S2 ; Three

1.8K 140 0
                                    

Jiyeon dengan Haera masuk ke dalam sebuah rumah yang agak kecik. Tak ada la kecik sangat.

Masuk je dalam rumah, terdapat dapur di sisi dan katil di ruang tamu. Rumah tersebut hanya terdapat satu bilik. Tapi tak guna langsung bilik itu.

Jiyeon duduk di birai katil. Bersebelahan dengan kawannya. Haera hanya berdiri di dinding.

"Eunsoo.. kau macam mana?"

Jiyeon menyoal dengan lembut. Bahu Eunsoo dipegang.

"Macam tu la."

Jawab Eunsoo lemah. Jiyeon mengeluh. Dia memandang Haera lalu memandang Eunsoo semula.

"Kau dah fikir pasal apa yang aku cakapkan semalam?"

"Dah. Kalau dia nak guna badan aku, guna je la. Aku tak kisah."

Haera datang dekat ke arah Jiyeon. Dia berbisik.

"Eonnie.. dia muda dari eonnie kan?"

Jiyeon mengangguk.

"Kenapa korang guna 'aku-kau'?"

"Dah terbiasa."

Haera mengangguk faham. Haera memandang sekeliling.

Rumahnya cantik. Tapi Haera dapat rasakan ada aura sedih di rumah ni.

"Kalau Haera nak guna badan kau bila-bila masa je, boleh ke?"

Jiyeon menyoal Eunsoo. Eunsoo mengangguk.

Eunsoo mula baring dan menutupkan matanya. Jiyeon berdiri lalu memberi isyarat pada Haera supaya masuk ke dalam badan Eunsoo.

Haera mengikut. Tak lama kemudian, mata Eunsoo terbuka.

"Haera?"

Panggil Jiyeon. Inginkan kepastian.

"Ya saya. Min Haera adik kepada atuk swag iaitu Min Yoongi."

Sahut Haera sambil tersengih. Jiyeon tergelak kecik.

"Gomawo eonnie sebab tolong Haera."

"Tak ada la Haera. Eonnie sedia membantu. Eonnie balik dulu. Okey?"

Haera hanya menganggukkan kepalanya. Dia menghantar Jiyeon sehingga ke pintu.

"Eonnie! Apa nama penuh Eunsoo?"

"Min Eunsoo."

"Min juga. Okey. Gomawo eonnie."

Jiyeon mengangguk lalu berlalu pergi. Haera menutup pintu.

Tiba-tiba, ada asap yang muncul entah dari mana. Terbatuk-batuk Haera dibuatnya.

"Aigoo Min Haera."

Haera memandang gerangan yang memanggilnya. Matanya terbuntang. Dia pergi ke arah gerangan tersebut.

"Puan?! Puan buat apa dekat sini? Mana tuan?"

"Relax la woi. Tuan yang paksa aku datang sini. Dia sakit perut. Entah makanan apa yang dia makan."

Haera mengangguk faham.

"Ni aku nak ceramah kau ni. Kenapa kau tak bagitau pun yang kau nak pinjam badan manusia ni?"

[C] love hurt S1 + S2 | taehyung.Where stories live. Discover now