Kenapa kau baik dengan aku? Kita kenal pun tak."

"Molla. Kalau tak kenal.. jom la kita kenal."

Eunsoo memandang Hoseok pelik. Hoseok hanya tersengih.

"Aku start dulu eh. Nama aku Jung Hoseok. Chingu Yoongi dan merangkap babysitter anak dia, Min Yoonji. Kau?"

"Eunsoo. Min Eunsoo. Hanya seorang yeoja yang malang. Pernah merasai kebahagiaan tapi hanya sekejap sebelum semuanya musnah."

Eunsoo memperkenalkan dirinya dengan perlahan. Hoseok mengeluh. Dia memegang bahu Eunsoo.

"Jangan la cakap macam tu."

"Mwo? Memang betul pun apa yang aku cakap."

Hoseok terdiam. Dia hanya memandang wajah Eunsoo yang kelihatan sedih tu.

•••

"Mana Haera? Kenapa dia dah lama tak masuk badan aku?"

Eunsoo menyoal dirinya sendiri. Dia duduk di birai katil.

Entah mengapa, tiba-tiba dia teringat dekat Hoseok. Tanpa dia sedar.. dia tersenyum sikit.

Lamunan Eunsoo terhenti apabila pintu rumahnya diketuk. Eunsoo bangkit lalu berjalan ke pintu. Dia membuka pintu rumah.

"Maaf mengganggu. Ni rumah Min Eunsoo ke?"

"Ya saya. Ada apa ye?"

Namja tersebut menghulurkan sebuah bungkusan kepada Eunsoo. Eunsoo hairan tapi tangannya tetap mengambil bungkusan tersebut.

"Ada orang suruh saya bagi bungkusan ni pada cik."

"Nugu?"

"Mianhae. Saya tak tau. Saya pergi dulu."

Eunsoo mengangguk lalu masuk ke dalam rumahnya selepas namja tersebut sudah berlalu pergi. Dia duduk di birai katil lalu memandang bungkusan itu dengan pelik.

Dia membuka bungkusan tersebut dengan cermat. Dia meletakkan pembalut kotak di atas lantai. Dia membelek-belek kotak tersebut.

"Bukak je la."

Terus Eunsoo membuka kotak tersebut. Apabila dia melihat isi kotak, dia tergamam.

"M..mwoya.."

To Be Continue

[C] love hurt S1 + S2 | taehyung.Where stories live. Discover now