Just nak cakap, bab ni panjang sikit. Mohon enjoy. Dan ada selit sedikit love letter buat korang kat akhir chapter. (Sila baca tau)
***********************************************
Setelah seminggu berlalu, semalam baru dapat call dari Edri. Kebetulan cousin dia tengah cari totur untuk ajar main violin. Maka, harini Far terpacak depan pagar rumah banglo dua tingkat. Loceng ditekan. Tunggu orang dalam bukakan pagar.
"Cari siapa ya?". Kelihatan seorang wanita indonesia berusia 50-an berdiri dari pagar dalam. Mungkin pembantu rumah.
"Saya Farhanis. Ni rumah Damia Humaira ke? Saya datang untuk ajar violin".
"Ohh, buk Farahnis. Masuklah, buk Aira ada di dalam. Sila". Pintu pagar dibuka.
'Macam pernah datang sini je'.
"Siapa tu Wak?" suara wanita bertanya dari dalam rumah.
"Ni, buk Farahnis udah datang".
Far masuk ke dalam rumah. Suasana dalam rumah terasa nyaman. Dinding bercat hijau cair, satu sudut lain pulak warna hijau pekat. Dekat sofa duduk seorang wanita seusia Ma dia.
'Macam kenal'
"Lah, Farhanis ke? Ingatkan siapalah. Wak cakap Farahnis, Farahnis. Rupanya Farhanis. Haha". Wanita itu bingkas bangun dan terus memeluk Far.
Far kekok. Otak dia masih takboleh proses. 'Rasa macam kenal.. Tapi, takingat nama'
"Takingat ke? Aunty Dhia la. Haritukan datang anniversary rumah aunty ni. Lupa ke?". Melihat kepelikan muka Far, Aunty Dhia dah faham.
"Oh ya. Aunty Dhia. Sorry, Far betul-betul takingat. Aunty sihat?". Far termalu sendiri. Macamana dia boleh lupa yang ni mummy Dazrin. Demi menjaga air muka sendiri, dia cuba ubah topik.
"Alhamdulillah. Farhanis datang jadi private tutor Aira ye?"
Far angguk. "Takpayahlah panggil nama panjang. Far je dah cukup".
"Takpelah. Farhanis pun dah terasa manis bila disebut". Aunty Dhia senyum mesra. Far dah sengih sumbing sambil garu kepala. Dalam hati menyebut, ' My God, Edri. Kenapa dalam banyak-banyak cousin kau, anak aunty ni jugak yang kau recommend kat aku. Apa dosa aku kat kau'
"Erm, Aira mana ye?", Far melilau mencari kelibat Damia Humaira.
"Ada dekat atas. Tengah mandi kut. Pagi tadi sampai tengah hari dia ada tuisyen".
"Ohh,busy jugak dia ye. Petang ni pulak nak belajar main violin". Kagum Far dengan anak Aunty Dhia ni. Jadual padat pun still ada masa nak belajar muzik. Kalau dia, lebih banyak buang masa kalau hari sabtu ahad.
"Biasalah dia. Katanya dia nak release tension. Entahlah, aunty pun takfaham sangat dia"
"Maybe muzik buat dia rasa tenang kut".
"Mungkinlah. Eh, meh sini makan kuih gelang. Nanti turunlah Aira tu."
Dalam sepuluh minit macam tu menunggu, akhirnya turun jugak Damia. Wajah dia saling taktumpah macam Aunty Dhia. Comel je.
"Sori cikgu, lambat. Tadi mandi kejap". Damia menyengih sambil menghulur tangan untuk bersalaman.
Terasa janggal bila dia digelar cikgu. Cikgukah?
"Its okay. Lagipun baru je sampai". Salaman disambut.
Dari pandangan Far, Damia ni seorang yang ceria, peramah dan rajin. Harapan dia agar sepanjang dia mengajar Damia segalanya berjalan dengan lancar. Aamiin.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ms. Tomboy & Mr. Romeo
ComédieMampukah Mr. Romeo ubah Ms. Tomboy seperti yang diharapkan bff nya? Adakah rasa sayang hadir dalam hati masing-masing? Ada yang kata kalau sayang taksemestinya bersatu. Jadi, bagaimana kisah mereka berakhir? Happy ending? Sad ending? You bet.