Far masuk dalam bilik. Badannya dihempas ke katil. Tangan kanannya diletak ke dahi. Dia termenung memikirkan syarat-syarat yang Pa kemukakan. Rasa macam nak putar balik masa. Taknak hadapi benda-benda ni.
'Nonsense betul syarat Pa'
'Ish, Pa memang takberhati perut! Dengan anak sendiri pun nak ada syarat-syarat bagai'
Far membalikkan badannya ke kanan.
"Betul ni boleh ikut syarat Pa? Sanggup?".
Far angguk lemah. Takberdaya lagi nak membalas. Dia cuma fikir nak dapatkan semula telefon dia tu. Tu matlamat utama dia.
"Ma, sini duduk jadi saksi", Pa panggil Ma.
Pandangan Pa kembali ke muka Far. "Pa nak dengar semula. Sanggup tak Far ikut tiga syarat Pa? Jaminan, telefon Far akan dapat balik"
"Far sanggup". Wajah Far menekur lantai.
"Cakap kuat sikit dengan ayat yang penuh. Pa dengan Ma takdengar". Far mendengus kecil. Mulutnya dah senget-senget menyatakan sebal di dada.
"Ya, Far sanggup ikut tiga syarat yang Pa kemukakan dengan jaminan phone Far akan dapat semula. Puas hati?". Muka Far dah taktahu buat reaksi apa.
"Okay". Pa betulkan duduknya. Ma tersenyum menggeleng.
"Syarat pertama, Pa nak kamu kerja. Sakit mata Pa ni tengok Far melepak sana-sini takde arah tuju. Dari buat benda yang takberfaedah tu baik cari kerja. Kerja apa pun Pa takkesah, janji halal dan selamat". Okay yang ni dia boleh ikut sebabnya dia pun tengah fikir-fikir nak rasa ada duit hasil titik peluh sendiri.
"Syarat kedua, Pa nak Far ubah semula cara penampilan, attitude. Far perempuan. I don't like you dress up like a boy. And also, tinggalkan Fasya. I don't want you to spoil her". Yang ni macam berat actually. Ayat last Pa tu macam salah je. Siapa spoil siapa ni?
"Syarat ketiga, by the end of this year Pa nak Far bawak seorang lelaki di mana dia seorang yang boleh dipercayai, bertanggungjawab, hormat orang tua ke rumah kita. Tu untuk membuktikan kepada syarat Pa yang kedua iaitu, Far berubah hundred percent. Dah takikut budaya songsang ni lagi". Syarat ni maha berat. Macam nak bawak menantu balik rumah je gayanya.
"Pa, this is not right. Far just nak phone Far balik. Apa kena bersyarat-syarat bagai ni. Syarat takkena dengan jaminan. Ni takadil. Far bangkang!". Seriuslah letakkan syarat yang macam tu.
"What you promised me just now? Dah lupa ke yang Far akan ikut segala syarat Pa". Pa memang menduga sungguh.
"Tapi, syarat-syarat Pa tu taksama dengan jaminan. Its not fair on my side!". Far mengilang tangan ke badan.
"No, its fair for both parties. Trust me you'll get more than that tapi Pa takkan bagitahu apa bendanya. Just ikut syarat-syarat Pa. Okay?". Far pejam mata. Dalam hati tertanya apa yang cuba Pa sampaikan.
"Okay. Tapi syarat yang ketiga tu Pa boleh ubah tak? Akhir tahun ni means satu bulan setengah lagi. Mana sempat Pa. Pa tangguhkan dulu boleh tak? Takpun tukar syarat lain". Far cuba negotiate.
"No. Syarat Pa muktamad. Thats all my three conditions. Kalau Far takberjaya, say bye bye to your phone and also your monthly salary". Dengan itu Pa bingkas bangun dari sofa naik ke bilik. Ma turut serta di belakang. Far termenung. Beberapa minit kemudian, dia menapak lemah menaiki tangga menuju ke bilik.
![](https://img.wattpad.com/cover/86574285-288-k354509.jpg)
YOU ARE READING
Ms. Tomboy & Mr. Romeo
HumorMampukah Mr. Romeo ubah Ms. Tomboy seperti yang diharapkan bff nya? Adakah rasa sayang hadir dalam hati masing-masing? Ada yang kata kalau sayang taksemestinya bersatu. Jadi, bagaimana kisah mereka berakhir? Happy ending? Sad ending? You bet.