Bab 2: Mimpi

10.6K 685 19
                                    


Iezzi terjaga apabila dia merasakan terdapat satu cahaya yang terang menyuluh tepat padanya.

Mata dibuka dengan payah dan apa yang dilihatnya setelah itu hanyalah suasana serba putih. Di depan matanya kini hanya terdapat sebuah taman. Namun, segalanya putih dan ia membuatkan Iezzi tertanya-tanya keberadaan dirinya kini.

Langkah diatur.

Iezzi berjalan masuk ke kawasan taman itu. Dia terus berjalan sehingga ke kawasan tengah taman.

Di tengah-tengah taman bunga, terdapat sebuah gazebo.

Iezzi terus menghampirinya dan duduk.

Gadis itu memandang lantai gazebo.

Lantai itu diperbuat daripada kaca dan dibawahnya terdapat air dan sekumpulan ikan yang berenang bebas di dalamnya.

Iezzi berasa kagum dengan apa yang diihatnya tetapi dia berasa tidak tertarik kerana semuanya berwarna putih.

Pandangan kemudian dihalakan ke serata tempat.

Iezzi leka meneliti kawasan sekeliling sehinggakan dia tidak perasan akan kehadiran seorang lelaki di kawasan itu.

"Tempat apa ni? Kenapa aku rasa benda ni macam realiti dan bukannya mimpi?" tanya Iezzi di dalam hati.

"Hai."

Sapaan itu membuatkan Iezzi segera menoleh.

Iezzi terus berganjak jauh apabila melihat seorang lelaki sedang duduk di sebelahnya dan memandang tepat ke arahnya.

"Kau siapa?" Iezzi bertanya dengan nada cemas.

Lelaki itu mengukirkan senyuman kecil.

"Nama aku Wyvern."

Mendengarkan nama itu, Iezzi automatik menyentuh rantai lehernya.

"Nama dia... Wyvern?"

"Aku dekat mana? Kau ke yang bawa aku ke sini?" tanya Iezzi lagi. Dia mahukan jawapan dan kepastian.

"Aku adalah penjaga kau dan aku berasal dari dunia lain. Aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga kau, atas arahan ayah aku dan juga keluarga kau."

Iezzi terkejut apabila keluarganya disebut.

"Dia kenal ibu dan ayah kandung aku?"

"Apa maksud kau dengan penjaga aku? Dan dunia lain? Aku tak faham," kata Iezzi dengan riak keliru terukir di wajah.

"Jangan risau, kau akan tahu semuanya apabila kau menginjak 17 tahun nanti. Bila masanya tiba, aku akan bawa kau balik ke tempat asal kau," kata Wyvern dengan tenang.

"Tak boleh ke kau beritahu je perkara yang sebenar dekat aku sekarang?"

Wyvern menggeleng seraya bangun dari duduknya. Iezzi turut berdiri apabila melihat lelaki itu bangun dari duduknya.

"Kita akan berjumpa lagi nanti dan jangan risau, aku akan tunaikan janji aku untuk beritahu semuanya pada kau."

Wyvern menatap wajah Iezzi buat kali terakhir sebelum dia berpusing dan berjalan meninggalkan Iezzi yang terkaku sendiri.

Setelah kelibat Wyvern menghilang dari pandangan, Iezzi terus terduduk.

Wajahnya diraup dan rambutnya dikuak ke belakang.

Kepala didongakkan ke atas dan mata dipejam rapat. Otaknya cuba menghadam apa yang berlaku sebentar tadi.

*****

Iezzi terjaga sekali lagi.

Kali ini, dia berada di dalam bilik tidurnya yang gelap.

Iezzi terus bangun dari pembaringannya dan melihat sekeliling. Nafas legas meniti di bibir apabila menyedari bahawa dirinya kini berada di dalam bilik tidurnya sendiri.

Anak rantai ditarik keluar. Jari mengusap nama yang terukir di belakang anak rantai itu.

"Siapa Wyvern ni?" Iezzi tertanya-tanya di dalam hati.

Iezzi turun dari katilnya dan melangkah menuju ke arah bilik air. Muka dibasuh sehingga dia berasa segar.

Setelah itu, Iezzi mengambil keputusan untuk turun ke dapur. Tekaknya berasa sedikit kering setelah bangun tidur.

Sesampai saja ke dapur, Iezzi terus membuka pintu peti sejuk dan mengeluarkan sebotol susu segar.

Susu dituang ke dalam gelas dan ia dipanaskan selama seminit.

Sambil menunggu minumannya panas, Iezzi termenung sejenak. Fikirannya asyik memikirkan lelaki yang muncul di dalam mimpinya sebentar tadi.

"Kenapa aku rasa mimpi tu macam betul je? Pelik betul." Iezzi melepaskan keluhan berat.

Seminit kemudian, minuman siap dipanaskan.

Iezzi berlalu ke ruang tamu. Dia duduk di atas sofa dan gelas susu diletakkan di atas meja kopi.

Beberapa saat kemudian, Iezzi mengangkat semula gelas dan meminum susu di dalam gelas itu.

Setelah menghabiskan susu itu, Iezzi terus berbaring di atas sofa.

Rasa mengantuk datang semula. Iezzi kembali memejamkan matanya dan menyambung tidurnya yang terganggu sebentar tadi.

Iezzi's Story: The Descendant Of Shadow [C]Where stories live. Discover now