Mampukah Mr. Romeo ubah Ms. Tomboy seperti yang diharapkan bff nya? Adakah rasa sayang hadir dalam hati masing-masing? Ada yang kata kalau sayang taksemestinya bersatu. Jadi, bagaimana kisah mereka berakhir? Happy ending? Sad ending? You bet.
"Hah, ni kenapa termengah-mengah ni? Kena kejar dek hantu ke?". Farhan tengah cedok lauk masuk ke pinggan.
"Ha'ah. Bukan setakat hantu, ni bapak hantu. Kejap lagi sampai la tu". Far minum air sikit bagi mengurangkan lelah setelah kayuh basikal selaju mungkin sebab nak elak dari Dazrin.
"Far naik dulu, nak mandi. Nanti turun balik. Abang jangan habiskan semua lauk ni tau". Amaran dari Far.
"Dahlah, busuk".
Far menapak naik tangga.
"Assalamualaikum". Ada orang bagi salam dekat luar pagar rumah diikuti bunyi loceng ditekan-tekan.
"Chik oh Chik. Cuba tengok siapa yang datang tu".
Chik sahut dari depan pintu rumah.
"Ni haa, Dazrin datang".
"Jemputlah dia masuk".
Farhan makan sesuap sambil dia scroll Iphone 6 dia. Tengok-tengok whatsapp dari PA dia kalau-kalau ada meeting ke tak untuk petang ni.
Dazrin masuk dengan kaki terjengket-jengket sebelah.
"Apa kena bro dengan kaki kau?".
"Ni ha, tadi ada lesung batu jatuh hempap kaki. Tu yang sakit ni". Bolehla nampak bengkak kaki kiri kawan sorang ni.
"Aikk, kau kerja dekat dapur. Restoran makanan barat. Takkanlah pakai lesung batu buat masak?". Ni lagi sorang pelik. Dia syak ni mesti ada kena mengena dengan adinda dia yang sorang ni. Padan mengelak taknak lunch dulu, kata nak mandilah. Apa lah.
"Kau dah kenapa sengih sorang-sorang? Taknak lawa aku makan sekali ke?".
"Duduklah. Eh, kau ni sejak bila pandai makan kat rumah aku ni? Dahlah tak inform nak datang".
Dazrin duduk, basuh tangan. Lauk ayam masak kurma disenduk ke dalam pinggan yang dah tersedia nasi.
"Saja aku nak buat suprise. Tetiba nak lunch sekali dengan kau". Dia tadah tangan baca doa makan.
"Macam pelik je. Kau cuba cakap betul-betul. Dahlah pagi tadi takde angin takde ribut tiba-tiba mintak address tempat Far selalu lepak. Tup tup makan tengah hari dekat rumah aku. Dengan kata kononnya kaki kena hempap dengan lesung batu laa. Ingat aku budak tadika?".
Dazrin nak suap makanan ke mulut terus terhenti.
"Takde pape laa".
"Ni mesti ada kaitan dengan Far kan. Kaki kau yang bengkak tu pun mesti sebab Far jugak kan? Betul tak apa aku cakap?". Kening Farhan terangkat sebelah.
"Hmmm..."
"Aku dah agak. Kau ni cara tackle pun dah salah. Macamana nak lulus? Aku rasa taktik kau dah berkarat. Dah takboleh pakai. Kena cari taktik lain. Adinda aku tu tak lut dengan cara mat romeo kau tu. Dia langsung takberkenan". Tergelak-gelak Farhan.
"Habis tu, dia nak macamana?".
"Macam ni..."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.