Haera masuk ke dalam sebuah cafe. Dah tentu dengan badan Eunsoo. Dia beratur lalu order di kaunter.
"Ini resitnya. Dan, ini buzzernya."
"Nae gomawo."
Haera mengambil dua barang tersebut lalu duduk di sebuah meja yang berdekatan dengan pintu.
Sementara menunggu ordernya siap, dia bermain phone.
"Boleh saya duduk sini?"
Haera mendongak memandang orang tersebut. Dia terpempan.
"Hello? Cik?"
"Ah.. duduk la. Silakan."
Namja tersebut terus duduk di hadapan Haera. Sesekali Haera mencuri memandang namja tersebut.
Taehyung pelik dengan yeoja di depannya yang asyik memandang ke arahnya. Tapi dia hanya membiarkan sahaja.
"Boleh saya tau nama awak?"
Min Haera. Bisik hati Haera.
"Boleh. Kenapa pulak tak boleh? Nama saya Eunsoo. Min Eunsoo."
Taehyung mengangguk faham. Dia tersenyum sikit.
"Nama saya Taehyung. Kim Taehyung. Gembira jumpa awak."
Haera tersenyum. Dia memandang muka Taehyung. Melepaskan rindu yang terbuku.
Tiba-tiba buzzer yang berada di genggaman Haera bergegar.
"Opocot mak kau menari gelek!"
Latahnya. Haera menutup mulut. Dia menunduk malu.
Taehyung tergelak kecik. Haera memandang Taehyung lalu tersengih.
"Saya.. pergi ambik order saya. Bye!"
Baru je Haera nak pergi, tangannya di pegang oleh Taehyung. Jantung Haera berdegup dengan kencang.
"Boleh saya minta nombor phone awak? Boleh kita jumpa lagi?"
"Me..mesti la. Kenapa pulak tak boleh?"
Mereka berdua menukar nombor phone. Kemudian, Haera mengambil ordernya di kaunter. Dia berjalan keluar dari cafe.
Sambil dia berjalan, dia memegang jantungnya. Dia menghembus nafas perlahan.
"Dah bertahun. Tapi dia tetap boleh buat aku tak keruan."
Haera berjalan laju. Dia hanya mengikut ke mana kaki Eunsoo hendak membawanya.
Sampai di tasik, dia duduk di bangku yang berhadapan dengan tasik. Dia tersenyum memandang permandangan yang indah.
Dia menikmati permandangan itu sambil minum airnya. Dia memandang sekeliling.
Sehingga dia terjumpa dengan sesusuk tubuh yang dia kenal. Dia memandang namja tersebut dari jauh.
Tanpa dia sedar, namja tersebut pun memandang ke arahnya.
Tiba-tiba phone milik Haera berbunyi. Dia cepat-cepat menyeluk poket untuk mengambil phonenya. Dia menjawab panggilan tersebut.
"Eo Yoongi. Kenapa?"
"Aku nak minta tolong kau."
"Apa dia?"
Soal Haera sambil menyedut minumannya.
"Belikan barang dapur. Barang dekat rumah aku nak habis dah ni. Lagipun kau ada dekat luar kan?"
"Disebabkan aku ni seorang yang baik, aku tolong."
"Ceh. Baik la sangat. Nanti aku text barang-barang yang kau kena beli."
"Nae."
Terus Yoongi mematikan panggilan. Haera mencebik.
"Mesti macam tu. Cepat je dia nak letak."
Sementara menunggu Yoongi menghantar text, Haera memandang itik yang berenang di tasik.
Perutnya berbunyi. Dia mengusap perutnya.
"Teringin la pulak nak makan daging itik. Dah lama tak makan."
"Tak berperikemanusiaan la kau ni. Macam mana kau boleh tiba-tiba rasa lapar bila kau pandang itik?"
Haera terperanjat apabila disergah oleh seseorang. Dia memandang orang tersebut.
"Nak buat macam mana."
Dia memuncungkan mulutnya. Hoseok tergelak kecik lalu menggelengkan kepalanya.
Phone milik Haera bergegar. Dia membuka chat dan membaca text yang dihantar oleh Yoongi. Matanya terbeliak.
"Gila apa Yoongi ni? Banyaknya dia nak aku beli! Takkan la habis terus barang dia?!"
Kata Haera sendiri. Dia scroll text yang dihantar oleh Yoongi.
"P/S : guna duit kau. Jangan minta aku ganti balik. Takkan dengan oppa kau sendiri, kau nak berkira? Eeii.. dia ni. Nak je aku tendang bontot dia tu."
Sementara Haera sedang menyumpah seranah Yoongi, Hoseok hanya mendiamkan diri sahaja.
Haera menenangkan dirinya. Kalau boleh, nak je dia menjerit lepaskan geram. Tapi nanti orang panggil dia gila pulak.
"Nak aku tolong?"
Hoseok bersuara setelah lama dia berdiam diri. Haera memandang Hoseok. Matanya bersinar.
"Boleh ke?"
Hoseok mengangguk. Terus dia berdiri dan berjalan menuju ke keretanya. Haera berlari mengikut langkah Hoseok dari belakang.
•••
"Macam tak boleh banyak lagi je barang yang kau beli ni. Kau tengok. Bonet kereta aku tak muat nak sumbat barang kau tau tak?"
Bebel Hoseok. Haera menarik muka.
"Eleh. Tu pun nak merungut. Macam budak perempuan kau tau? Lagipun, asal kau nak salahkan aku pulak? Salahkan la Yoongi tu. Kalau boleh dia nak borong satu kedai ni."
"Jap. Dari tadi aku dengar kau sebut nama Yoongi. Kau kenal dia ke?"
Baru je Haera nak menjawab, dia terhenti. Baru dia teringat yang dia ni berada di dalam badan Eunsoo. Dia berdehem lalu menjawab.
"Ke..kenal. Dia abang angkat aku. Ha.. abang angkat. Dah la. Nanti dia membebel pulak dekat aku sebab lambat beli."
Terus Haera masuk ke dalam kereta Hoseok dan memakai seatbelt. Dia mengetuk kepalanya.
Pabo! Kenapa kau main cakap je hah Min Haera! Kata hati Haera.
Hoseok masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Dia memandang Haera tetapi Haera memandang ke luar tingkap.
Tak lama kemudian, Hoseok memandu keretanya pergi ke rumah Yoongi.
To Be Continue
YOU ARE READING
[C] love hurt S1 + S2 | taehyung.
FanfictionSeason 1 ; + don't hurt me with your love Season 2 ; + aku akan tunggu korang dekat sana Season 1 ; Start : 160913 Complete : 161203 Season 2 ; Start : 170624 Complete : 170813 ©️ Kim Taehyung's Fanfiction