Siap aku memakai kasut, aku berjalan kaki pergi ke sekolah.
Entah kenapa hari ni aku rasa macam nak jalan kaki dan tak naik motor. Dunno  ̄ω ̄
Sedang aku tengok sekeliling, aku ternampak 2 orang di taman. Namja dan yeoja.
Aik? Yang namja tu macam kenal je. Tapi yeoja tu?
Aku mengecilkan mataku. Dan, mataku terbeliak apabila memandang gerangan namja tersebut.
"Ahh.. lantak la. Kang lambat pulak aku pergi sekolah."
Lalu, aku pun menyambung semula langkahku.
•••
"Haera!!"
Seseorang menjerit nama aku apabila aku menjejakkan kaki di kawasan sekolah.
"Seowoo.. Jimin.. kenapa ni? Pagi-pagi dah jerit nama aku."
"Kau dah tau ke?"
Aku mengerutkan dahiku. Tau? Tau apa diorang ni? Tiba-tiba je.
"Ouh.. kau tak tau lagi rupanya. Tak apa la. Abaikan."
"Hah?"
"Jom! Kita masuk kelas!"
Seowoo memaut lenganku dan menarik aku pergi ke kelas. Aku masih terpinga-pinga dan mengikut sahaja jejak Seowoo.
Pelik la diorang ni. Hurm.. tak apa la. Nanti aku tau jugak. Maybe.
Seowoo membawa aku ke tempat aku dan mendudukkan aku. Dia mengambi beg aku lalu sangkut di sisi meja aku.
Aku memandang dia dengan pandangan yang pelik. Dia tersenyum lalu membongkokkan badannya dan membisik sesuatu.
"Aku harap kau tabah dengan apa yang akan kau lalui nanti."
Dia menepuk bahu aku lalu pergi duduk di tempatnya.
"Haera!"
"Yeon! Jangan la buat aku terkejut!"
"Hehe mian. Erm.. Taehyung tak datang lagi ke?"
"Belum kott. Beg dia pun tak ada. Kau nak apa datang sini?"
"Aku just nak cakap yang.. aku akan selalu ada bila kau susah senang. Okey? Bye! Aku pergi dulu!"
"Eh?! Yeon!"
Dia dah duduk di tempat duduknya. Kenapa hari ni diorang semua nampak lain? Asal diorang bagi kata-kata semangat dekat aku?
"Haera!"
Aku memandang Jungkook dan Jimin yang berada di sebelah Jungkook.
"Fighting!!"
Kata diorang serentak.
Diorang pulak. Pelik la diorang hari ni. Aku membetulkan dudukku.
Tiba-tiba aku terpandang pintu kelas. Kelihatan Taehyung dan Hyunsoo masuk ke dalam kelas bersama.
Erm.. maybe kebetulan?
YOU ARE READING
[C] love hurt S1 + S2 | taehyung.
FanfictionSeason 1 ; + don't hurt me with your love Season 2 ; + aku akan tunggu korang dekat sana Season 1 ; Start : 160913 Complete : 161203 Season 2 ; Start : 170624 Complete : 170813 ©️ Kim Taehyung's Fanfiction