PAGI dalam lingkungan pukul 7:05 aku sudah gerak ke sekolah. Diaorang yang naik motor, naik kereta bukannya nak tumpangkan aku sekali!
Sampai sahaja sekolah, perhimpunan sudah dipenuhi dengan pelajar. Aku duduk di barisan kelas aku. Hidayat berada di belakang aku.
"Baru sampai?" Soal aku dalam keadaan bisik sebab takut cikgu panggil kitaorang.
"Abang ada dekat rumah Nizam tadi. Ingatkan nak ambil Nizam. Rupanya dah selamat sampai dah." Jelasnya dalam keadaan bisik juga.
"Sorry kalau buat abang menunggu." Hidayat terus memaut pinggang aku. Dah kenapa dia ni?
"Kenapa ni?"
"Hmm.. Tak ada pape. Nape?"
"Tak.. Kenapa peluk-peluk ni?"
"Saja. Adik dengan abang. Tak boleh ke?"
"Bukan tak boleh, tapi, tak biasa. Nanti orang tengok kang."
***
HABIS sahaja perhimpunan, macam biasa.. Semua pelajar masuk ke kelas. Aku dan Hidayat bersebelahan menuju ke kelas.
"Aaa.. Abang cakap jangan marah tau."
"Apa dia?"
"Hari ni Muzammil datang."
"What?!" Aku meninggikan suara. "Abang tipu?!"
"Abang terpaksa. Sorry. Lagipun lagi sebulan nak exam. Mana boleh Nizam tak datang sesuka hati. Cikgu pun pelik."
"Urgh! Hate you!" Aku lajukan perjalanan ke kelas supaya tinggalkan dia.
Masuk saja kelas, aku duduk di tempat aku. Fariena, Syahidah dan Ikha berlari anak pergi berjumpa dengan aku. Hidayat sudah masuk ke kelas.
"Nizam, rindunya aku dekat kau. Asal tak datang seminggu ni?" Kata Ikha sambil mukanya nampaklah juga rindu.
"Aku pun rindu kat kauorang semua." Fariena sudah duduk di tempat Muzammil. Ikha dan Syahidah terpaksa berdiri.
"Bangun.." Kata seorang lelaki yang aku kenal sangat.
Muzammil!
Fariena pun bangun pada tempat duduk itu. Lalu mereka bertiga tinggalkan aku dan Muzammil.
Muzammil letakkan begnya lalu duduk di sebelah aku.
Aku sudah pandang ke arah lain.
"Kenapa tak datang sekolah?"
Aku diam.
"Saya tanya ni, kenapa tak datang sekolah?"
"Kenapa kalau aku tak datang pun? Nak cakap kau rindu kat aku? Jauh sekali yang aku nampak dekat mata kau."
"Nizam, please. Jangan buat saya terseksa."
"Bukan aku yang buat kau terseksa. Tapi, kau!" Aku sudah pandang ke arahnya.
"Nizam, give me one last chance. Then, saya takkan kacau awak."
"Dah berapa aku bagi kau? Bukan ke janji kau takkan sakitkan hati aku? Janji kau nak buat aku bahagia. Tapi, janji kau tuh sekejap! Mana janji kau?"
Muzammil diam.
"Anyway, masa rehat aku nak jumpa cikgu Farah. Nak cakapkan pasal pemindahan sekolah. Itu pun kalau kau care."
"Please, Nizam. Saya.."
"Saya apa? Lagipun, time rehat kau rehat jelah dengan Jasrul. Settle!"
"Nizam, bagi saya peluang terakhir. Kalau awak tak terima. Saya redha. So, please.. Give me on last chance. Saya nak ajak awak keluar..."
YOU ARE READING
M.N.N : JANJI (#3)
Romance2019, Akhirnya NIZAM dan MUZAMMIL kembali bersama. Mereka berdua mengambil sebagai pelajar Tingkatan 6. "Saya janji saya akan jaga awak dengan baik and takkan sakitkan hati awak." - MUZAMMIL JASRUL, handal dalam mencuri kekasih orang. Apatah apabila...