AKU terpaksa jalan kaki untuk balik ke rumah. Antara rumah aku dengan Kompleks Sukan teramatlah jauh. Tapi, terpaksa. Pada masa yang sama, aku menangis kerana peristiwa tadi.
***
JASRUL dan Muzammil masuk semula ke dalam restoran itu. Muzammil terkejut kerana tempat meja itu sudah disusun dan kemas. Malah dia terkejut dimanakah aku pergi.
"Mana Nizam?" Soal Muzammil.
"Eh! Ha'ahlah. Mana dia pergi?" Jasrul buat-buat tanya soalan bodohnya. Tapi, dia tahu sebenarnya.
Muzammil terus pergi ke arah kaunter.
"Nak tanya, tadi ada tak seorang budak lelaki yang duduk dekat situ?" Tanya Muzammil kepada ketua restoran itu.
"Kau ke dengan dia tadi?!" Soal dia sambil menunjukkan ke arah Muzammil. Muzammil angguk kepalanya.
"Kau nak tahu tak? Tadi budak tu kena buli dengan dua orang lelaki. Kau pergi mana?"
"Ha?! Kena buli?! Siapa?!"
"Kau tak payah nak tanya aku siapa pembuli tu. Yang penting, cari budak tu. Dia pergi mana entah aku tak tahu." Kata ketua restoran.
Muzammil abaikan Jasrul dan gerak menuju ke arah motornya. Jasrul mengikutinya.
"Awak.." Jasrul pegang tangan Muzammil.
"What?!" Muzammil meninggikan suara.
"Awak nak pergi mana?!" Soalnya.
"Nak cari Nizamlah. Rumah dia jauhlah."
"Saya macam mana?"
"Sorry, Jasrul. I gotta go. Bye." Muzammil start enjin motornya lalu tinggalkan Jasrul keseorangan.
Jasrul tersenyum lalu ada dua orang lelaki iaitu Amir Adam dan Aliff Haziq menyusul di belakangnya.
"Thanks, guys." Jasrul peluk kedua-dua kawannya.
"No problem. What's next, Jasrul?" Kata Aliff Haziq.
"Next plan. We have to make Nizam sad. Like super-sad." Amir Adam senyum memandang Aliff Haziq.
***
AKU baru ingat yang kolej Niyaz tak jauh dari Kompleks Sukan. Aku pun gerak menuju ke kolej Niyaz. Sebelum itu, aku menelefonnya supaya dia tahu yang aku ingin datang berjumpa dengannya.
"Hello?"
"Hello? Nizam? Kenapa call?"
"Jumpa aku dekat bawah."
"Bawah? Kau datang jumpa aku?"
"Aaa.. Ya."
"Okey. Jap. Aku turun nanti." Talian dimatikan. Aku pun tunggulah si dia.
Bila Niyaz turun dan jumpa aku, dia teramat terkejut.
"Nizam! Kenapa dengan kau?!" Niyaz peluk aku. Aku macam tak percaya yang cara dia peluk boleh membuatkan aku menangis. Aku menangis seperti budak-budak. Rasa malu gila. Nasib gelap dan tak nampak sangat.
"Nizam, cakap dengan aku. Kenapa ni? Siapa buat kau?" Niyaz membuatkan aku rasa cool down sikit.
"Aku.. Aku.." Aku ngesat hingus aku pada baju yang berbau makanan.
"Tarik nafas, Nizam." Aku tarik nafas dan aku lepaskan.
"Now, tell me." Aku dan dia duduk di atas bangku.
"Aku tak tahu apa salah aku sampai dia buat aku macam ni."
"Siapa?"
"Muzammil. Dia sanggup tinggalkan aku hanya semata-mata nak pergi 7E dengan Jasrul."
"Muzammil? Laki kau? Jasrul siapa?"
"Aku tak tahu. Tapi, yang aku tahu dia cuba untuk mengambil hati Muzammil daripada aku." Cara aku cakap seperti menangis sambil bercakap. Faham kan?
"Nizam, kalau Jasrul cuba nak culik Muzammil, kau kena struggle untuk dapatkan dia balik. Sebab apa? Dia kau punya. Siapa dia? Muzammil. Aku boleh dapat tahu apa Jasrul tu buat dekat kau. Dia tuang makanan dan minuman dekat kau kan?" Bila Niyaz cakap macam itu, aku tersengih sambil pandang ke bawah.
"Dahlah. Tak muh nangis. Jom, kita tukar baju. Nanti aku hantar kau balik rumah."
*****
YOU ARE READING
M.N.N : JANJI (#3)
Romance2019, Akhirnya NIZAM dan MUZAMMIL kembali bersama. Mereka berdua mengambil sebagai pelajar Tingkatan 6. "Saya janji saya akan jaga awak dengan baik and takkan sakitkan hati awak." - MUZAMMIL JASRUL, handal dalam mencuri kekasih orang. Apatah apabila...