Sampai sahaja di rumah, aku meletakkan motorku di tempat biasa. Aku pun masuk ke dalam rumah.
"Aku dah balik."
"Aik? Cepatnya kau balik. Bukan sekarang ni tengah waktu rehat ke?"
Soal Yuna yang sedang tengok tv.
"Lantak aku la nak balik cepat ke, balik awal ke.. yang kau nak sebok apahal? Yang kau tu, asal tak pergi sekolah? Dah pandai sangat ke?"
"Aku tak pergi ada sebab la!"
"Apa sebab kau? Bangun lambat? Alasan la.. anak dara jenis apa la bangun lambat. Mandi pun tak."
Nafas Yuna turun naik. Dia bangun lalu mendaki tangga masuk ke dalam bilik.
"Tch. Macam budak kecik. Menyampah aku."
Aku mendaki tangga masuk ke dalam bilik. Beg sekolah aku letak di atas kerusi dan aku menukar baju. Mandi? Nanti la = ̄ω ̄=
Aku keluar dari bilik dan masuk ke dalam bilik Yoongi.
"Yoongi.."
Aku memanggilnya dengan lembut. Kelihatan dia masih berselubung dengan selimut.
Aku duduk di birai katil.
"Yoongi~"
Dia membuka mata perlahan-lahan.
"Eo.. Haera. Aku dah cakapkan.. jangan balik. Kau ni degil la. Aku tau la nak jaga diri aku."
Dia membebel. Aku tersenyum.
"Mana ada aku degil. Kau tu yang degil. Kenapa tak nak makan? Suruh la Si Yuna tu masak."
"Dia? Masak? Tak lalu duh aku nak makan makanan dia."
Aku merasa dahi Yoongi. Makin panas.
"Kau cakap tadi demam kau dah kebah sikit. Ni makin panas ni. Kau dah mandi ke belum?"
Dia menggeleng lalu tersengih.
"La.. kenapa tak mandi lagi?"
"Tak larat nak bangun~"
Halah halah dia ni.. buat suara comel pulak. Dengan sura serak dia tu.. omaigod.. i kennot ≧﹏≦
Apa kejadah aku berfangirling dngn oppa aq ni --"
"Habistu macam mana? Nak aku mandikan kau?"
"Kau papah la aku pergi bilik air."
"Ha yelah."
Aku berdiri lalu membantu Yoongi bangun. Aku pun memapah dia sampai ke bilik air.
"Mandi tu cepat sikit. Kalau nak apa-apa, aku ada dekat luar."
Dia mengangguk. Aku menutup pintu lalu baring di atas katil Yoongi.
"Ah.. selesanya."
Tiba-tiba phone Yoongi berdering. Aku mengambil phonenya yang berada di sisi bantal lalu melihat nama yang tertera di screen phone milik Yoongi.
LEE JI YEON
Sape Kim Jiyeon ni? Yeochin dia ke?! Woah.. ada yeochin tak bagitau.
Aku turun dari katil lalu pergi ke depan bilik air.
"Yoongi! Ada orang call kau!"
"Sape?"
"Kim Jiyeon!"
"Angkat wei.. cakap aku tengah mandi."
Aku pun mengangkat panggilan tersebut.
YOU ARE READING
[C] love hurt S1 + S2 | taehyung.
FanfictionSeason 1 ; + don't hurt me with your love Season 2 ; + aku akan tunggu korang dekat sana Season 1 ; Start : 160913 Complete : 161203 Season 2 ; Start : 170624 Complete : 170813 ©️ Kim Taehyung's Fanfiction