Part 29

45 5 0
                                        

Assalamualaikum w.b.t,

First of all, thanks sebab dapat bersabar menunggu update dari sis. Maaf atas kesibukan yang taksudah. Title sebagai pelajar memaksaku dari meluangkan masa untuk hadap benda ni ( Chewahh :3) Banyak lagi kerja lain yang perlukan sis selain benda ni.

Sebagai tanda maaf, sis nak bagi 2 chapter terus dekat pembaca kesayangan sis ni. Jom tepuk tangan :D

*********************

"Morning Mummy", Dazrin menarik kerusi meja makan. Dia duduk. Muka diraup beberapa kali. Rambutnya diramas-ramas sebelum ditolak ke belakang.

"Baru bangun? Lambat harini pergi kerja?", tanya Puan Dhia mengerling jam di dapur. 10 pagi.

"Semalam tidur lambat", Dazrin menjawab sambil menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan.

"Sempat subuh tak pagi tadi?"

"Sempat. Tapi lepas subuh sambung tidur balik. Letih", jawab Dazrin malas-malas.

"Hmm, tulah. Tidur lambat lagi. Buat apa malam tadi? Setahu Mummy restoran kamu bukan bukak 24 jam". Puan Dhia cuba mencari jawapan.

"Takboleh tidur". Ringkas.

"Apa benda yang mengganggu fikiran anak Mummy seorang ni? Cuba cerita dengan Mummy". Puan Dhia memegang tangan Dazrin di atas meja.

"Nothing". Suasana di meja makan sunyi.

"Mummy, dulu macamana Mummy boleh jatuh hati dengan Papa? Yelah, Papa tu kan dulu jejaka terhangat di pasaran. Girlfriend keliling pinggang". Dazrin bersuara.

"Ni mesti ada problem dengan girlfriend ni. Cuba bagitau Mummy, wanita mana yang dah berjaya menambat hati Mat Romeo anak Mummy ni?". Puan Dhia macam dah terhidu permasalahan yang melanda anak teruna seorang ni. Mahunya tersedak budak tu yang tengah mengunyah nasi goreng. Cawan air teh disambar rakus.

"Apa Mummy? Mat Romeo? Ish, mana ada. Mummy, jawab jelah soalan Daz". Merah padam muka Dazrin.

"Hmm, yelah. Tapi janji dengan Mummy, bawak balik girlfriend tu jumpa Mummy. Nak jugak Mummy kenal-kenal dengan teman istimewa anak Mummy ni".

"Ish, ke situ pulak dia. Fine, Mummy simpan jelah cerita tu. Takpayah bagitahu pun takpe". Bunyi macam merajuk.

"Hai, merajuk ke sayang oi? Dah besar gajah pun perangai budak-budak. Ye, Mummy nak cerita lah ni. But, promise me one thing. Takkira macamana wanita yang Daz pilih, bawa dia jumpa Mummy dengan Papa dulu. Mummy tahu pilihan anak Mummy adalah pilihan yang terbaik". Puan Dhia dah tukar ke mode serius.

"I know. Daz ingat pesan Mummy tu. Every criteria, every details that you want for your future menantu. But Mummy, bila jodoh tu dah sampai, buruk baik orang tu kita terima seadanya. Kalau yang kurang, kita boleh ubah, ajar yang betul. In shaa Allah yang buruk pun tak mustahil boleh berubah jadi yang terbaik." Mata tua Puan Dhia ditenung. Mendalam maksudnya.

"I'm proud of you. Fikiran dah matang. Tak macam dulu. Kalau sekarang Daz nak menikah pun Mummy kasi green light. You know your tanggungjawab. As a ketua keluarga, tanggungjawab menjaga kebajikan isteri dan anak-anak bukan benda mudah. Mummy harap Daz tunaikan apa yang Daz cakap tu". Lembut Puan Dhia memberi nasihat.

"In shaa Allah Mummy. Doakan Daz jadi anak, suami, bapa yang soleh untuk keluarga kita dan bakal family Daz jugak". Dazrin menyentuh lembut tangan Puan Dhia di atas meja.

"Aamiin. Hmm, back to your soalan tadi. Mummy mula-mula memang takgemar dengan perangai Papa. Playboy, suka enjoy sana sini. Definitely not on my list untuk dibuat kawan and never a husband. But, rancangan Allah tu adalah yang terbaik. Mummy dapat kenal diri Papa yang sebenarnya. Walaupun dia playboy, dia tahu tanggungjawab. Masa tu dia pernah accident langgar kereta sebab nak selamatkan Mummy. Mummy time tu dekat tengah jalan nak melintas, after broke up dengan dia sebab salah faham. Dua bulan jugak Mummy ulang alik ke hospital jaga Papa sebab bersalah yang teramat sebab percaya sangat kata-kata orang. Family Papa pun faham waktu tu dan allow Mummy untuk tebus salah Mummy jaga Papa dekat hospital. Dari duduk dekat ICU sampailah dah boleh keluar dari hospital pakai wheelchair. Alhamdulillah, Allah beri peluang dekat Mummy kenal Papa. Apa yang dia suka, apa yang dia pantang, apa impian dia. Semualah. Kiranya, takada rahsia antara kami". Panjang lebar Puan Dhia bercerita.

"Mummy, apa impian Papa?". Setelah mereka berdua diam beberapa ketika.

"Impian Papa ye? Hmm, Papa nak jadi ketua keluarga yang bertanggungjawab. Mampu memimpin keluarga ke jannah. Papa jugak nak anak-anaknya berjaya dalam hidup. There's a few more, but Mummy boleh bagitau takat ni je. Yang lain kena tanya Papa sendiri". Puan Dhia menutup kata.

Dazrin terangguk-angguk.

"Mummy, macamana nak tahu yang kita sayang orang tu atau tak? I'm confuse with my feelings right now". Maka, segala isi hati diluah pada ibu tersayang.

Puan Dhia menggeleng sambil tersenyum.

"Jawapan ada pada Daz sendiri".

"Takfaham".

"Mummy ada satu soalan. Macamana Daz sayang Mummy?". Mata Puan Dhia menatap penuh kasih wajah anaknya itu.

"Sayang sangat".

"Yelah, macamana?". Puan Dhia inginkan jawapan yang lagi kukuh.

"Kalau Mummy jauh dari Daz mesti Daz rindu sangat-sangat. Tak ada lagi istilah ceria dalam hidup Daz". Kata Dazrin sambil melentokkan kepala di bahu Puan Dhia.

"Amboi, hiperbolanya ayat. Cair Mummy dengar. Hmm, macam tulah rasa sayang. Lain orang, lain cara dia ungkapkan rasa sayang.

Dazrin mengerling jam di dinding.

'Alamak, dah lambat'

"Mummy, Daz pergi dulu ye. Ada nak jumpa orang", Dazrin bingkas bangun dan meletakkan pinggan serta cawan di sinki. Tangan Puan Dhia dicapai dan disalam.

"Pergi dulu". Kelibat Dazrin hilang di balik dinding.

 Kelibat Dazrin hilang di balik dinding

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Ms. Tomboy & Mr. RomeoTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang