Sepanjang perjalanan ke hospital, suasana dalam kereta dah terasa macam suasana dalam perpustakaan. Senyap semacam. Masing-masing buat hal sendiri. Far menebar pandang ke luar tingkap. Hujan mulai rintik-rintik turun.
Sampai sahaja di hospital, hujan semakin lebat. Dazrin dah berapa kali pusing dekat bahagian basement parking. 'Time ni jugak parking nak full. Haish'.
Far dah taksenang duduk, turut sama mencari petak kosong untuk parking. "Diorang ni semua takreti nak keluar ke? Orang lain pun nak parking jugak", terlepas ayat yang berbuku dihati.
Dazrin putus asa. Dia keluar dari basement parking, mencuba pula cari parking dekat atas bumbung. Of courselah tiada bumbung!
"Yes, finally. Ada jugak parking". Dazrin membetulkan parking kereta.
"Did you realize yang sekarang ni tengah hujan lebat plus kilat?". Far angkat kening sebelah memandang Dazrin yang buat muka takbersalah.
"Takpe, I ada simpan payung kat belakang". Dazrin membuka seatbelt dan membuka pintu kereta. But kereta dibuka dan ditutup. Sekejap sahaja pintu kereta bahagian Far dibuka. Dazrin yang tengah pegang payung tunduk menghadap Far.
"Jom cepat".
Far keluar. Berdiri rapat sedikit dengan Dazrin. 'At least takdelah sampai wad nanti basah kuyup'
Mereka berjalan seiringan. Tiba kilat berdentum. Far terkejut dan serta merta Dazrin peluk bahu Far sebab Far hampir jatuh tersungkur. Perghh, kilat tu terasa macam betul-betul berdentum depan diorang.
Sampai di tempat berbumbung, tangan dibahu segera diturunkan. Takut kaki kena pijak lagi. Far punya muka taktahu buat reaksi apa. Dia sebenarnya malu tapi sengaja dia cover. Risau Dazrin perasan.
"Thanks", ucapan itu yang terkeluar dari mulut Far.
"No biggie", senyuman dilempar. Sangkanya tadi dia akan di'ambush' cukup-cukup.
Kaki terus melangkah ke lobi wad bersalin mencari kelibat Pa dengan Ma. Setelah berjumpa, terus ditanya keadaan kakak iparnya itu. "Kak Aisyah macamana Pa, Ma?". Muka Pa dengan Ma dipandang satu persatu. Risau kot kalau apa-apa jadi.
"Kak Aisyah ada dalam dewan bersalin. Alhamdulillah takada apa-apa benda buruk jadi. Abang pun dalam tu jugak, teman isteri dia". Terang Ma.
"Syukur alhamdulillah". Lega. Far terus peluk Ma. Terlupa sekejap orang disebelahnya.
"Dazrin macamana boleh sampai sini?", pertanyaan Pa menyedarkan Far keberadaan Dazrin di situ.
"Tadi ingat nak datang melawat rumah uncle. Nak jumpa Farhan kejap. Tapi Far cakap tadi Aisyah dah pergi hospital naik ambulan, tu yang straight datang sini dengan Far". Dazrin terangkan benda sebenar. Pa dengan Ma terangguk-angguk.
Setelah hampir tiga jam menunggu, kelibat Farhan keluar dari dewan bedah. Muka Farhan kelihatan muram. 'Ahh, sudah'
"Abang, macamana dengan Aisyah? Baby macamana?". Ma bangun dari kerusi mendekati Farhan.
Farhan senyap.
"Abang, Ma tanya ni. Aisyah dengan baby ok tak?". Bahu Farhan digoncang. Mata Farhan mula berkaca.
Ma segera mencari kerusi sebab bila-bila sahaja dia boleh tumbang. Far segera peluk bahu Ma. Cuba menenangkan.
Tiba..
"Alhamdulillah, Aisyah selamat. Our babies also healthy". Riak muka Farhan bertukar ceria.
Ma dah terasa macam nak ketuk-ketuk kepala anak lelakinya yang seorang ini. Buat orang sakit jantung je!
"Wait a minute. Babies? Kembar ke?". Pa bertanya sambil buat jari peace. Farhan tersengih.
********************
Ninonino... Ambulan nak lalu kejap. Hahahah
So yeah, which part of this chapter you like the most?
-Part gentleman nya Dazrin?-Part awkward Far?
-Ke korang suka part kilat?? *Sis kecikkan mata*
-Naa, part drama Farhan ehh?? HahaTeruja tak nak tahu Farhan dengan Aisyah dapat baby boy ke baby girl?? Nama apa diorang nak bagi??
If yes, please press the vote button and leave your comments below :D

YOU ARE READING
Ms. Tomboy & Mr. Romeo
HumorMampukah Mr. Romeo ubah Ms. Tomboy seperti yang diharapkan bff nya? Adakah rasa sayang hadir dalam hati masing-masing? Ada yang kata kalau sayang taksemestinya bersatu. Jadi, bagaimana kisah mereka berakhir? Happy ending? Sad ending? You bet.