Nah, lagisatu chapter yang panjang buat korang. Hope u all enjoy kay. Jom tekan vote, komen, support cerita ni :)
*********************************
Far segera berkemas sejurus selepas mendapat berita mengenai Fasya daripada Mikael. Fasya tenat di katil ICU. Dia pun tidak tahu pucuk pangkal cerita. Yang dia tahu, dia perlu segera ke hospital.
Far menuruni tangga rumah setelah selesai kelas bersama Damia Humaira. Dia perlu cepat. Ini soal hidup dan mati.
"Far, cepat sangat nak balik. Mari sini duduk, tunggu makan malam sekali dekat sini". Aunty Dhia menegur.
Aunty Dhia duduk di sofa sambil menonton televisyen. Di sebelah Aunty Dhia adalah Dazrin. Reaksi Dazrin adalah terkejut. Mungkin taksangka yang mereka akan berjumpa lagi dalam waktu yang terdekat.
"Sorry Aunty sesangat. Far ada hal urgent. Kawan Far masuk ICU", jawab Far tergesa-gesa.
"Allahu. Sakit apa?". Tanya Aunty Dhia prihatin.
"Far pun taktahu. Ni pun ada orang call bagi tahu. Kay Aunty, Aira. Far kena pergi dulu". Nama Dazrin langsung takdisebut. Dazrin macam takwujud.
"Ni nak pergi naik apa?", Aunty Dhia bertanya.
"Far ambil Grab jelah dari sini", Far menjawab.
"Eh, takpayah. Dazrin, tolong hantarkan Far ni. Risau Mummy dia pergi sensorang. Kang apa-apa jadi dekat anak dara orang ni susah". Cadang Aunty Dhia. Dazrin pandang mummy nya kemudian Far. Muka tanda soal ditunjukkan. 'Nak aku hantar ke?'
"Takpelah Aunty. Menyusahkan Dazrin pulak nanti. Far dah book grab dah pun. Lagi 10minit dia sampai". Pandai Far menolak. Padahal apps Grab pun dia baru nak cuba buka.
"Takpe. Dazrin dah cepat hantarkan Far ni. Tunggu apa lagi". Aunty Dhia memberi arahan kepada Dazrin. Dazrin bingkas bangun dari sofa.
"Dah, jom Far". Wajah letih Dazrin jelas terpancar. Mungkin baru lepas balik dari restoran agaknya.
"Its okay. Far dah book Grab dahpun. Kesian dekat Dazrin. Nampak penat sangat tu". Far menolak. Dia serbasalah.
"Dah jom. Mummy dah suruh I hantarkan. Jomlah cepat". Dazrin dah berlalu ke muka pintu. Kunci kereta yang disangkut di kabinet diambil.
Di dalam kereta, Far memakai seatbelt. Kereta meluncur laju ke lebuhraya. Suasana di dalam kereta senyap. Hanya suara deejay radio yang mengisi ruangan. Terimbau kembali masa Kak Aisyah masuk hospital haritu.
"Taksangka. Ni kali kedua you naik kereta I. Destinasi tetap sama. Ke hospital", Suara Dazrin memecah suasana.
"I kalau boleh taknak susahkan sesiapa. Tapi Mummy you yang insist nak suruh you hantar. I boleh je pergi sorang actually". Sikap Far takpernah tak defensif.
"Ni kawan you yang masuk ICU tu siapa and sebab apa?". Ayat Far tidak diendahkan.
"Fasya. I don't know. Dapat berita pun baru tadi. Tu pun dari cousin dia". Far bermain dengan jari.
"I see. I nak tanya something, macamana you boleh jadi tutor Aira eh?". Dazrin memusing stereng ke kiri memasuki lorong tol tambah nilai.
"Kebetulan maybe. I tengah nak cari kerja. Edri yang suggest. I pun taksangka Damia Humaira tu adik you", Far menjawab.
"Edri? My cousin? Macamana you boleh kenal dia?". Dazrin pelik.
"Edri tu senior time study dekat U dulu. Tah macamana boleh kamceng taktaulah". Far garu kepala.
YOU ARE READING
Ms. Tomboy & Mr. Romeo
HumorMampukah Mr. Romeo ubah Ms. Tomboy seperti yang diharapkan bff nya? Adakah rasa sayang hadir dalam hati masing-masing? Ada yang kata kalau sayang taksemestinya bersatu. Jadi, bagaimana kisah mereka berakhir? Happy ending? Sad ending? You bet.