Part 9

91 8 0
                                    



"Assalamualaikum Azi". Pa bagi salam dekat tuan punya rumah.

"Walaikumsalam. Eh, Faizal. Masuklah". Uncle Azi jemput mereka satu family masuk.

Mereka berjalan ke laman rumah. Ramai jugak tetamu yang datang. Budak-budak main kejar-kejar. Belon warna-warni tergantung sekeliling khemah. Kek dua tingkat dah terletak atas meja besar. Dekat satu sudut ada bakar-bakar daging.

"Lama betul kita tak jumpa kan? Last raya tahun lepas kalau tak silap". Uncle Azi dah start berbual dengan Ma dengan Pa.

"Ha'ah. Tahun lepas. Kira dah lama jugaklah tu". Kata Ma ramah.

"Haha. Dah nak dapat cucu dah Faizal dengan Hana. Taklama lagi dapat gelaran atuk nenek lah kamu ye". Uncle Azi pandang Abang Farhan dengan Kak Aishah. Senyum mereka semua.

"In shaa Allah. Tunggulah bulan depan ni. Ada lah rezeki". Pa senyum lebar.

"Yang ni anak kamu jugak ke? Takpernah nampak pulak?".

"Ha'ah. Yang ni Farhanis. Panggil dia Far je. Rasanya dia takpernah datang sini. Maklumlah, belajarnya asyik duduk dekat asrama. Ni pun baru je habis belajar". Ma sentuh bahu Far.

"Oh, dah besar dah. Lawa budaknya. Bolehlah kenal-kenal dengan anak bujang kami". Aunty Dhia dah mula cucuk-cucuk. Ni yang Far taknak bila datang rumah kawan Ma dengan Pa. Dengan Abang sekali.

"Haha. Boleh saja".

Makin lama duduk situ, makin dia takselesa bila Aunty Dhia sibuk nak promote si mamat sengal anak dia tu. Baik dia lari sebelum perkara malang jadi dekat dia.

"Ma, Far nak tengok-tengok lauk kejap". Alasan.

Dia bangun perlahan-lahan pergi ke meja yang menempatkan makanan dekat bawah bumbung rumah. Dalam hati menyesal taksudah kenapa ikut jugak datang sini. Dekat tempat bakar-bakar lauk dia nampak Dazrin tengah terbalik-balikkan daging atas pemanggang. Dia perasan yang Dazrin tengah pandang dia kejap. Far pusing seratus lapan puluh darjah pergi tempat lain.

'Why takboleh datang? You dah janjikan nak temankan I pergi beli baju'

Whatsapp Fasya dia bluetick sahaja. Malas nak balas waktu macam ni. Air oren di tangan diminum sedikit. Dia duduk sorang-sorang dekat kerusi batu sebelah kolam.

Dazrin yang dari tadi ekori Far diam-diam tengok je apa yang si tomboy Far ni buat. Rasa takpuas tengok si Far ni pakai dress. Nampaklah ayu sikit kalau nak banding dengan gambar-gambar dia dalam Instagram tu.

'Ni mesti kena paksa pakai ni'. Sengih Dazrin.

Tiba-tiba nampak Sherry si kaki kacau datang ke arah Dazrin. No choice. Hanya Far yang dia nampak boleh tolong dia waktu tu.

"Far, tolong kejap. Please". Far dengan muka terkejut bila si mamat poyo ni muncul depan mata. Mintak tolong pulak tu. Dia takfaham.

"Hello Dazrin. I miss you". Sherry dengan gaya meliuk lentok pegang lengan Dazrin. Oh, sungguh takberkenan Far tengok perempuan macam ni. Menggedik mintak kaki!

"Oh, hai Sherry. Thanks for coming". Dazrin turunkan tangan Sherry yang dah melekat dekat lengan dia.

"Here, meet my fiancee and my future bride, Farhanis". Rasa nak benamkan diri dalam tanah waktu tu jugak. Takde idea lain ke nak pakai? What? Fiancee? Future bride? Kalau ye pun...

Dazrin siku Far yang dah berubah riak. Suruh salam dengan Sherry.

"Oh wow. Never tell me you have a girlfriend before?". Muka Sherry pelik.

"That's it. I never have girlfriend but a fiancee. Right?".

"Right".

Sherry terpaksa angguk. Muka dia senyum plastik. Far faham sangat dengan perangai tu.

"Hai, you can call me Far. Can i know who you are? I'm sorry. Just want to... You know... Get to know better all Dazrin's friends... or fans". Ditambah perkataan peminat dekat hujung ayat. Muka dimaniskan.

"I'm Dazrin's bussiness partner. And also his friend since study in France. Not long ago".

"I see". Far angguk.

"Ermm... I go to take some juice there. See you later Dazrin. Far". Sherry berlalu.

"Bye"

'Ouchh'

Kaki Dazrin kena pijak dek Far. Mata Far menjeling.

"Tangan tu jaga. Nak pegang-pegang bahu orang tu dah kenapa? Ada lesen ke?".

"Thanks Far". Dazrin sengih sumbing. Tak perasan pulak tangannya tadi dah menumpang dekat bahu Far.

"Fiancee konon. Agak-agaklah kalau nak bohong pun".

"Dah taktau nak cakap apa. Bantai jelah". Dazrin garu kepala.

"Lagipun I tengok you macam takpuas. Nampak lebih ayu. Except kasut. Macam tak match je dengan dress". Dazrin tolak rambut Far yang terjuntai ke belakang. Dah mai dah perangai romeo dia.

'Tapp'

Sebelah lagi kaki Dazrin jadi mangsa kena pijak. Terhinjut-hinjut dia dengan kaki sebelah terangkat. Sakit.

'Padan muka'. Muka puas. Far berlalu. Tak kuasa nak layan mamat poyo, mamat sengal, mamat romeo macam Dazrin.

 Tak kuasa nak layan mamat poyo, mamat sengal, mamat romeo macam Dazrin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Ms. Tomboy & Mr. RomeoWhere stories live. Discover now