Part 26

70 7 1
                                    

Assalamualaikum and hye :)

Here the new update. Jangan lupa untuk vote, komen dan support ye. Tq

*********************************

"Wait a minute. Husband?", terasa macam bermimpi.

Pada masa yang sama, Dazrin menghampiri mereka sambil membawa plastik makanan dan minuman. Dazrin bersalaman dengan Mikael dan mereka berkenalan. Far masih merenung Mikael.

"Fasya takpernah cerita pun you dengan dia dah kahwin. Is it true?", Far inginkan kepastian.

"Definitely yes. I'm her husband". Pernyataan Mikael mengecewakan Far. Kecewa sebab Fasya langsung takcerita benda penting ni dekat dia. Timbul perasaan adakah Fasya tidak percayakan dia.

"How? Macamana korang boleh kahwin? Fasya langsung takpernah cerita kat Far pun?". Bertubi-tubi soalan.

"Dia takpernah cerita pasal kitorang?". Soalan berbalas soalan.

Far menggeleng.

"Long story to be short, almost a year kitorang dah kahwin actually. I taksangka Fasya langsung takcerita dekat you. I thought you know since she said you're her boyfriend". Mikael ragu-ragu bila sebut perkataan tu. Mikael sememangnya tahu yang Fasya sentiasa declare dia dah ada kekasih dan kekasihnya itu adalah se'jantina'.

"Wait a minute". Far picit dahi.

Kemudian dia menyambung, "Okay. I rasa I patut jujur dengan you since you're her husband. I actually hanya berlakon sebagai lelaki. I'm only her fake boyfriend. Bukan betul-betul".

"You're not kidding me right?", dan Far menggeleng.

"In fact, I'm still straight. I tetap normal dan sukakan lelaki. Bukan yang sejantina yang macam semua orang sangkakan. Fasya yang mintak suruh I tukar imej I sebab nak you jauhkan diri dari dia. She's my bestfriend. I sayang dia macam adik I. Not more than that". Terang Far jujur. Dia taknak kusutkan lagi masalah.

Mikael memejam mata dan meraup mukanya. Satu bebanan dah selesai.

"I'm sorry Mikael. Kalau dari awal lagi Fasya ceritakan perkara sebenar, benda ni takkan jadi rumit. I kesiankan dia sebab dia selalu cerita you selalu kacau dia. I want to be someone yang boleh protect dia. Maaf kalau I cerita ni menyakitkan hati you ke apa. Ni based on apa yang Fasya bagitau I. Fasya cakap you ni macam stalker. Apa dia buat, apa dia suka, semua you tahu. Fasya bukan orang yang suka kongsi cerita dengan orang luar. Dia memang taksuka orang masuk campur hal peribadi dia. Maaf cakap, Fasya pernah kata dia benci you. Benci yang teramat sebab you cross the limit".

"I know. Tapi I sayang dia. Sayang sangat. I can't live without her". Mikael menekur lantai. Ada cecair jernih mengalir dari tubir mata. Far nampak kebenaran dalam wajah itu.

Mikael sekali lagi meraup muka. Dia faham yang Fasya rimas dengan dia. Tapi sekarang, Mikael dah mula beri ruang untuk Fasya. Dia taknak mengongkong Fasya kerana dia tahu Fasya cukup terseksa dengan perkahwinan ini. Sayangnya, ruang yang diberi buat Fasya digunakan untuk benda yang salah. Dia sedih sebab Fasya sukakan kaum sejenis. Dia takboleh terima. Tapi dia bersabar untuk berdoa agar Fasya berubah.

"Ehem, Mikael, Encik Faiz. Maghrib dah masuk ni. Mari kita solat dulu. Kita doakan semoga Fasya cepat sembuh dan sihat seperti sediakala." Ajak Dazrin ke surau. Dalam situasi begini, mereka hanya boleh berserah kepada Ilahi. Mereka dah berusaha, Allah swt. yang menyembuhkan.

"Marilah", Mikael dan Encik Faiz menjawab.

"Far nak jenguk Fasya kat dalam". Far memberitahu Dazrin setelah Mikael dan Encik Faiz berlalu. Dazrin hanya mengangguk kemudian berlalu.

Setelah Far mengambil pas pelawat di kaunter, dia terus menuju ke Katil 12. Sedih dia melihat Fasya yang terbaring bersama wayar yang berselirat dikatil. Fasya memakai topeng oksigen. Di sebelahnya ada skrin monitor pernafasan dan denyutan jantung. Lama Far diam. Dia hanya memerhati tubuh kaku Fasya.

"Fasya. Assalamualaikum". Far buka mulut memberi salam walaupun dia tahu Fasya takmampu untuk menjawabnya.

"Far datang ni. Fasya, I tahu I takmampu jadi kawan terbaik untuk you. I gagal jadi sahabat yang sentiasa ada dengan you masa susah dan senang. I mintak maaf. I'm so sorry". Tiba, air mata ego Far turun juga. Sedih melihat sahabatnya sebegitu.

"Fasya, bangunlah. Ramai yang perlukan you. You kena kuatkan semangat, jangan mengalah. Baba you, Mikael.. Semua orang sayang you. I know yang you dah kahwin. Diorang dah cerita dekat I. Cuma I takboleh nak percaya selagi benda tu takkeluar dari mulut you sendiri. I need an explaination from you. You cepat-cepatlah bangun". Far dah mengesat air mata yang turun laju. Far menutup mukanya di tangan kaku Fasya. Lalu diciumnya. Air mata masih lagi mengalir.

Tiba, ada seseorang datang menghulurkan sapu tangan. Dazrin. Sapu tangan bertukar tangan.

Baru kali pertama Dazrin melihat Far menangis. Dia hanya kenal Far sebagai seorang yang kasar, keras hati, hati batu. Bukan macam ni. Hatinya tersentuh. Merah muka Far akibat menangis. Kalau dia taktahu batas hukum, dah lama dia peluk Far waktu tu jugak untuk tenangkan dia. Tapi sayang, Far bukan sesiapa buat Dazrin. Tak ada hukum yang menghalalkan.

Selepas mereka keluar dari wad ICU, Far meminta Dazrin menghantarnya pulang terus. Di dalam kereta, Far masih lagi tersedu-sedan.

"Dahlah tu Far. Kita hanya boleh berdoa agar Allah sembuhkan Fasya. In shaa Allah Fasya okay". Dazrin beri kata semangat.

"She's my best friend. I can't bear looking her like that. Dalam condition dia macam tu. I rasa bersalah sangat dia jadi macamtu", air mata mengalir lagi.

"I know. Kalau I kat tempat you pun, I rasa benda yang sama. Tapi, you takboleh terus salahkan diri sendiri. Nanti you yang sengsara teruk". Dazrin memandang Far yang tunduk.

Dazrin menyambung, "Allah bagi kita musibah untuk kita kembali semula kat Dia. Minta pertolongan dari Dia. Dia sebenarnya rindu dengan kita. Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang kita takmampu. He knows you're stronger than this. Thats why He choose you untuk hadapinya". Lama mereka berdiam.

"Hantarkan I balik", Far membuang pandang ke luar tingkap. Dia mengesat air matanya menggunakan sapu tangan yang diberi Dazrin tadi.

"Okay". Jawab Dazrin sepatah. Keretanya keluar dari basement parking hospital.

******************************

Maaf agak busy. Takboleh update selalu. Busy dengan study case :/

Anyway, Tyler Ward ada post video cover baru dia. And i found its kinda sweet and cute.  Btw, sis baru perasan Tyler semakin kacak and sado *sis buat mata blinkblink*.Mehh, tengok sini

Ms. Tomboy & Mr. RomeoWhere stories live. Discover now