PEKERJA yang masak daging tadi pun sudah balik. Lagipun, Muzammil yang suruh dia balik sebab kerja dia dah selesai. Kalau bab kemas, aku dan dia lah akan kemas sebab semua barang-barang masak ni hak dari keluarga Muzammil. Bukan syarikat pekerja tadi.
Aku dan Muzammil sudah habis makan. Sehingga menjilat jari bila makan kambing bakar dengan black pepper sauce.
Sibuk aku dan dia makan, ada orang beri salam.
"Assalamuaikum!" Kedengaran suara itu dari depan rumah.
"Siapa tu?"
"Nak saya buka ke pintu tu?" Soalku.
"Aaa.. Jom kita berdua pergi bukak sama-sama." Kami berdua pun bangun dan gerak ke depan pintu untuk lihat siapa yang datang dalam lingkungan pukul 10 malam.
Muzammil buka pintu utama. Aku sudah siap sedia pegang tangan Muzammil sebab agak risau malam-malam macam ni. Siapa yang nak datang rumah orang? Lainlah kalau owner rumah ni.
Betapa terkejutnya aku bila nampak kelibat Jasrul, Nafiz, Amir Adam, Aliff Haziq dan dua orang aku tak kenal datang rumah Muzammil.
"Ehh! Korang! Masuklah." Jemput Muzammil. Diaorang pun masuk dan bergerak ke belakang rumah. Peliknya bila Muzammil lepaskan pegangan tanganku. Aku pun biarkan apa yang berlaku dan pergi ke belakang rumah bersama mereka.
"Makanlah. Habiskan pun tak apa."
"Thank you, Zammil." Kata mereka. Diaorang pun buat macam rumah sendiri. Aku duduk di sebelah Muzammil.
"Mana korang tahu aku buat BBQ?"
"Jasrul bagitahu." Kata Amir Adam.
"Rasanya awak kenal kan dua orang ni." Jasrul mula bersuara.
"Kenal. Alif Syah dengan Haziq Hadif." Katanya. Aku hanya dengar sahaja.
So, diaorang pun makan lalu aku dan Muzammil berbual.
"Nanti kita nak buat apa?" Soal aku perlahan supaya yang lain tak dengar.
"Hmm.. Tengok movie nak?"
"Cerita apa?"
"Sekarang ni malam jumaat. So, kita tengok cerita hantu jelah." Dia senyum memandang aku.
"Okay."
***
25 minit berlalu, mereka pun sudah kenyang dan Muzammil ajak yang lain masuk dalam untuk tonton cerita seram. Aku macam biasa, sentiasa berada di sisi Muzammil. Tetapi, Jasrul sudah berada di sebelah Muzammil semasa ingin pergi ke ruang tamu.
"Kenapa tak jalan dengan saya, Muzammil?" Soalnya manja dan membuat orang menyampah dengannya.
"Aaa.." Muzammil tidak mampu bersuara. Apatah lagi aku!
Semua sudah ambil tempat masing-masing untuk tonton cerita di ruang tamu. Aku dan Muzammil duduk di atas sofa. Kami cuba untuk menyempitkan diri sebab entah. Hahaha..
Coca-cola, Twisties, dan snek-snek yang lain sudah sedia di atas meja.
TV sudah dipasang. Tapi, Muzammil terbuka berita tengah malam. Kedengaran suara perempuan sedang memberi ucapan.
"Semalam didapati seorang remaja lelaki yang bernama Nik Muhammad Amiruddin dibunuh oleh lelaki yang bernama Muhammad Shahir di tingkat paling atas iaitu di bangunan kondominium Kuala Lumpur." Bila dengar perkataan 'Nik', aku beralih muka pada TV tersebut.
"Cara mangsa dibunuh ialah dengan menikam sambil mencucuk pisau sebanyak 17 kali. Badan mangsa juga ditinggalkan selama setahun. Salam takziah kepada keluarga mangsa."
Aku menangis teresak sambil peluk Muzammil.
"Awak, Nik dah tak ada.." Tersedu aku bercakap. Jasrul sudah buat muka. Muzammil pegang atas kepala aku.
"Ini semua ketentuan Allah, awak. Sabar ya. Nanti kita pergi jumpa Nik."
"Sabar jelah. Tak payah nak over sangat!" Jasrul memerli aku. Aku abaikan dia. Menyampah!
5 minit kemudian, aku rela dan tangisan aku reda. Tapi, sakit bila mendengar berita itu tadi.
"Ehh! Lupa nak ambil bantal banyak-banyak. Takut kauorang takut pulak." Kata Muzammil sambil bangun. Tapi, aku sudah menghalang dia.
"Tak apa. Biar saya yang ambilkan." Lalu aku pun bangun.
"Nizam, biar aku tolong kau." Kata Aliff Haziq.
"Aku pun."
"Biar aku tolong gak." Yang lain pun ikut kecuali Muzammil dan Jasrul.
Muka diaorang macam sesuatu sangat masa diaorang ikut aku nak ambil bantal kat bilik Muzammil. Sesuatu...
YOU ARE READING
M.N.N : JANJI (#3)
Romance2019, Akhirnya NIZAM dan MUZAMMIL kembali bersama. Mereka berdua mengambil sebagai pelajar Tingkatan 6. "Saya janji saya akan jaga awak dengan baik and takkan sakitkan hati awak." - MUZAMMIL JASRUL, handal dalam mencuri kekasih orang. Apatah apabila...