Haera berjalan-jalan. Ya. Dengan badan hantunya.
Aku tak tau kenapa dia tak nak terbang ● 3●
Sedang Haera tengah berjalan-jalan, dia ternampak Taehyung masuk ke sebuah cafe. Haera lajukan langkahnya mengikut langkah Taehyung.
Taehyung duduk di meja yang bersebelahan dengan tingkap. Dia memandang ke luar. Haera duduk di depan Taehyung.
Dan.. dah tentu la Taehyung tak tau dengan kewujudan Haera itu. Haera menongkatkan dagunya memandang Taehyung.
"Kau makin handsome la Taehyung. Tapi kenapa kau sedih je?"
Air yang di pesan oleh Taehyung dah pun sampai. Taehyung meneguk sedikit lalu mengeluh.
"Haera.. aku rindu kau. Aku nak sangat ikut kau. Tapi aku takut. Mesti kau benci tengok aku kan?"
Haera terpempan. Dia membetulkan duduknya.
"Benci? Aku tak pernah benci kau. Tapi aku sedih. Sedih dengan perbuatan kau buat dekat aku."
Kata Haera dengan sedih. Dia memandang muka Taehyung dengan sayu.
Tiba-tiba satu suara memanggil Taehyung. Taehyung memandang orang tersebut lalu merengus.
Seorang yeoja duduk di sebelah Haera. Haera memandang yeoja tersebut. Dia terkejut.
"Hyunsoo?"
Haera memandang Hyunsoo atas bawah. Sendat betul pakaian dia.
"Oppa. Kenapa oppa tak angkat call jagi? Buat habis kredit jagi je."
"Siapa suruh call? Kau nak apa datang sini?"
Soal Taehyung dingin. Haera hanya melihat mereka.
"Oppa ni. Takkan tak suka jagi datang? Jagi rindu dekat oppa."
Hyunsoo menggedikkan suaranya. Dia meliang-lingkukkan badannya.
"Betul ke ni Hyunsoo yang aku kenal?"
"Pergi mampos la dengan rindu kau tu! Kau ingat aku tak tau ke perangai kau belakang aku?!"
Jerkah Taehyung. Badan Hyunsoo dengan Haera terhinjut. Tiba-tiba je Taehyung jerkah. Mana tak terkejut?
"Apa oppa ni?"
"Kau jangan pura-pura tak tau la. Dasar pelacur. Pergi la buat benda tu dengan jantan-jantan tak guna tu. Bodoh."
Selepas berkata, terus Taehyung keluar dari cafe. Haera memandang Hyunsoo.
"Heh. Bagus la dia dah tau. Tak ada aku nak belakon baik depan dia lagi."
Hyunsoo mengambil air Taehyung lalu diteguk. Haera melihat Hyunsoo geram. Dia mengangkat gelas yang Hyunsoo tengah teguk sehingga terjatuh airnya.
Hyunsoo terkejut lalu meletakkan semula gelas di atas meja.
"Shit. Baju kesayangan aku ni."
Haera berdiri belakang Hyunsoo. Dia menarik rambut Hyunsoo dengan kuat. Hyunsoo terjerit kesakitan.
Haera membongkokkan badannya dan berbisik di telinga Hyunsoo.
"Kau dah berubah Hyun. Aku benci."
Terus Haera keluar dari cafe. Dia mencari Taehyung. Dia terhenti di taman apabila dia ternampak susuk tubuh yang dia kenal.
Perlahan-lahan dia mendekati Taehyung yang berada di bawah pokok. Dia duduk di sebelah Taehyung.
"Kau bodoh Kim Taehyung. Kau tak jaga Haera masa dia hidup. Kau tak hargai dia."
Taehyung mengusutkan rambutnya. Haera sedih apabila melihat kelakuan Taehyung itu.
"Aku rindu dia."
"Aku pun rindu kau Tae. Aku simpan elok-elok kenangan aku dengan kau."
Teragak-agak Haera untuk memegang pipi Taehyung. Air mata Taehyung mengalir.
"Uljima. Aku tak suka tengok kau nangis."
Haera ingin mengesat air mata Taehyung. Tapi, tak berhasil. Dia mengeluh lalu bersandar di batang pokok.
Taehyung menangis teresak-esak. Haera memejamkan matanya. Dia tak nak tengok Taehyung menangis. Dia tak kuat.
"Haera.. tunggu aku tau."
Terus Haera membuka matanya. Dia terkejut apabila di tangan Taehyung ada pisau.
"Jangan buat kerja gila Taehyung!"
"Tunggu aku.."
Tanpa membuang masa, Haera terus masuk ke dalam badan Taehyung. Pisau di pegangan Taehyung terlepas.
"Kenapa la aku masuk dalam badan dia."
Haera mengambil pisau yang terjatuh tadi. Ada darah sikit. Dia melihat pergelangan tangannya.
"Patut la rasa sakit. Nasib baik la tak kena nadi. Bodoh la kau Taehyung."
Pisau tersebut dia baling. Dia berdiri dan menepuk debu di seluar Taehyung.
Dia berjalan pergi ke rumah Taehyung.
•••
"Siap! Aku harap kau tak buat kerja gila ni lagi."
Haera mengemas kotak first aid. Dia letakkan di tempat asal.
Dia berjalan menuju ke bilik Taehyung. Dia baring di atas katil lalu memejam mata.
Badan Haera pun terkeluar dari badan Taehyung. Dia berdiri di depan katil Taehyung. Dia melihat Taehyung.
"Kau tak patut salahkan diri kau sebab pemergian aku Tae. Kau tak bersalah."
Haera keluar dari rumah Taehyung. Dia balik ke rumah Eunsoo.
To Be Continue
YOU ARE READING
[C] love hurt S1 + S2 | taehyung.
FanfictionSeason 1 ; + don't hurt me with your love Season 2 ; + aku akan tunggu korang dekat sana Season 1 ; Start : 160913 Complete : 161203 Season 2 ; Start : 170624 Complete : 170813 ©️ Kim Taehyung's Fanfiction