HIDAYAT! Dia datang dan terus peluk aku. Badan sasanya membuatkan aku cair padanya.
Sebelum habis sekolah pada tahun 2018, Hidayat ada cakap denganku.
"Nizam.."
"Yes?"
"Kalau apa-apa masalah boleh bagitahu aku tau."
"Ha?! Kenapa kau cakap macam tu?"
"Saja. Aku tahu yang aku lagi muda dari kau. Tapi, aku nak jadikan kau adik angkat aku." Terkejut aku bila Hidayat kata begitu.
"Adik angkat?!"
"Aku tahu kau perlukan masa untuk berfikir. Tapi, aku nak kau terima."
And now, aku terima. Baiknya Hidayat padaku. SAMBUNG BALIK! Hehehe..
Lepas kami berpelukan, dia lepaskan pelukan itu.
"Rindunya aku dekat kau." Kata Hidayat.
"Me too." Kami berdua masuk ke kelas bersama-sama. Kelas kami agak sama dengan tahun lepas. So, tak payah nak risau. Kalau nak tahu kelas untuk tingkatan 6 ada berapa, boleh baca dekat novel 'SAKIT'.
Nampak juga kelibat Fariena dan Nafiz. Nak pergi kat diaorang. Tapi, Hidayat tak bagi. Masuk saja kelas, ramai budak-budak sudah duduk di tempat yang sama seperti tahun 2018. Kecuali aku dan Hidayat.
"Nak tengok surprise tak?" Soal Hidayat.
"Apa dia?"
"Kalau nak tengok surprise, kau kena duduk sorang-sorang."
"Ala. Hmm, okay." Aku duduklah keseorangan manakala Hidayat duduk di sebelah Nafiz.
Aku letakkan beg di atas kerusi lalu pergi ke arah Fariena iaitu di depan meja guru. Aku duduk di sebelahnya kerana sebelahnya, iaitu Ikha pergi ke tandas dengan Syahidah. Fariena sedang menulis sesuatu di dalam bukunya.
"Fariena."
"Ehh, hai Nizam."
"Hai. Kau buat apa?" Soal aku. Fariena pandang bukunya dan tutup cepat-cepat.
"Tak ada apa."
"Diary ea?"
"Ishh! Tak lah!"
"Hmm.. Okay. By the way, tahun ni Hidayat tak nak duduk dengan aku." Kataku. Fariena terus pandang ke belakang untuk tengok Hidayat. Lalu Fariena pandang balik pada aku.
"Kenapa dia duduk dekat Nafiz? Pelik."
"Kann. Entah."
Tiba-tiba, cikgu Farah iaitu cikgu kelas bagi kelas kitaorang masuk ke kelas. Tapi, kat belakang cikgu ada orang. Ikha pun datang nak duduk tempat dia. Aku pun lari pergi ke tempat aku.
Betul ke apa yang aku nampak?! Aku terpaku di tempat aku. Semua berdiri beri salam. Tapi, aku lambatkan diri untuk bangun. Mataku tidak kelip lagi. Betul ke apa yang aku nampak sebelah cikgu Farah sekarang ni adalah Muzammil? Dia masuk form 6?! Bukan dia ada dekat Paris dengan Syazbanie? Bermain sudah dalam kepala otakku.
"Assalamualaikum, cikgu Farah."
"Waalaikumsalam and boleh duduk." Kami pun duduk. Tapi, aku duduk dengan perlahan. Muzammil pandang aku sambil senyum.
"Guys, kita ada budak baru dalam kelas kita. Muzammil, boleh intro diri." Kata cikgu Farah lalu dia pun duduk di tempat meja guru.
"Hai, saya Muzammil. Korang boleh panggil Muzammil." Dia gelak kecil. Geram tengok! Huhuhu..
"Okay, Muzammil. Awak boleh duduk sebelah Nizam. Sebab cikgu nampak sebelah dia yang kosong." Kata cikgu Farah. Lalu Muzammil pun gerak pergi ke arahku. Aku tak pandang dia. Dia duduk di belah kananku. Aku tak pandang dia pun.
"Boleh saya duduk?" Kata Muzammil. Aku terkejut dan terus pandang dia. Aku angguk kepala dan dia pun duduk di sebelahku. Hati aku macam nak pecah dah. Someone please help me...
YOU ARE READING
M.N.N : JANJI (#3)
Romance2019, Akhirnya NIZAM dan MUZAMMIL kembali bersama. Mereka berdua mengambil sebagai pelajar Tingkatan 6. "Saya janji saya akan jaga awak dengan baik and takkan sakitkan hati awak." - MUZAMMIL JASRUL, handal dalam mencuri kekasih orang. Apatah apabila...