Mampukah Mr. Romeo ubah Ms. Tomboy seperti yang diharapkan bff nya? Adakah rasa sayang hadir dalam hati masing-masing? Ada yang kata kalau sayang taksemestinya bersatu. Jadi, bagaimana kisah mereka berakhir? Happy ending? Sad ending? You bet.
"Kau biar betul bro! Betul ke kawan aku yang bernama Syamsul Farhan bin Faizal ni nak aku tackle the only adik perempuan dia ni?" Mata Dazrin dah nak keluar dari soket.
"Iye... Dazrin Hakimi bin Harazi. Aku takmain-main". Farhan telan air jus oren dia.
"Kau biar betul? Aku rasa ada a few wayar dah short kat dalam kepala kau ni. Kau sendiri pernah cakap aku ni mat romeo la, buaya tembaga la. Alih-alih nak aku tackle adik kau. What's your problem bro?" Dazrin takpuas hati.
"Far is my problem. Aku taktau nak cerita macam mana. But, long story to be short. Aku syak adik aku tu dah hilang minat kat lelaki. Ma aku pun cakap benda yang sama".
"Uishh, peliknya adik kau. Asal dia camtu. Kau bagi racun apa eh kat dia sampai dia jadi camtu?" Dazrin garu kepala.
"Aku pun takpasti kenapa dia jadi macam tu. Tapi sejak akhir-akhir ni la makin ketara pulak aku tengok. Rambut pun dah macam rambut aku je, baju pun dah sama. Aku rasa macam adik aku tu lelaki even dalam surat beranak dah terang-terang tulis 'perempuan' kat belah jantina". Kali ni Farhan pulak yang garu kepala.
"Meh sini aku nak tengok sikit gambar dia"
Farhan scroll Instagram Far. Iphone 6 disua ke Dazrin. Dazrin yang tengah telan ice lemon tea dia terus rasa nak tersedak.
'Betul ke budak ni perempuan. Takmacam pun' di scroll lagi sampai bawah. Macam takpercaya. 'Hensem macam aku dah ni. Aku yelah lelaki. Takpelah jugak. Dia ni...'
"Eh, betul ke ni adik kau? Ke kau saja bagi Ig budak tah mana-mana pastu mengaku tu adik kau"
"Takkan aku nak tipu kau kot. Tulah adik aku. Ni aku tengah pening kepala pikir cemana nak ubah dia jadi balik perempuan dan aku rasa kau orang yang paling layak". Mata Farhan bersinar pandang Dazrin.
"Takkan kau sanggup nak aku yang mat romeo ni, kawan dengan adik kau? Kalau aku lukakan hati adik kau, tak ke kau kejar aku dengan parang nanti? Habis aku". Nasi goreng pataya dikuis-kuis dengan sudu.
"Tak. Don't worry. Aku dah fikir consequences rancangan kita. It's up to you nak jalankan macamana. Tapi jangan kasi teruk-teruk sangat tau. Kesian adik aku tu. Walaupun dia macam tu, dia tetap perempuan'.
"Haa, tau pun. Ingat tak sayang adik tadi. Gaya cakap macam nak jual barang je. Okay, aku takbuat teruk-teruk. Tapi macamana kalau dia terjatuh sayang pulak kat aku? Aku ni dahla jenis orang cepat suka. Kang adik kau merana pulak bila kena tinggal dengan aku".
"Kalau tu kau jangan risau. Part tu aku dengan Ma aku yang settle kan. Kerja kau cuma ubah Far jadi fitrah asal balik. Ni aku nak bidas balik, kau pun sama. Jangan menangis pulak kalau Far tolak kau".
Kali ni Dazrin betul-betul tersedak air. Terbatuk-batuk jugaklah mat romeo ni.
"Alah, aku kalau sorang tolak. Lagi sepuluh berbaris nakkan aku tau".
"Aku bukan apa, just aku harap ada orang yang aku betul-betul percaya yang boleh jaga adik aku tu. Adik aku sorang tu jelah. Mana ada yang lain... Aku takkesah kalau kau ni jodoh adik aku. Aku tau kau baik and walaupun perangai kau kenkadang tu gila-gila. Tapi dalam hati tu aku tau kau ikhlas dalam jalankan tanggungjawab yang kau galas. Tak kira apa"
Dazrin taktau nak kata apa dah.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.