Sudah sebulan Haera turun ke bumi. Dia duduk di sofa rumah Eunsoo. Dia mengeluh.
"Agaknya betul tak aku buat benda tu untuk diorang?"
Haera bersandar di sofa. Dia memegang kepalanya.
•••
"Hoseok.. kau nak bawa aku pergi mana ni? Dengan tutup mata bagai."
Eunsoo memegang kain yang menutup matanya. Hoseok yang sedang membawa kereta, menurunkan tangan Eunsoo dari memegang kain tersebut.
"Ikut je. Okey? Dan jangan pegang kain tu lagi. Aku cepuk kau kang."
Eunsoo mencebik. Hoseok memandang Eunsoo sekilas lalu tersenyum. Dia teringatkan surat yang dia dapat pagi tadi.
Hoseok keluar ke balkoni untuk menghirup udara pagi. Dia meregangkan badannya.
Dia keluar dari rumah lalu turun ke bawah dengan menaiki lift. Apabila lift sudah terbuka, dia keluar lalu pergi ke peti surat.
Dia pergi ke peti surat rumahnya lalu mengambil surat-surat tersebut.
"Selalu dapat surat macam ni. Surat bank la, bil rumah la.. tak ada ke surat cinta ke."
Hoseok tersengih. Dia pergi ke lift semula dan pergi ke rumahnya semula.
Sedang dia asyik menyelak surat-surat yang tak menarik minat dia, dia terjumpa satu surat yang tiada nama atau nama syarikat atau setem atau yang berkenaan dengan surat biasa la.
Hanya sampul kosong. Dia keluar dari lift dan masuk ke dalam rumahnya. Dia duduk di kerusi yang berada di balkoni.
"Surat apa ni? Nasib baik sampul putih. Kalau merah, tak ke pelik tu?"
Tanpa membuang masa lagi, dia membuka surat tersebut. Dia pun membaca isi surat itu.
YOU ARE READING
[C] love hurt S1 + S2 | taehyung.
FanfictionSeason 1 ; + don't hurt me with your love Season 2 ; + aku akan tunggu korang dekat sana Season 1 ; Start : 160913 Complete : 161203 Season 2 ; Start : 170624 Complete : 170813 ©️ Kim Taehyung's Fanfiction