Part 6

104 9 0
                                        


"Far, jom turun makan" Panggil Chik dari luar bilik.

"Alah, kejaplah Chik. Lima minit". Mata ditutup balik.

"Takde lima minit ke apa. Bangunlah. Semua orang dah tunggu tu. Bangun". Chik kejut lagi. Kali ni dicucuk-cucuk pinggang Far. Tahu kelemahan dia. Mata yang dibuat-buat pejam dah takmampu tahan kena geletek dek Chik. Far kalah. Dia bangkit jugak.

"Haa, tau pun nak bangun. Pa dengan Ma Far dah ada kat bawah". Puas hati Chik.

Far bangun menuju ke tandas. Muka dibasahkan. Rambut yang dah tercacak sana sini macam Tarzan dirapikan. Dia tahu kalau Pa ada kat rumah, mesti dikritiknya habis-habisan. Pasal rambutnya lah, pasal baju dia lah dan macam-macam lagi.

"Ha, Far. Baru turun? Tidur ke tadi?". Soalan Ma dibiarkan. Buat taktahu je. Kerusi ditarik, lauk disenduk masuk dalam pinggan. Ma dah masak sangat dengan perangai anak dia yang seorang ni.

"Dazrin, makan sikit sangat tu. Tambah lagi ni. Lauk ni sedap". Pa cuba untuk kurangkan suasana kekok. Pa jeling Far. Far faham, lepas je Dazrin balik, confirm kena lecture.

"Takpe uncle, ni pun takhabis lagi dalam pinggan ni". Dazrin tolak lembut.

Meja makan senyap, cuma dengar bunyi sudu dengan garfu berlaga.

"Dazrin, macamana dengan bisnes? Kata haritu nak bukak cawangan dekat area sini kan?". Pa dah bukak hal bisnes pulak. Haih.

Dazrin telan air sikit untuk basahkan tekak.

"Ha'ah uncle. Alhamdulillah, ada untung lebih sikit ni. Baik bukak lagi satu restoran baru. Tapi ni masih dalam perancangan lagi".

"Oh, baguslah kalau macam tu. Boleh kami satu keluarga datang rasa makanan perancis. Takperlu susah-susah pergi France, kat sini pun dah ada. Kan Ma?".

"Boleh je uncle, takde masalah. Call je anytime bila nak datang. Nanti Dazrin masak special untuk family uncle". Dazrin senyum. Baru perasan yang Dazrin ni ada dimple kat dua-dua belah pipi. Alamak! Mat jambu ke dia ni?

"Far, rajin-rajin belajarlah masak masakan France dengan Abang Dazrin ni. Dia terer". Mau tersedak bila Ma sebut Dazrin dengan ada perkataan 'Abang' kat depan. Nak suruh aku panggil dia abang? Oh, please.

"Takpayahlah Ma suruh dia masak masakan tinggi-tinggi camtu. Nak makan telur dadar seketul tu pun suruh Chik yang goreng". Elok selamba Abang kutuk aku depan-depan. Mata Far dah macam laser sedia nak bunuh orang.

'Alah, ingat orang takut'

"Eleh Abang cakap orang. Dia pun dua kali lima sama je. Manja je lebih. Nak secawan kopi pun nak kena Kak Aishah yang tolong buatkan. Macam patah je tangan kalau buat sendiri". Far buat muka.

"Yelah, sebab Kak Aishah buat kopi taksama rasa dia dengan orang lain punya. Kak Aishah punya the best. Air tangan isteri kot". Farhan bela diri.

"Orang ada bini bolehla cakap". Far teguk sikit air sirap.

"Memang"

"Apa?"

"Abang kena bangga dapat isteri yang pandai masak. Betul tak sayang?" Farhan senyum pandang Kak Aishah.

"I don't care a bit lah Abang".

"Esok lusa kalau Far dah kahwin Abang taktaulah laki Far makan apa. Harap Far dapat husband tukang masak macam Dazrin ni. Kalau tak, makan luar jelah hari-hari". Aik, kaitkan nama Dazrin ni dah kenapa.

"Alah, Far takheran pun".

Mau Far balas lagi. Tapi Pa dengan kuasa veto yang dia ada, maka perang antara Farhan dengan Far ditunda ke lain masa. Faham dengan warning yang datang dari Pa. Dazrin sengih sumbing.

"Ni Dazrin balik teruslah ni? Taknak bermalam ke dekat sini?". Ma tanya. Persoalan Ma buat Far rasa nak hantuk kepala kat meja. Nak suruh dia stay ke macamana? Dahla dari petang tadi dia perasan yang Dazrin asyik curi-curi pandang dekat dia. Ingat dia taktau.

"It's okay aunty. Dazrin esok ada hal dengan family. Kena buat preparation sikit makanan untuk celebrate birthday Papa". Fuhh, lega dia takjadi stay.

"Esok, kalau uncle dengan aunty nak datang bolehlah. Far kalau nak join sekali pun lagi best kot". Rasa nak gelak guling-guling bila Dazrin si mamat poyo ni ajak dia datang sekali. Buang tabiat apa aku nak datang.

"It's okay. Nevermind. Far..." kata Far dipotong dengan cakap Ma.

"In shaa Allah, kami satu family datang". Ma tekankan perkataan 'satu family' tu sambil pandang Far.

Kalau Ma dah cakap macam tu, memang takboleh adabantahan. Terasa macam sekarang ni segala serba serbi kena Ma dengan Pa yangbuat keputusan. Apa gunanya dia dah jadi budak lepasan universiti. Ditekankansekali lagi 'lepasan universiti'. Bukan sekolah ye. Kenapa setiap keputusan diamesti kena based on Ma dengan Pa punya persetujuan? Hidup ni memang takadil!

 Kenapa setiap keputusan diamesti kena based on Ma dengan Pa punya persetujuan? Hidup ni memang takadil!

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Ms. Tomboy & Mr. RomeoTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang