Kedai boneka Ryota's Doll sangat terkenal dengan kehalusan seni ukirannya. Patung yang diukir seolah-olah hidup dan benyawa. Cantik apabila dipandang dan memukau mata sesiapa saja yang melihatnya.Suasana sepi kedai itu tiba-tiba bergema dengan bunyi loceng pintu. Pintu yang ditutup rapat, dibuka dari luar.
Seorang perempuan melangkah masuk ke dalam kedai itu. Langkahnya diatur menghampiri ke arah boneka yang terhias cantik di dalam almari kaca.
"Selamat datang. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Senyuman manis terukir di bibir si pelayan.
Gadis itu menoleh ke arah si lelaki dan mengukirkan senyuman manis.
Lelaki di depannya dipandang lama sebelum dia memandang pula pada lelaki yang berada di belakang kaunter pembayaran.
Sedar dirinya diperhatikan, lelaki itu mendongakkan kepalanya.
Matanya bertemu dengan mata merah milik si gadis.
Lelaki itu kemudiannya mengukirkan senyuman manis buat pelanggan itu.
"Jadi awak berdua ni kembar ke?" Matanya memandang lelaki yang berdiri di sebelahnya.
"Ya, kami kembar. Tu abang saya, Shota. Nama saya, Shima." Lelaki itu memperkenalkan dirinya.
"Saya Iezzi. Saya datang nak cari boneka seorang lelaki dan perempuan. Ada tak yang sesuai dengan pilihan saya?" Iezzi bertanya dengan ramah.
"Boleh saya tahu ciri-ciri boneka yang cik mahukan tu?" tanya lelaki itu seraya mengeluarkan sebuah buku nota dan sebatang pen dari poket seluarnya.
"Saya tak pandai sangat nak terangkan ciri-cirinya. Lagipun saya tak kisah sangat dengan ciri-cirinya. Yang pasti, ia adalah lelaki dan perempuan," kata Iezzi.
"Baiklah, kalau macam tu, sila ikut saya." Shima berjalan mendahului Iezzi.
Beberapa langkah kemudian, mereka berdua berhenti di hadapan sebuah almari kaca. Di dalam almari kaca itu, terdapat sepasang boneka terletak elok.
"Macam mana dengan ini?" Shima menunjuk ke arah pasangan boneka itu.
Iezzi tidak menjawab. Dia meneliti boneka itu sejenak.
Pasangan boneka itu sangat cantik dan Iezzi lansung tidak menyangka bahawa mereka mempunyai ciri-ciri yang dibayangkannya.
Iezzi meletakkan telapak tangannya pada permukaan pintu kaca almari itu.
"Baiklah, saya pilih yang ni," kata Iezzi tanpa memandang Shima.
Shima tersenyum gembira dengan pilihan Iezzi.
"Baiklah, saya akan uruskan boneka ni. Cik boleh selesaikan pembayaran pada abang saya di kaunter."
Iezzi mengangguk faham. Dia mengatur langkah ingin pergi, namun menoleh semula, memandang ke arah Shima yang sedang menyediakan pasangan boneka yang dipilihnya dengan penuh berhati-hati.
Setelah selesai meletakkan pasangan boneka itu ke dalam kotak kayu, Shima mengeluarkan sebuah buku nota kecil dan menulis sesuatu di dalam buku itu. Tindakan lelaki itu diperhatikan oleh Iezzi dan ia telah menarik perhatian si gadis.
"Saya tak perlukannya." Iezzi bersuara tiba-tiba.
Shima terkejut dan terus menoleh, memandang tepat ke arah Iezzi yang disangkanya sudah berlalu pergi.
"Apa maksud cik?" Shima bertanya sedikit cuak.
Iezzi diam. Dia menggeleng.
"Tak ada apa," kata Iezzi sebelum berlalu pergi, meninggalkan Shima dengan tanda tanya.
Shima memandang buku di tangannya seketika. Dia kemudiannya menyimpan semula buku itu ke dalam poketnya, lalu menutup kemas kotak kayu itu.
Iezzi berlalu ke kaunter pembayaran.
Shota yang berdiri di belakang kauter tersenyum mesra memandang Iezzi.
Shima meletakkan dua buah kotak di sebelah kaunter bayaran.
"Ini je ke?" Shota bertanya untuk kepastian.
Iezzi tersenyum kecil dan mengangguk.
Shota menghampiri kotak kayu itu dan membuka salah satu daripadanya.
Senyuman elaki itu memudar apabila melihat boneka yang terletak kemas di dalam kotak kayu.
Menyedari akan perubahan riak wajah Shota, Iezzi serta-mertanya bertanya.
"Awak tak apa-apa ke? Kalau awak tak suka, saya boleh pilih yang lain," kata Iezzi meskipun dia berasa berat hati untuk menukar kepada boneka yang lain.
"Tak... tak. Maafkan saya." Shota berkata dengan serba salah sambil menunduk memohon maaf kepada Iezzi.
Shima menggeleng melihat tingkah Shota.
Shota kembali melakukan tugasnya untuk mendaftar pembayaran Iezzi.
"Cik dah ada cadangan nama untuk mereka berdua?" Shima tiba-tiba bertanya sementara menunggu Shota melakukan kerjanya.
Iezzi mengangguk.
"Elly dan Edy," kata Iezzi dengan senyuman kecil terukir di bibirnya.
"Cantik nama tu. Pandai cik pilih nama." Shima memuji.
Iezzi hanya tersenyum senang.
Selepas selesai membuat pembayaran, dua beradik itu mengangkat kedua-dua buah kotak kayu itu keluar.
"Terima kasih sebab memilih kedai kami, Cik Iezzi." Dua beradik itu berkata serentak dengan senyuman manis terukir di bibir masing-masing.
"Terima kasih juga sebab sudi membantu saya. Terima kasih sekali lagi." Iezzi menundukkan sedikit kepalanya.
"Saya minta diri dulu." Iezzi berpaling. Baru saja si gadis mahu mencapai pintu kereta kudanya, ada pula tangan yang tiba-tiba membukakan pintu untuknya.
Iezzi menoleh, memandang ke arah Shota.
Shota hanya menyukirkan senyuman manis.
"Terima kasih." Iezzi melangkah masuk. Pintu ditutup semula.
Kuda yang dipacu oleh seorang lelaki tua itu bergerak meninggalkan perkarangan kedai. Iezzi menjengahkan kepalanya keluar dan melambai buat pasangan kembar yang masih berdiri di hadapan kedai.
Pasangan kembar itu membalas lambaian Iezzi.
"Nampaknya ada orang dah jatuh cinta." Shima tiba-tiba berkata, cuba mengusik si abang yang tidak berganjak meskipun kelibat kereta kuda milik Iezzi tidak lagi kelihatan di mata.
"Jangan nak mengarutlah!" Shota memarahi adiknya.
Shima mengangkat kedua-dua belahnya tangannya tanda menyerah. Namun, senyuman mengusiknya masih terukir di bibir.
"Dah, jom masuk! Dah nak petang ni, kita kemas kedai dulu sebelum tutup." Shota menepuk bahu Shima sebelum melangkah masuk.
YOU ARE READING
Iezzi's Story: The Descendant Of Shadow [C]
FantasiMengisahkan seorang gadis yang telah terpilih sebagai Pahlawan Shadow Hunter bagi melindungi sebuah negara yang bakal menghadapi peperangan. Tugas ini terpaksa disandang olehnya bagi mengetahui identiti sebenarnya. Berjayakan dia dalam peperangan...