2

4K 75 9
                                    

AKU duduk di belakang bersama Niyaz manakala ibu duduk di sebelah ayah. Ayah tukang driver. Hahaha..

Aku dan Niyaz hanya diam saja. Aku melayan telefonku. Tiba-tiba, Niyaz menolak sikunya pada lengan kananku. Aku terus pandang dia dan telefon diletakkan di dalam poket.

"Kau nak ape?" Soal aku dalam keadaan malas.

"Cuba kau tengok ni." Niyaz tunjuk sesuatu di dalam telefonnya. Gambar dia bersama lelaki yang nak dikatakan hensem tu ada lah.

"Sapa ni?" Soal aku sambil ambil telefonnya.

"My new husband." Niyaz berbisik di telingaku.

Lupa nak bagitahu, Niyaz pun macam aku jugak. Gay! Tapi, dia sangatlah setia dekat orang yang dia sayang. Tersangatlah setia! So, kalau sapa-sapa nak dia pm aku tau. Hahaha..

"Sapa nama dia?" Soal aku pada Niyaz.

"Aidil. Hensem tak?"

"Hmm.. Entah." Terus aku pandang tingkap sebelum aku jawab soalan dia.

"Cakap jelah hensem." Niyaz tutup telefonnya lalu mendekatkan diri dengan ibu.

"Ibu.." Tegur Niyaz.

"Hmm?" Soal ibu. Tapi, ibu tak pandang Niyaz. Malah ibu pandang depan.

"Lama lagi ke?" Soal Niyaz.

"Dah nak dekat dah." Ayah pula bersuara. Niyaz tersenyum. Aku mula rasa menyampah dengan dia.

Kini, kami akhirnya sampai juga di rumah baru. Kali ini, lebih besar dari rumah lama. Ayah pakir keretanya di garaj rumah. Kami semua keluar untuk melihat rumah baru. Niyaz sudah berkepit duduk sebelah ayah sebab dia anak kesayangan ayah. Aku anak kesayangan ibu. Hehehe..

"Nizam dan Niyaz naiklah atas pilih bilik mana yang korang nak." Kata ayah yang sedang masuk ke dalam rumah itu. Niyaz cepat-cepat masuk dalam rumah.

Aku nak kejar dia? Memang taklah! Actually, aku tak kesah sangat bilik mana yang sesuai.

Aku masuk ke dalam rumah baru itu dan naik ke atas untuk pilih bilik aku. Apabila naik, ada 4 bilik kosong. Ada 2 pintu ditutup dan 2 lagi tidak tutup. Aku pergi pintu yang tak tutup itu. Lagipun, bilik yang aku pilih itu hanya depan dia adalah tangga nak naik turun. Nanti senanglah nak naik atau turun. Kan?!

Aku masuk dan lihat bilik aku yang dipenuhi dengan warna putih sebab kami orang pertama yang duduk.

"Aku nak colourkan dinding ni warna purple lah. Actually, nak warna pink. Tapi, terlalu girly sangat!" Kataku dalam hati.

"Ni bilik yang kau pilih?!" Tegur Niyaz tanpa diketuk pintu.

"Asal?"

"Nothing. Nak tengok bilik aku tak?"

"Tak!"

"Fine!" Terus Niyaz keluar dari bilik aku.

Aku setuju dengan keputusanku untuk duduk di bilik ini. Lalu aku turun ke bawah untuk berjumpa dengan ibu.

"Dah pilih bilik?" Soal ayah.

"Dah." Jawab aku dan Niyaz serentak...

M.N.N : JANJI (#3)Where stories live. Discover now