BESOK pagi, aku jalan kaki untuk pergi ke sekolah. Aku dari tadi muram. Malas nak fikir dah apa dah jadi semalam. Terima kasih kat Niyaz sebab tolong hantarkan aku balik rumah. Malam tu aku expected yang Muzammil akan cari aku. Tapi, tak!
Hari ni tak ada perhimpunan sebab tapak perhimpunan basah sebab semalam hujan. Aku masuk ke kelas dan duduk di tempat aku.
Aku nampak Hidayat masuk ke kelas. Aku terus pergi ke arahnya.
"Hidayat."
"Kenapa?" Kata Hidayat sambil dalam perjalanan nak duduk di tempatnya. Aku ikut saja dia.
"Boleh tak kau duduk sebelah aku hari ni?" Hidayat berhenti di sebelah mejanya.
"Kenapa? Kau gaduh dengan Muzammil ke?"
"Ehh! Mana ada." Aku cuba untuk cover supaya Hidayat tidak tahu.
"Habistu? Kenapa suruh aku duduk di sebelah kau?"
"Ala.. Bolehlah." Aku memaut lengannya. Dia pandang tangan aku yang sedang memaut lengan kirinya.
"Hmm.. Okay." Akhirnya Hidayat mengalah dan dia duduk di sebelah aku. Dia letakkan begnya dan duduk di sebelah aku. Aku pun duduk di tempat aku.
"Now, tell me. Kenapa aku mesti kena duduk sebelah kau?"
"Hmm.. Actually, semalam.." Ayat aku berhenti apabila Muzammil tercungap-cungap masuk ke kelas sambil berlari mendekati aku.
"Nizam, semalam awak pergi mana tinggalkan saya? Saya risau tau." Katanya sambil nafas berdenyut-denyut dek kerana penat.
"Let me go, Muzammil." Kataku sambil menundukkan kepala. Hidayat pelik.
"Nizam, jangan macam ni. Awak nak saya buat apa? Tolong jangan buat saya macam ni."
"Nizam!" Kedengaran suara Jasrul masuk ke kelas kita orang. Dia pergi ke arahku.
"Semalam kau pergi mana? Kau tahu tak Muzammil risau dekat kau?!" Kata Jasrul sambil tangannya memegang pipiku supaya pandangnya. Tapi, aku pandang Muzammil dengan wajah tidak puas hati. Aku bangun dan keluar dari kelas.
"Nizam!" Muzammil tarik tangan aku.
"Lepaskan akulah!" Aku jerit sehinggakan semua orang dalam kelas itu pandang kita orang. Aku keluar dari kelas. Fariena dan Ikha terus pergi keluar untuk mendapatkan aku.
***
AKU menangis mengalahkan bayi menangis. Fariena gosok belakang aku. Ikha pula pegang tangan aku. Kami bertiga di belakang dewan terbuka. Di situ macam agak tertutup sikit.
"Nizam, sabar ek."
"Tabahlah, Nizam. Jangan fikirkan kisah semalam." Kata Fariena.
"Kalau aku tahu siapa usik kau masa itu, memang aku sekeh kepala dia!" Kata Ikha.
Aku tak boleh nak cakap sebab aku tak boleh nak berhenti nak menangis.
"Nizam, dengar apa aku nak cakap ni. Bagi Muzammil peluang terakhir. Kita tengok apa dia buat dekat kau."
"Aku sokong apa yang Fariena cakapkan tu."
Tiba-tiba, nampak kelibat Muzammil. Ikha dan Fariena tinggalkan aku dengan Muzammil. Aku lap air mata aku dengan baju aku. Tapi, Muzammil sempat lap air mata aku.
"Look, saya betul-betul mintak maaf pasal semalam. Please bagi last chance untuk buktikan yang saya sayang awak." Terang Muzammil sambil pegang kedua-dua tangan aku. Aku pandang dia lama-lama. Lalu aku peluk dia sekuat yang boleh...
***
YOU ARE READING
M.N.N : JANJI (#3)
Romance2019, Akhirnya NIZAM dan MUZAMMIL kembali bersama. Mereka berdua mengambil sebagai pelajar Tingkatan 6. "Saya janji saya akan jaga awak dengan baik and takkan sakitkan hati awak." - MUZAMMIL JASRUL, handal dalam mencuri kekasih orang. Apatah apabila...