Trust me, this chapter is longer than the other. Hope you enjoy :) and jangan lupa untuk vote, comment ye. Takmintak duit pun, sis hanya perlukan sopport u all. Thanks a lot :D
********************************
Fasya scroll conversation antara dia dan Far. Dah banyak kali dia ajak Far keluar, tapi Far macam nak mengelak je sejak kebelakangan ini. Sibuk lah. Ada hal lah. Ada ketika, whatsapp yang dihantar hanya di 'bluetick' sahaja. Yang itu paling menyakitkan hati.
"Dulu you takmacam ni pun. Sejak you kenal lelaki lain, you dah lupakan I. Apa salah I". Matanya dipejam rapat. Tangannya digenggam buat bentuk penumbuk. Kemudian, frame gambar dia dan Far sewaktu zaman universiti dahulu melayang ke dinding. Berderai kaca sama seperti hatinya yang berderai. Sebabnya, Far dah takmacam dulu. Far dah lain. Far dah berubah. Dan Fasya takdapat terima perubahan Far.
"Fasya, are you okay inside?". Dengar suara dari luar bilik. Pintunya diketuk beberapa kali.
"Go away".
"Fasya, are you alright?". Masih lagi dengar ketukan dari luar.
"I said go away! Leave me alone!". Fasya dah menjerit. Takfaham bahasa betul.
"Fasya. I'm coming in!". Terdengar suara tersebut pergi. Kemudian terdengar kunci pintu dibuka dari luar.
"Jangan dekat. If not..", Fasya sepantas kilat mengambil cebisan kaca frame tadi dan diacu pada pergelangan tangannya. Fasya sangat serabut.
"Fasya, listen to me. Put that thing away. Kita boleh bincang". Encik Faiz cuba menenangkan anaknya yang taktentu arah itu.
"Bincang apa?! Semua ni salah Baba. Kalau dulu Baba percaya cakap I, I takkan jadi macamni. Baba langsung taksokong I. Who am I to you?!" Fasya terjerit-jerit macam orang hilang arah.
"Fasya my dear. Fasya satu-satunya anak Baba. I only have you. Put that thing away Fasya". Encik Faiz memujuk.
"I said jangan dekat! Kalau betul I ni anak Baba, kenapa Baba takpercayakan I. Baba lagi percaya kata-kata orang. You terima bulat-bulat apa orang cakap. I tetap salah!"
Peristiwa hampir setahun yang lepas terlayar kembali. Masa tu, Encik Faiz, Fasya serta Mama baru Fasya bercuti di Pulau Langkawi.
"Eh, Mika. You buat apa dekat sini?". Fasya terkejut Mikael berdiri dibelakang Fasya sewaktu dia mahu mengambil makanan buffet di hotel mereka sekeluarga menginap.
"I nak makan lah". Sambil dia merampas senduk nasi yang ada di tangan Fasya.
Di meja, Fasya duduk di sebelah Mama, Mama duduk berhadapan Encik Faiz.
"Excuse me, may I join your table?". Masing-masing mengangkat muka.
"Ha, sampai pun Mika. Have a seat". Encik Faiz senyum. Mikael duduk bertentangan dengan Fasya.
"Baba, apa dia buat dekat sini?". Sungguh Fasya kurang senang.
"Fasya my dear, inilah buyers yang Baba cakap tu. Mikael". Seriously, Fasya dah jatuh rahang.
"Baba, he's my cousin and your nephew". Jelas Fasya kurang setuju dengan idea Babanya.
"Doesn't mean he can't be our buyers". Kata Encik Faiz mematikan seleranya.
Sepanjang percutian mereka di Pulau Langkawi, Fasya berasa kurang senang dengan kehadiran Mikael. Ke mana sahaja mereka pergi, Mikael mesti ikut sekali. Terasa macam percutian di neraka. Mikael adalah suatu disaster.
YOU ARE READING
Ms. Tomboy & Mr. Romeo
HumorMampukah Mr. Romeo ubah Ms. Tomboy seperti yang diharapkan bff nya? Adakah rasa sayang hadir dalam hati masing-masing? Ada yang kata kalau sayang taksemestinya bersatu. Jadi, bagaimana kisah mereka berakhir? Happy ending? Sad ending? You bet.