Dua minggu berlalu dengan cepat. Sepanjang dua minggu itu, Iezzi fokus mempelajari ilmu teori berkenaan elemen pada waktu pagi dan berlatih senjata pada waktu petang dengan Ivar. Dia menyibukkan diri sepanjang dua minggu itu dengan mempelajari pelbagai benda baru.Kini, sudah tiba masa untuk mengemas barangannya memandangkan dua hari lagi dia akan mula bertolak menuju ke Hutan Spirit.
Iezzi naik ke biliknya setelah selesai sesi latihannya.
Masuk saja ke dalam bilik, Iezzi ternampak dua buah beg sudah terletak elok di atas katil.
"Ni korang punya ke?" Iezzi bertanya pada Edy dan Elly yang sibuk dengan hal masing-masing.
"Iya, kami punya. Memandangkan kita akan bertolak lusa, jadi kami sediakan semua persiapan awal-awal," kata Elly dengan teruja.
"Lagipun, akak sibuk dengan latihan, jadi kami buatlah apa yang patut dulu,'" sambung Edy pula.
"Oh! Kalau macam tu, akak mandi dululah. Lepas ni akak kemas barang akak pula."
"Okey." Sahut Edy dan Elly serentak.
Iezzi berlalu masuk ke bilik mandi dan membersihkan diri.
Selesai saja mandi, Iezzi masuk semula ke dalam biliknya.
"Hai!"
Iezzi segra menoleh apabila mendengar suara sapaan tu.
"Wyvern! Apa kau buat dekat sini?" Iezzi terkejut dengan kedatangan Wyvern yang tidak diundang.
Iezzi memandang adik-adiknya.
Kembar itu kelihatan langsung tidak ambil kisah dengan kedatangan Wyvern. Mereka leka dengan dunia mereka.
"Aku saja datang nak melawat. Lagipun, aku dapat tahu yang kau akan bertolak lusa. Betul ke?" Wyvern bertanya untuk kepastian.
"Ya, aku dengan adik-adik aku akan bertolak lusa." Iezzi mengambil tempat bertentangan dengan Wyvern.
"Aku rasa kau ada tujuan lain datang ke sini, bukan? Aku tak rasa kau cuma nak tanya tentang tu je." Iezzi berkata, seolah-olah dapat membaca isi hati Wyvern dari melihat wajah si lelaki.
Wyvern tersenyum tawar. Dia menggaru lehernya dengan riak wajah yang teragak-agak.
"Kau kenapa?" Iezzi bertanya risau.
"Ah! Tak ada apa. Aku cuma fikirkan yang aku akan rindukan kau sepanjang ketiadaan kau." Wyvern berkata jujur.
Iezzi tertawa kecil.
"Kami bukannya pergi tak baik-balik." Edy mencelah tanpa memandang ke arah Wyvern dan Iezzi yang duduk di sofa. Nada remaja itu kedengaran sangat sinis dan ia membuatkan Wyvern berdecit sakit hati.
"Tsk! Aku tak cakap dengan kaulah," jawab Wyvern dengan nada geram.
"Betul tu, kalau lama pun, aku rasa dalam dua atau tiga bulan je," kata Iezzi sambil membuat kira-kira tempoh perjalanan yang bakal ditempuhinya untuk ke lokasi yang ingin ditujunya.
"Tiga bulan tu sekejap ke bagi kau?"
Iezzi mengangguk dengan penuh yakin.
"Jangan risau, Raja Elion dah janji akan letakkan beberapa orang pengiring untuk aku."
Wyvern mengeluh perlahan dan mengangguk faham.
"Kau nak aku tolong kemaskan barang tak? Aku tengah tak ada kerja ni dan aku tengah bosan." Wyvern mempelawa diri untuk membantu Iezzi menyediakan barang persiapan.
"Kalau kau tak kisah."
Wyvern terenyum gembira kerana Iezzi tidak menolak permintaannya.
Akhirnya, Wyvern membantu Iezzi membuat persediaan sehinggakan dia tidak menyedari yang masa berlalu dengan sangat cepat.
YOU ARE READING
Iezzi's Story: The Descendant Of Shadow [C]
FantasyMengisahkan seorang gadis yang telah terpilih sebagai Pahlawan Shadow Hunter bagi melindungi sebuah negara yang bakal menghadapi peperangan. Tugas ini terpaksa disandang olehnya bagi mengetahui identiti sebenarnya. Berjayakan dia dalam peperangan...