Part 19

65 7 0
                                    

"Abang!!", jerit Aisyah dari dapur.

"Abang!!", sekali lagi. Macam ada yang takkena.

Farhan berlari ke arah dapur. Yang lain turut serta di belakang.

Aisyah dah terduduk di atas lantai. Lantai sekeliling basah.

"Ya Allah", Ma letak tangan dekat mulut. Terkejut.

"Abang, telefon ambulan sekarang!", arah Ma.

"Takpe, biar Pa call. Abang angkat Aisyah kat kerusi depan rumah". Arah Pa sambil mendail 999.

Aisyah pegang tangan Farhan. Dia menggeleng minta jangan diangkat. Air matanya mengalir. "Ayang jatuh".

Muka Farhan pucat takberdarah. Jantung berdegup laju. Takut. Takut benda buruk jadi.

"Aisyah, pandang Ma. Okay, sekarang cuba tarik nafas. Hembus", Ma cuba mengawal keadaan meskipun dia sendiri panik. Dia tahu, Allah akan membantu.

Air mata Aisyah semakin deras. Dia pun taksangka dengan apa yang dah terjadi. Tapi, hatinya cuba untuk dikuatkan. Perasaan takut perlu dilawan. Bayinya perlu diselamatkan. Dia ikut kata-kata Ma.

Far mengusap ubun-ubun kakak iparnya itu. Dia taktahu apa nak buat. Hanya berdoa agar benda buruk takberlaku.

Dalam 10 minit macamtu, ambulan datang. Farhan beri detail yang perlu kepada doktor dan jururawat yang datang. Aisyah diangkat menaiki troli dengan sangat berhati-hati tetapi pantas. Ada dua nyawa yang perlu diselamatkan. Farhan turut sama menaiki ambulan sebagai peneman dan penguat semangat buat si isteri.

Pa dengan Ma dah naik kereta untuk mengekori ambulan.

Ma pesan kepada Far sebelum pergi.

"Far, tolong kunci pintu semua ye. Pagar semua make sure lock. Ma dengan Pa pergi dulu. Taksempat dah ni".

Dan Far ditinggalkan.

'Kenapalah harini jugak Chik dengan Pak Wan balik kampung? Alih-alih, aku jugak yang kena kunci pintu semua'.

Elok sahaja Far berkira-kira nak naik teksi ke hospital, ada kereta berhenti betul-betul depan pagar rumah dia. Tingkap kereta diturunkan, kepala seorang lelaki menjengah keluar dari dalam.

"Nak pergi mana?"

"Hospital. Kak Aisyah masuk hospital. Ambulan bawa dia tadi". Far jawab tergesa-gesa. Ayat pun dah tunggang-langgang.

"Dah. Jom naik. Kita pergi sana".

***************************

Haa, amacam? Cemas tak? Part Edri yang propose secara taksah tu pun masih tergantung, ni lagi satu 'bala' cliffhanger buat intan payung anje sekalian. Maaf kalau saya menyiksa awak-awak semua ye. Harap awak boleh bersabar dan berdoa agar perkara buruk takterjadi kepada mana-mana watak dalam cerita ni. #sismemangsengajacaripasal

Here, I want to dedicate this story to my pembaca setia @taeramin, my alam maya friend waniel99, @sweetpearly. Thanks for the support guys. Jangan sedih kalau nama awak takde dekat sini, sebab awak ada dekat hati saya. Untuk next update, I will mention all the others name as well. In shaa Allah :)

Ms. Tomboy & Mr. RomeoWhere stories live. Discover now