Assalamualaikum,
Maaf sebab lama menghilang. Busy dengan studies, exams and so on. Sem 4 baru menutup tirai. Now, I'm home. In shaa Allah akan selalu update.
Oh, by the way (Sis tetiba guna ayat penuh) sebelum sis lupa. Sis nak ucap;
"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN"
buat semua pembaca setia cerita ni atau yang secara taksengaja terbaca cerita ni. Haha :)
****************************************
"Bro, apa jadi dengan Far semalam? Kau buat apa kat dia?". Tengah hari itu, Farhan pergi ke La Épicure Restaurant milik Dazrin.
"Apa kenapa?", Farhan buat muka pelik.
"Aku tanya ni. Semalam lepas kau hantar dia balik, muka dia merah, mata sembab. Macam baru lepas nangis. Kau buat apa kat dia?", Farhan dah mula hilang sabar. Dia pantang kalau ada orang luar buat adiknya seorang tu menangis.
"Oh, semalam tu. Aku takbuat apa-apa eh. Bukan aku". Dazrin cuba defend diri.
"Habistu, siapa?". Taklama lagi ada juga yang makan penumbuk dia. Takkiralah kawan baik sendiri ke apa.
"Fasya masuk ICU. Dia try nak bunuh diri". Ringkas dan padat.
"What?". Farhan terkejut.
"Dah. Aku cakap bukan salah aku. Janganlah kau nak naik angin taktentu pasal. Cuba istighfar sikit". Dazrin silang tangan.
"Sorry. Aku ternaik angin kat kau. Aku pantang kalau ada orang buat Far menangis. Sorry". Sekali lagi Farhan minta maaf.
"Yelah, aku dah biasa kena marah dengan kau. Takpe, aku redha", ayat sedas perli khas buat Farhan.
"Aku dah cakap sorry kot. So, macamana dengan Fasya sekarang ni?". Farhan bertanya.
"Semalam still taksedar lagi. I don't know lah today". Jawab Dazrin.
"Owh, harapnya dia cepat sedarlah". Farhan terangguk-angguk.
"Kau nak order apa-apa tak?". Dazrin bertanya.
"Kau belanja kan?". Mata Farhan bersinar.
"Banyaklah kau. Dahlah main pakat serang aku tanpa usul periksa, pastu mintak belanja". Dazrin jeling.
"Fine. Apa yang best kat kedai kau ni?". Farhan malas nak berdebat, perut pun dah lapar.
"Banyak yang best. Tapi aku syorkan Parisian Grain Bowl with Lentils and Duck Confit dengan Quick French Onion Soup". Cadang Dazrin sambil menunjuk pada buku menu.
"Haa, bolehla. Apa-apa je. Asalkan aku kenyang. Kau masakkan? Lagipun aku dah lama takrasa masakan kau". Farhan buat mata kucing.
"Hmm, yelah. Demi kawan. Tunggulah kejap", Dazrin bangun menuju ke dapur.
"Thanks bro. Tapi jangan lama-lama. Aku ada meeting dengan klien pukul 3". Jerit Farhan pada Dazrin yang hilang di balik dinding.
Farhan membuka Whatsapp menyemak kalau-kalau secretary dia ada bagi mesej atau tak. Suasana restoran tidak terlalu sesak kerana kebanyakan pelanggan makan di tingkat atas. Meja dan kerusi kayu, lukisan besar pada dinding, lantai kayu, lampu pada setiap meja. Cantik. Betul-betul ikut konsep Perancis.
Lebih kurang dua puluh minit macamtu, Dazrin bersama seorang pelayan datang membawa hidangan. Dazrin senyum.
"Here your order, Parisian Grain Bowl with Lentils and Duck Confit, Quick French Onion Soup and Basil salmon terrine". Setelah makanan semua diletakkan atas meja, pelayan tersebut meminta diri untuk berlalu.
"Yang ni aku belanja", sambil menunjukkan Basil salmon terrine.
"Thanks bro. Jomlah makan sekali. Taksedap pulak makan sensorang". Farhan mengajak.
"Takpe, aku dah makan tadi. Kau makan jelah, aku teman", sambil mengacau air Ice Lemon Tea.
"Betul ni?", Farhan inginkan kepastian. Dazrin mengangguk.
"Bro, aku nak cakap ni. Kan aku semalam teman Far pergi hospital, ada satu part yang menarik perhatian berlaku actually". Dazrin buka mulut.
"Apa dia?"
"Far cakap dia langsung takda hati kat Fasya. Dia just anggap Fasya tu kawan baik dia je".
"Baguslah"
"Hmm, kau still nak continue plan asal or batalkan je? Yelah, since Far.. kau faham kan?". Ayat Dazrin teragak-agak. Biar Farhan tafsir sendiri ayat tu.
"Kau rasa?". Farhan menyudu Quick French Onion Soup pula. Hmm, sedap.
"Entahla. Aku ikut kau je. Sebab ni kan plan asal kau". Dazrin sedut lagi air yang masih berbaki.
"Aku tanya kau soalan ni dan aku nak kau jujur", Farhan pandang tepat mata Dazrin.
"Kau ni kenapa tetiba nak jadi serious ni?"Dazrin sengih sambil garu kepala.
"Apa pendapat kau pasal Far? I mean, kau ada apa-apa rasa tak dengan Far"
"Soalan apa ni? Apa yang kau cuba nak sampaikan sebenarnya?"
"Kalau kau takde apa-apa dengan Far, aku nak kau teruskan lakonan kau. Tapi, kalau kau ada rasa dengan dia, aku nak batalkan plan ni"
"Apa kau ni? Aku takfaham"
"Sebab pendapat kau akan mempengaruhi keputusan ni. Ada dua pilihan kat tangan kau. Sama ada nak teruskan atau batalkan".
"Boleh ulang balik tak dua pilihan tadi tu. Aku takut salah dengar"
"Camni, kalau kau takrasa apa-apa dengan Far, aku nak kau teruskan plan. Where else, if you have something towards her, aku nak kau stop game ni".
"Pilihan apa ni? Aku takfaham motif kau sebenarnya. Kenapa kalau aku taksuka adik kau, aku kena teruskan game and kalau aku suka dia, kau nak aku stop. Apa ni?" Dazrin memang takfaham Farhan apa yang Farhan nak.
"Aku bagi kau tempoh sampai esok untuk kau bagi jawapan. Esok aku jumpa kau lagi dekat sini". Farhan angkat tangan memanggil pelayan meminta bil.
"Ehh, jap. Takkan kau nak balik dah?"
"Yelah, pukul 3 aku ada meeting dengan klien", Farhan berkata sambil mengeluarkan not duit kemudian diletakkan di atas resit.
"Takboleh ke aku bagi jawapan sekarang je"
"Aku bagi kau tempoh untuk kau bagi jawapan sebaiknya. Aku taknak kau menyesal dengan keputusan yang kau buat. Dahlah aku balik dulu". Farhan bingkas bangun dari kerusi. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman.
"Ingat, tempohnya sampai esok je tau". Farhan mengingatkan sebelum berlalu.
********************************
Hmm, pilihan yang susah kan?? Agak-agak apa keputusan Dazrin?
Nak tahu kisah selanjutnya, kenalah vote dulu lepastu komen apa korang rasa. Haha. Taklah sis rasa macam sis syok sendiri je buat cerita ni. Kan? ;)

ANDA SEDANG MEMBACA
Ms. Tomboy & Mr. Romeo
HumorMampukah Mr. Romeo ubah Ms. Tomboy seperti yang diharapkan bff nya? Adakah rasa sayang hadir dalam hati masing-masing? Ada yang kata kalau sayang taksemestinya bersatu. Jadi, bagaimana kisah mereka berakhir? Happy ending? Sad ending? You bet.