Kring!
Iezzi segera bangun dari tempat duduknya.
Wyvern yang sedang menulis, terus mendongak memandang Iezzi.
"Kau nak ke mana?" Wyvern bertanya sambil menutup buku tulis dan mengemas alat tulisnya.
"Sekarang waktu rehat. Aku nak pergi kantin," jawab Iezzi dengan gaya malas.
"Oh! Aku nak ikut."
Iezzi diam saja. Dia tahu, jika ditegah sekalipun, lelaki itu pasti akan tetap berkeras mahu pergi bersamanya.
Setelah menyimpan dan mengemas meja, Wyvern turut berdiri.
Iezzi berjalan mendahului Wyvern, manakala lelaki itu akur saja, mengikut setiap langkah si gadis.
*****
Di kantin, Iezzi hanya berjalan tanpa hala tuju. Wyvern pula hanya diam dan terus mengekori si gadis walau di mana pun dia pergi.
Sedang mereka berjalan dengan aman, tiba-tiba mereka terdengar satu suara yang kuat, memanggil-manggil Wyvern.
"Pergilah. Dia panggil kau tu," kata Iezzi, menghalau kerana dia mahu bersendirian.
"Tak nak aku. Aku malas nak masuk campur dan bergaul dengan budak perangai macam tu."
Selepas berkata begitu, Wyvern terus berlalu, berjalan mendahului Iezzi meninggalkan kawasan kantin.
Iezzi tidak berkata lebih. Dia mengekori saja langkah si lelaki.
"Ha! Semakin kacau la hidup aku dekat sekolah ni," rungut Iezzi di dalam hati.
*****
Suzy's pov
Sedang kami rancak berbual sesama sendiri, pandangan aku tertarik sejenak pada susuk seorang lelaki yang sangat aku kenali memasuki kawasan kantin. Namun, apa yang tidak senang dipandangan mata aku adalah, kewujudan Iezzi yang berjalan mendahului lelaki itu.
Dari apa yang aku lihat, lelaki itu seolah-olah mengekori Iezzi dan Iezzi pula membiarkan saja lelaki itu mengekorinya.
Aku menolak lengan teman lelaki aku yang memeluk erat pinggang aku.
Teman lelaki aku memberikan pandangan tanda tanya kepada aku. Tetapi aku langsung tidak ambil pusing dengan pandangan lelaki itu. Aku malas nak bersoal jawab dengan dia buat masa ni.
"Gray! Gray!" Aku memanggil namanya sambil melambai tinggi.
Lelaki itu menoleh dan hati aku berbunga apabila dia memberi tindak balas apabila namanya dipanggil.
"Gray, sinilah lepak sekali dengan kami. Aku nak perkenalkan kau dengan pelajar-pelajar dekat sini." Jerit aku, masih cuba untuk mendapatkan perhatian dari lelaki itu.
Dalam masa yang sama, aku dapat merasakan pandangan tajam teman lelaki aku yang memandang tepat ke arah aku.
Aku masih tidak ambi peduli dengan cara pandangan teman lelaki aku. Yang penting buat masa sekarang adalah, Gray. Aku perlu menarik perhatian lelaki itu dan menjauhkan dia dari Iezzi.
Gray segera mengalihkan pandangan dan mengatur langkah laju keluar dari kawasan kantin.
Aku tidak terkejut dengan layanan dingin lelaki itu. Malah, aku semakin marah apabila Iezzi mengekori lelaki itu.
Aku kembali duduk dan mendegus tidak puas hati. Hati aku membara dengan rasa marah dan benci.
Menyedari perubahan mood aku, teman lelaki aku cuba untuk menceriakan aku dengan membuat lawak dan memberikan makanan manis kepada aku.
Namun, satu pujukan pun tidak dapat meredakan perasaan marah yang semakin membara di dalam hati ni.
YOU ARE READING
Iezzi's Story: The Descendant Of Shadow [C]
FantasyMengisahkan seorang gadis yang telah terpilih sebagai Pahlawan Shadow Hunter bagi melindungi sebuah negara yang bakal menghadapi peperangan. Tugas ini terpaksa disandang olehnya bagi mengetahui identiti sebenarnya. Berjayakan dia dalam peperangan...