Bab 27:What Are You Trying To Do?!

4.3K 340 53
                                    


Ketukan pada pintu membuatkan Iezzi terjaga dari lenanya.

Iezzi memandang pada Elly yang masih lena dan tidak peduli dengan bunyi ketukan pada pintu.

"Iezzi, masih tidur ke? Sarapan dan siap." Suara Kai kedengaran dari luar bilik.

Iezzi menoleh, memandang ke arah tingkap yang tertutup dengan langsir.

Gadis itu turun daripada katil dan menuju ke arah tingkap. Langsir diselak sedikit dan ternyata suasana sudah berubah menjadi pagi.

Iezzi memegang kepalanya.

"Ah! Lamanya aku tidur." Iezzi berbisik sendiri.

"Iezzi?"

"Ya! Kami akan turun sekejap lagi." Iezzi menyahut panggilan Kai yang tidak henti-henti.

"Okay. Jangan lupa turun."

Derap kaki Kai kedengaran meninggalkan kawasan bilik

"Elly." Iezzi membuka langsir dan memanggil nama adiknya untuk mengejutkannya bangun.

Elly terjaga. Dia memisat matanya dalam keadaan mamai.

"Pergi bersihkan diri sebelum turun sarapan," arah Iezzi.

Elly akur. Dia turun dari katil dan terus menuju masuk ke dalam bilik mandi.

Sementara Elly membersihkan diri, Iezzi menyediakan pakaian salin untuk si adik.

Beberapa minit kemudian, kedua-dua mereka siap membersihkan diri dan bersedia untuk turun sarapan.

Apabila pintu dibuka, kelihatan Edy sedang berdiri di depan pintu dengan gaya seolah mahu mengetuk pintu bilik.

"Oh, dah siap. Jom kita turun sama-sama."

Iezzi dan Elly mengangguk serentak.

Mereka tiga beradik turun bersama.

Masuk saja ke ruang dapur, bau semerbak roti bakar dengan mentega menyapa deria bau mereka semua. Tidak cukup dengan itu, mereka juga terhidu bau harum teh chamomile yang masih berasap menandakan ia masih panas dan baru saja dihidangkan.

Tidak semana-mena perut masing-maisng berbunyi setelah menghidu bau makanan.

"Selamat pagi, semua. Jemput duduk." Tegur Puan Melia dengan senyuman manis terlakar di bibirnya.

Masing-masing mengambil tempat duduk.

Kai dan Krystal turut ada di meja makan itu.

Iezzi menghulurkan tangan untuk mengambil piring, tetapi tiba-tiba Kai mengambil piring itu dan meletakkan dua keping roti di atas piring itu dan ia kemudiannya diberikan kepada Iezzi.

Elly dan Edy memandang Iezzi serentak.

"Terima kasih," ucap Iezzi yang langsung tidak menyangka dengan tindakan lelaki itu.

Mereka semua menikmati sarapan pagi dengan tenang.

Puan Melia tidak melepaskan saat itu untuk bertanyakan banyak perkara tentang Iezzi dan adik-adiknya.

Tiga beradik itu pula melayankan saja setiap pertanyaan yang ditanya.

Dalam pada berbual dengan Puan Melia, ada juga sesekali Iezzi mencuri pandang ke arah Kai.

Iezzi tahu bahawa lelaki itu sedang memandangnya tiap kali dia bercakap. Pandangan lelaki itu sangatlah dalam sehingga ia membuatkan Iezzi berasa tidak senang duduk.

Sementara itu, si dua beradik yang lain turut merasakan apa yang dirasakan oleh Iezzi. Mereka nampak dengan jelas bagaimana Kai memandang kakak mereka.

Kalau bukan disebabkan Puan Melia ada bersama mereka, sudah lama dua beradik itu menerkam si Kai dan memarahi lelaki itu agar tidak memandang Iezzi dengan pandangan begitu.

Iezzi's Story: The Descendant Of Shadow [C]Where stories live. Discover now