23

2.7K 61 6
                                    

"ASTAGHFIRULLAHALAZIM!" Aku cuba untuk pergi melihat ayah dan ibu di dalam rumah yang sudah terbakar hangus itu, tapi Hidayat peluk aku dari belakang. Aku menangis mengalah bayi.

Ibu dan ayah sudah meninggal sebab rumah terbakar. Ya Allah! Bomba datang lalu mereka pancutkan air ke arah rumah. Tapi, api tetap membara lagi besar. Tangan aku sudah berketar-ketar. Aku makin lama makin diam. Aku terpaksa terima ketentuan Ilahi-Nya. Jiran sebelah sudah keluar sebab api itu sudah berpindah ke rumah jiran.

"Dik, tepi sikit. Abang nak buat kerja ni." Kata seorang ahli bomba itu. Hidayat pun bawa aku pergi ke bawah pokok.

"Nizam, aku mintak maaf." Hidayat lepaskan pelukan itu. Aku diam. Malas nak tegur dia!

"Kalau aku tak paksa diri aku untuk bermalam dengan Muzammil, tak adanya jadi macam. Silap-silap aku pun mati jugak. Siapa kisah?!" Air mata aku mula berguguran. Pandangan aku hanya memandang pada rumah itu.

"Aku kisah! Jangan cakap macam tu, Nizam."

Datang pula Kakak Sakura iaitu jiran rumah kami.

"Nizam, akak mintak maaf, ya. Akak sepatutnya telefon Nizam. Tapi, akak tak ada nombor Nizam." Kata-katanya berhenti. Dia sambung balik. "Sabar, ya. Ibu dan ayah masih ada dekat dalam rumah tu." Kakak Sakura tepuk-tepuk belakang aku. Aku masih diam dengan kata-kata mereka berdua.

***

DI Masjid Hisyamuddin, ramai orang bacakan surah yasiin kepada kedua-dua ibu dan ayah.

Aku dan Niyaz duduk bersebelahan sambil menghadap kedua ibu bapa kami. Kini, dengan rasminya kami berdua bergelar anak yatim piatu yang sah.

Kawan-kawan kami, ibu dan ayah turut datang untuk membaca surah yasiin juga. Syarikat ayah terpaksa berhenti dan ditutup kerana tiada siapa diantara darah dagingnya yang ingin mengganti tempatnya. Tengoklah! Niyaz pun masih belajar. Apatah lagi aku! Ayah tak harap sangat kawan-kawan dia yang akan ganti tempat dia. Lepastu, saudara mara tak nak. Mereka bukannya tak lupa siapa kami sekeluarga. Lupa!

Lepas habis bacaan yasiin, ustaz dan sukarela termasuk Niyaz mengangkat kedua-dua jenazah ke liang lahad. Aku nak angkat, tapi tak mampu untuk lihat kedua-dua orang yang aku sayang pergi. Air mata berguguran lagi..

***

"SALAM takziah ya, Nizam." Kata Fariena sambil memeluk dirinya. Ikha tidak terkata apa-apa.

"Thanks."

"Nizam, jangan sedih-sedih, ya? Nak menangis aku tengok kau sedih tau." Kata Ikha sambil mengesat air matanya dengan tudung bawalnya. Aku hanya angguk sahaja.

Hidayat berada di sebelah aku. Nafiz sudah berada di sebelah Fariena.

"Nizam, aku balik dulu tau. Apa-apa hal, bagitahu aku cepat-cepat tau." Kata pula Hidayat sambil menggosok belakang aku. Aku masih diam dan termenung.

"Nizam?" Tegur Nafiz.

"Boleh tak kalau aku nak cakap dengan kau? Maksud aku kita berdua?" Apabila Nafiz kata begitu, aku endahkan mereka semua lalu aku menuju ke hadapan sedikit supaya yang lain tidak dengar apa yang Nafiz nak katakan. Nafiz pun mengekori aku. Aku sudah memeluk diriku. Aku berpandangan.

"Nizam, aku nak mintak maaf kalau aku terbuat macam tu dekat kau. Aku tahu aku salah."

"Kau tahu benda tu salah kan?! Kenapa kau ikut cakap dia orang?! Aku sedih tau bila aku nampak kau dengan si Jasrul tu. Aku boleh bagi duit kalau kau susah. Kalau Fariena tahu apa yang dia buat dekat kau?! Dia takkan teragak-agak nak putus dengan kau!" Aku menunjuk-nunjukkan dirinya. Aku sambung lagi. "Apatah kalau aku ni BFF dia yang dia sayang!"

Gitu kau aku marah Nafiz. Macam Mia Adriana dekat novel 7 Hari Mencintaiku.

Nafiz beralih ke bawah dan pandang ke arah lantai. Bila aku kata begitu, aku terus tinggalkan dia. Aku nampak kelibat Niyaz. Tapi, aku endahkan. Malas nak fikir!

Tapi, aku nampak kelibat Muzammil...

M.N.N : JANJI (#3)Where stories live. Discover now