Iezzi duduk diam di atas katil pesakit sementara si pelajar lelaki yang membawanya ke bilik pesakit membalut lengannya dengan penuh berhati-hati.Iezzi mencuri pandang wajah si lelaki yang kelihatan sangat tekun.
Walaupun sudah berkali-kali dilihat wajah si pelajar, Iezzi tetap tidak dapat menafikan bahawa wajah pelajar itu sangat mirip dengan lelaki bernama Wyvern yang muncul di dalam mimpinya sebelum ini.
"Siapa kau?" Iezzi membuka mulut, cuba untuk memulakan perbualan.
Pelajar lelaki itu tidak menjawab. Dia masih tekun melakukan kerjanya.
"Kenapa kau tolong aku?" Iezzi bertanya lagi.
Kali ini, si pelajar itu menyiapkan balutannya dan terus memandang tepat pada Iezzi.
"Bukan kau ke yang panggil aku tadi?" kata si lelaki sambil menelengkan kepalanya.
Iezzi terdiam. Dia keliru.
"Sejak bila aku panggil dia?" Iezzi bertanya di dalam hati.
"Baiklah! Dengar sini. Mulai hari ni, aku adalah penjaga kau dan aku akan datang bila kau dalam bahaya. Faham!" terang lelaki itu dengan ringkas dan tegas.
"Penjaga aku? Sejak bila pula aku perlukan penjaga ni? Suka hati kau je lantik diri sendiri," kata Iezzi, agak marah apabila dirinya diperlakukan sesuka hati saja oleh pelajar yang tidak dikenalinya itu.
"Selepas menyaksikan apa yang terjadi pada kau tadi, aku rasa bertaggungjawab untuk jaga kau."
"Aku tak apa-apa dan kau tak perlu rasa bertanggungjawab atas apa yang terjadi pada aku," kata Iezzi dengan tegas. Pandangannya sangat tajam dan dingin, menikam pandangan si lelaki.
Lelaki itu menyembunyikan senyumannya apabila melihat cara pandangan Iezzi.
"Dah la, aku kena pergi. Tak nak lambat untuk hari pertama aku dekat sekolah ni."
"Kau dah sememangnya lambat. Kelas dah mula sepuluh minit lepas," kata Iezzi tanpa perasaan.
"Oh, yeke! Kalau macam tu, aku pergi dulu." Pelajar lelaki itu terus menyandang beg sekolahnya semula dan segera melangkah laju ke arah pintu.
Sebelum membuka pintu, pelajar lelaki itu sempat mengatakan sesuatu.
"Oh ya! Sebelum aku terlupa. Nama aku Wyvern. Selamat berkenalan."
Mata Iezzi membulat mendengar nama itu.
Wyvern sempat mengenyitkan matanya sebelum keluar meninggalkan Iezzi sendiri di dalam bilik itu dalam keadaan terkejut.
"Jadi betullah dia lelaki yang sama." Iezzi menutup mulut kerana terlalu terkejut dan terkelu lidah.
*****
Iezzi mengeluh berat dan hanya mampu menggelengkan kepalanya apabila melihat keadaan tempat duduknya. Ia sangatlah kotor dan dipenuhi dengan sampah di atas serta bawah meja.
Iezzi melangkah menghampiri tempat duduknya dan mengemas apa yang patut.
Bisikan dan pandangan sinis yang dirasakannya langsung tidak diambil pusing. Dia sudah terlalu lali dan malas mahu mengambil pusing sesuatu yang hanya membuang masa dan tidak memberikan sebarang manfaat buat dirinya.
Setelah selesai sesi membersih, Iezzi duduk semula di tempatnya. Buku dikeluarkan dan baru saja dia mahu membuka buku, kelihatan seorang guru masuk ke kelasnya.
Guru itu merupakan guru kelas dan guru matematik kelasnya.
Guru itu tidak bersendirian. Dia masuk bersama dengan seorang pelajar lelaki yang mengekorinya dari belakang.
YOU ARE READING
Iezzi's Story: The Descendant Of Shadow [C]
FantasyMengisahkan seorang gadis yang telah terpilih sebagai Pahlawan Shadow Hunter bagi melindungi sebuah negara yang bakal menghadapi peperangan. Tugas ini terpaksa disandang olehnya bagi mengetahui identiti sebenarnya. Berjayakan dia dalam peperangan...