Mampukah Mr. Romeo ubah Ms. Tomboy seperti yang diharapkan bff nya? Adakah rasa sayang hadir dalam hati masing-masing? Ada yang kata kalau sayang taksemestinya bersatu. Jadi, bagaimana kisah mereka berakhir? Happy ending? Sad ending? You bet.
Far teman Fasya pergi beli belah setelah Fasya buat perangai budak kecik. Drama sungguh minah seorang ni. Dia tengah tunggu Fasya dekat kerusi Mc'D. Sakit kaki woo dekat 3jam pusing-pusing dalam Mid Valley ni. Entah apa lagi yang si Fasya ni nak beli pun dia taktahu. Hantu shopping betul. Tambah-tambah bila ada sale. Dia give up, cakap dia tunggu dekat Mc'D floor atas. Air Mc'D bersama double cheese burger dengan french fries hanya boleh letak sipi-sipi atas meja yang berselerak dengan shopping bag Fasya. Nampak sangat ke macam dia ni bestfriend a.k.a. boyfriend yang penyabar?
Tiba-tiba ada orang duduk dekat kerusi berhadapan dengan Far. 'Haish, mana aku ada. Dekat situ pun dia ada'.
"Assalamualaikum, Far right? You buat apa dekat sini? Shopping? Oh by the way, I ternampak macam kelibat you kat sini. Tu yang tegur just to confirm", sengih Dazrin.
"Walaikumsalam. Ha'ah. Teman kawan shopping. You pulak buat apa kat sini? Jadi spy takberbayar lagi ke?", sindir terangan betul.
"Haha, taksangka you ni pedas jugak ye ayat. Fyi, I teman partner I shopping. Yelah, year end sale lah katakan. Girls with their nature. Shopping tu mesti jadi benda wajib. And yang jadi mangsa is us. As man, jadi bodyguard angkut segala shopping bags. Right?"
"Don't point it to all of girls. Not all of them are kaki shopping. Even man also. Ada je yang kaki shopping mengalahkan perempuan. Kalau shopping complex ni boleh dibeli, dah lama beli sekali", Far taknak kalah. Ada je benda yang Dazrin buat takkena di mata Far.
"Okay, relax. I surrender", Dazri angkat dua belah tangan tanda menyerah kalah.
"So, where is your girlfriend? Girlfriend right?", tanya Dazrin ragu-ragu. Serbasalah pulak kalau salah tanya. Mahunya Far hambat dia dengan shopping bags yang bertimbun atas meja.
"Fasya still shopping. Taktau habis bila. Maybe shopping mall ni tutup baru dia nak ajak balik kut", Far ambil french fries dan hulur pada Dazrin.
Dazrin ambil satu dan makan. 'Haih, laparlah pulak.' Dia tengok jam di tangan. 'Padanlah, dah pukul 2'. "You lama lagi kan kat sini? Jaga barang I kejap. Nak order. Lapar", Dazrin buat muka kesian.
Setelah 15minit berlalu, Dazrin datang membawa sedulang makanan. Set makan tengah hari. Burger Big Mac, Ice lemon tea, french fries bersama dua Hot Fudge Sundae. Nampak menyelerakan. Satu ais krim dihulur kepada Far. "Nah".
"You belanja?"
"Ambiklah. I tak masuk buku". Ais krim bertukar tangan.
"You selalu ke datang sini?", Dazrin yang tengah makan dengan khusyuknya cuba telan burger tu yang dah macam nak tersekat dekat kerongkong. Diketuknya dada supaya makanan turun tanpa tersekat di tengah jalan. Dia ambil air yang dihulur Far. Nampak muka Dazrin yang merah gaya orang tercekik.
"Makan tu cuba cermat sikit. Mati tercekik kat sini I pulak yang susah nak explain dekat abang".
Ice lemon tea dia disedut rakus. "Lapar sangat. I ni dahlah ada sejarah gastrik. So, takboleh makan lambat sikit. Ni pun dah one hour late dari yang biasa. I can't face the pain anymore. Serik sebab one time happened, I hampir kena tahan wad".
"Oh I see. But you still have to eat slowly. Kalau tak, boleh dapat indigestion. Our Nabi also galakkan kita kunyah makanan 44 times before telan so our stomach don't have to overwork to digest the foods. Ni baca bismillah ke taktadi before melantak?". Sedebik lagi kena.
"Of course baca. You je yang taknampak. Mummy i said, buat baik takelok tunjuk dekat orang. Takut jatuh riak". Dazrin kata selamba.
"Yeah whatever".
Suasana dekat meja diorang senyap kalau nak banding suasana dekat sekeliling. Punyalah ramai orang berkerumun macam semut dekat Mc'D ni. Rezeki dia dapat jugak tempat duduk. Balik ni for sure kaki bengkak. Tawaf satu mall ni taksudah.
"Far, dah zohor ke? Kalau belum, jomlah. Or you takboleh? It's okay i pergi dulu", Dazrin sengih sambil garu kepala yang takgatal.
"Ermm, you pergilah dulu". Dalam hati rasa tersentuh. Mana pernah dia sembahyang kalau bukan dekat rumah sahaja. Sempat taksempat je dia buat. Itupun kalau dia rasa tergerak hati nak buat. Selalu lupa dari ingat. Dazrin makin menghilang di tengah lautan manusia.
Telefon Iphone 6s Far berbunyi lagu Demons nyanyian kumpulan Imagine Dragons. Nama Fasya muncul di skin. Dia angkat.
"Hello, dah habis shopping? Okay, i tunggu dekat parking. Lambat, you jalan kaki balik sendiri".
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.