6

3.4K 73 4
                                    

WAKTU rehat, semua orang dekat dalam kelas tu keluar. Aku cepat-cepat berlari untuk berjumpa dengan Hidayat. Muzammil pandang aku yang sedang keluar dengan cepat tu.

Aku tarik tangan Hidayat semasa dia dengan Nafiz.

"Hidayat.."

"Ye? Kenapa?" Nafiz sudah gerak ke kantin.

"Itu ke surprise yang kau tunjuk dekat aku?" Soal aku.

"Ha'ah. Happy tak?"

"Macam mana boleh kenal dia?" Bila aku cakap macam tu, Muzammil sudah berada di sebelah Hidayat.

"Macam mana boleh kenal? Tanyalah Muzammil." Kata Hidayat lalu dia terus berlari tinggalkan aku dengan Muzammil.

AWKWARD !

Aku dengan awkwardnya, aku terus lalu di depannya sambil mata memandang ke bawah. Tapi, Muzammil cepat-cepat tarik tanganku supaya berhenti. Mata kami terpandang antara satu sama lain.

"Please don't leave me twice." Katanya. Tetiba pulak rasa macam nak menangis masa tu. Tapi, aku keluar jugak tangisan. Kami berpelukan masa tu. Kami berdua pergi ke kantin bersama-sama.

Dia belanjakan aku nasi lemak dengan ayam goreng dengan air oren jus. Dia belikan mihun goreng dengan milo panas untuk dirinya. Kami berdua pun duduk di tempat meja makan lalu makan rezeki yang ada.

Tetiba pulak dia bersuara..

"Saya mintak maaf." Katanya. Aku terbenti makan dan pandang dia. Aku terdiam sambil gigit sudu yang aku pakai tu.

"Kalau awak marah saya masa dekat Paris tu, please maafkan. Saya tak pernah nak suka dekat Syazbanie." Kata Muzammil.

"Habistu, kenapa awak cium mulut dia masa nak masuk rumah?" Aku cepat-cepat tanya soalan tu dekat Muzammil.

"Sebab saya cuba untuk jealous kan awak. Lepastu, bila dengar apa yang Nick Haiman cakap tentang awak, baru saya sedar."

"Habistu, macam mana awak lepaskan diri dari Syazbanie?"

"Saya paksa diri."

"Hmm.. K. Nak saya bayar balik ke nasi lemak ni?" Soal aku. Saja je nak psiko dia.

"Ehh, tak payahlah. Saya belanja. Balik ni awak jalan kaki ke?"

"Ha'ah. Tapi, jauh sikit."

"Kenapa?"

"Saya dah pindah rumah."

"Kalau macam tu, biarlah saya hantar awak balik nak?"

"Tak payahlah."

"Betul ke ni?"

"Yalah. Nanti apa orang cakap."

"Awak, kita lelaki kot." Lepastu, aku pun gelak. Gelak malu. Muzammil pun senyum sambil termenung pandang aku.

"Awak.." Kata Muzammil.

"Hmm?" Kataku sambil suap nasi lemak itu ke dalam mulut.

"Janji dengan saya yang awak takkan tinggalkan saya dan saya janji takkan buat awak macam dulu. Janji?" Muzammil tunjuk jari anak padaku.

"Ya, saya janji." Aku pun buat macam dia tu dan silangkan jari dengan jari dia. Kami berdua senyum dan sambung balik makan.

Tiba-tiba, ada orang duduk di sebelahnya dan ada orang duduk dekat sebelah aku. Dua-dua aku tak kenal.

"Boleh kitaorang duduk sini? Sebab semua meja dah penuh." Tanya lelaki yang duduk di sebelah Muzammil.

"Duduklah. Lagipun korang dah duduk." Kata Muzammil.

"Hai, aku Amir Faiz." Kata dia yang duduk dekat sebelah Muzammil.

"And, saya Jasrul." Kata Jasrul yang duduk dekat sebelah aku. Dia salam tangan Muzammil. Muzammil pun balaslah salamannya. Tapi, Jasrul tak tegur aku pun...

M.N.N : JANJI (#3)Where stories live. Discover now