Part 13

86 8 0
                                        

Di taman, Fasya duduk di kerusi batu. Lepas habis jogging satu pusingan mengelilingi Tasik Indah, dia berhenti sekejap. Duduk bagi menghilangkan lelah. Telinga yang disumbat earphone dicabut. Air mineral diteguk rakus. Peluh dikesat dengan tuala yang disangkut pada leher.

Fikiran Fasya menerawang jauh. Ada jejaka-jejaka boya yang pandang-pandang, kacau-mengacau takdiendah. Dalam fikirannya hanya Far.

Dulu dia cuma menganggap Far tu macam kawan yang tolong kawan bila susah. Tapi lama-lama, bila rapat, bila Far ubah karakter jadi lelaki, Far dengan sikap prihatin dia, ambil berat, sifat 'macho' dia. Hati Fasya makin lama makin sayang. Mungkin lebih dari seorang kawan, mungkin lebih dari seorang 'sisterhood'. Dia kalah dengan perasaan sendiri. Bila ada yang rapat dengan Far, dia rasa cemburu. 'Sakitnya tuh di sini'.

'Ahh, serabut!'. Wajah diraup. Mata dipejam rapat.

Dia sebenarnya takut kehilangan Far.

Samsung Galaxy J5 dia berbunyi. Panggilan dari Mika yang diletak dengan nama 'DON'T ANSWER' muncul di screen.

'Haishh fed up aku. Takhabis-habis nak kacau hidup aku'. Tangannya terus menekan butang merah. Malas nak terima panggilan dari orang yang takfaham bahasa tu, dia terus matikan telefon.

Fasya merenung jauh lagi. Dalam otak tengah susun ayat macamana nak cakap dengan Far.

 Dalam otak tengah susun ayat macamana nak cakap dengan Far

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

P/s: tu Fasya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

P/s: tu Fasya

Ms. Tomboy & Mr. RomeoTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang