"Haa, right on time. Jodoh Far dah sampai"
'Abang saja nak malukan aku depan semua orang!'. Muka Far dah taktahu nak buat reaksi apa. Jelas lagi terang ayat Farhan. Jatuh saham Far gara-gara memiliki abang yang sengal takbertempat macam ni.
"Assalamualaikum, hai." Dazrin masuk dan bersalaman dengan semua orang.
"Aisyah macamana harini? Sihat? Eh by the way, congrats to both of you". Dazrin bertanya kepada Aisyah.
"Alhamdulillah and thanks". Muka Aisyah berseri.
"Dapat baby boy ke baby girl?".
"Uncle cubalah teka". Farhan buat-buat suara kartun sambil melambai-lambai tangan bayinya.
"Uncle eh?? Entahlah. Uncle takreti nak teka lah awak". Dazrin tersengih.
"Alah, tekalah". Again, Farhan buat suara kartunnya.
'Annoying betul Abang ni! Macam kucing penyek je bunyinya. Yang si Dazrin ni pulak layankan je'. Kata Far dalam hati.
"Both baby boy kut. Takpun both baby girl". Dazrin teka.
"Salahlah Uncle. Saya baby boy, kembar saya baby girl". Sambil melambai tangan Faris Adam.
"Seriously? Congrats bro. Cayalah lu". Dazrin dah main sep-sep dengan Farhan. Masing-masing ketawa. Far terasa sangat annoyed dengan dua orang manguk ayun taksedar diri dah tua tapi still perangai budak tadika takcukup umur.
Sesudah sesi sep-sep Farhan dan Dazrin. Pa buka mulut.
"Mama dengan Papa kamu takikut sekali ke Dazrin?", Pa bertanya.
"Ha'ah, diorang ada dekat Beijing sekarang ni. Melawat Abang Ngah belajar dekat sana. Diorang sempat kirim salam je. In shaa Allah khamis ni balik Malaysia balik". Terang Dazrin.
"Oh, si Soffian belajar kat Beijing sekarang ni?" Ma bertanya.
"Ha'ah. Dah nak masuk dua tahun kalau taksilap". Ma terangguk-angguk.
"Belajar course apa kat sana?" Pa macam berminat.
"Bussiness. Dia cakap nak meneruskan legasi Papa".
"Wah baguslah. Ada jugak orang yang nak uruskan bisnes Papa kamu tu". Kata Pa kagum.
"Haa, tulah. Abang Ngah memang minat bab-bab ni. Takmacam saya. Minat duduk dapur je". Dazrin merendah diri.
"Kamu pun apa kurangnya Dazrin. Dahlah chef, pandai masak, ada restoran sendiri. Aunty kagum dengan kamu. Kalau kamu request nak jadi menantu pun Aunty sanggup". Pujian Ma melambung langit.
'Ayat terakhir tu. Aipp aipp. Nak suruh jadi menantu? Perangai pun macam hantu.' Far dah mengutuk dalam hati.
Tiba-tiba, tab Far berbunyi. Almaklumlah, kan telefon Far dah 'selamat' dalam jagaan Pa. Jadi, nilah satu-satunya alat telekomunikasi yang tinggal buat Far. Nak beli sendiri memang takmampulah memandangkan elaun bulanan kena potong fifty percent. Sampai bila? Haa, sampailah ketiga-tiga syarat Pa tu tertunai.
'Haa, right on time'. Far kata dalam hati.
Dilihat di skin. Nombor yang dikenalinya menelefon. Far pun minta untuk keluar sebentar. Dengar di belakang suara Ma bercakap 'Nak mengelatlah tu' sebelum Far menutup pintu. Apa dia peduli. Dah dia taksuka, jangan dipaksa-paksa.
"Helo. Walaikumsalam. Hah Edri, kenapa call?"
"Seriously?", mata Far terbeliak.
"Kat mana?".
And the rest is history..
****************************
Assalamualaikum. First of all sis nak cakap yang sis terlampau sibuk dengan urusan duniawi. Urusan pelajaran, dengan konferens tiap-tiap minggu. Nak kena catch up laju-laju apa yang lecturer ajar dalam kelas then apply bila masuk clinical area. Fuhh, penat beb.
Kepada korang yang masih di bangku sekolah, jangan sangka mahasiswa mahasiswi ni semua aci goyang kaki je bila masuk zaman universiti. Semua macam takcukup tanah nak kejar masa siapkan assignments, reports, case study etc etc. Nak pulak bila lecturer semua secara berjemaah suruh hantar pada hari yang sama and at the same time jugak clash dengan quiz n exams. Rasa tersepit kot. Mana nak study lagi, siapkan assignment. Dan time tu korang rasa nak jadi naruto, doraemon, boboiboy dan seangkatan dengannya untuk bantu korang siapkan semua kerja ni. Dan of course benda tu memang mustahil.
Dekat sini actually korang akan belajar banyak benda. Antaranya, jangan bertangguh kerja sebab bila-bila masa saja kerja korang akan makin bertimbun. Bertimbun dan bertimbun. Sampai korang menyesal dan salahkan diri sendiri kenapa malas sangat dan taksiapkan awal.
Second, time class silent your phone. Takpun switch off terus. Sebabnya korang perlu fokus, dengar and catit apa yang lecturer ajar time class. Kalau boleh sila bawa kertas kosong bersama pen dan buat short notes and point penting apa lecturer tu cakap. Trust me, almost 80% apa lecturer tu ajar dalam kelas adalah hint soalan n jawapan exam (sebab depa-depa jugak yang buat soalan tukan). Jangan lupa simpan segala short notes yang korang dah buat tu. Jangan lempar dalam tong sampah pulak sebab rasa tulisan korang buruk ke apa. Jangan kay. Dah simpan jangan buat pekasam pulak. Sila baca dan faham apa yang korang tulis tu. In shaa Allah korang takkan spend banyak masa untuk faham satu-satu topik bila tiba nak exam. Then bolehlah fokus untuk topik yang kurang pro.
Last, sampaikan ilmu yang korang ada kepada rakan-rakan. Jangan kedekut ilmu sebab ilmu yang korang dapat tu pun hidayah dari Allah. Rasanya korang mesti selalu dengar, kita kalau ada satu barang dan kita tukar dengan satu barang dari kawan kita, kita tetap dapat satu barang. TAPI, kalau kita ada satu ilmu dan kita share dengan sorang kawan kita, maka kita akan dapat dua ilmu. Korang takkan rugi. Jangan rasa macam dipergunakan kalau kawan mintak ajar tapi dia sendiri kedekut ilmu. Sebabnya, belum tentu dia boleh faham dan ingat apa yang kita ajar. Tapi, kita sendiri boleh ingat apa yang kita ajar kat orang sebabnya memori tu akan melekat macam gam Uhu kalau korang praktis ajar kat orang lain. Dan bila exam, korang boleh jawab soalan tu sebelah mata je. Sebabnya korang ingat dan faham.
Maaf entry kali ni panjang sebabnya dah lama kot sis tak update. Rindu. Saja nak sembang. Kepada adik-adik yang SPM tahun lepas, congrats atas keputusan exam dan tahniah sebab berjaya melepasi zaman persekolahan. Yang masih pening-pening lalat, taktahu mana nak sambung belajar, takpe. Take your time sebabnya korang sendiri yang nak belajar, Bukan mak ayah, tok wan, opah yang nak belajar. Korang kay, korang. Andaikata nanti, apa yang korang apply takdapat dan dapat course yang takkena dengan minat korang, jangan kecewa. Sebabnya kita taktahu apa yang Allah dah atur untuk kita. Kita just ikhtiar, usaha selagi mampu. Serahkan segalanya, percayakan Dia. Sis cakap macam ni sebab sis pun pernah alami benda yang sama. Kalau ada masa and korang berminat nak tahu, tunggu next update kay :)
Assalamualaikum :D
YOU ARE READING
Ms. Tomboy & Mr. Romeo
HumorMampukah Mr. Romeo ubah Ms. Tomboy seperti yang diharapkan bff nya? Adakah rasa sayang hadir dalam hati masing-masing? Ada yang kata kalau sayang taksemestinya bersatu. Jadi, bagaimana kisah mereka berakhir? Happy ending? Sad ending? You bet.