Bab 8:Study

6.3K 528 30
                                    


Iezzi duduk di atas katilnya. Tangan disilangkan ke dada dan matanya memandang dingin ke arah Wyvern yang sedang masih berdiri di depan pintu

"Jadi, apa tujuan sebenar kau datang ke sini?" tanya Iezzi tanpa berselindung.

"Aku tak tipu bila aku cakap yang aku nak tanya kau tentang sekolah."

Iezzi diam sejenak.

"Duduklah." Iezzi menunjuk pada kerusi belajarnya.

Wyvern akur dan dia duduk di situ.

"Jadi, apa yang kau nak tanya tentang sekolah?"

Wyvern bertanya perihal aktiviti, ujian serta sebarang acara yang selalu diadakan oleh pihak sekolah.

Iezzi pula menjawab satu demi satu persoalan Wyvern dengan penuh sabar.

"Jadi, ada apa-apa lagi?" Iezzi bertanya setelah Wyvern berhenti menanyakan soalannya.

Wyvern menggelng.

Mereka berdua diam sejenak.

Wyvern menjeling pada buku yang terbuka di atas meja belajar di sebelahnya.

"Hmmm. Boleh tak kau tolong aku ulangkaji sikit."

"Subjek apa?"

"Matematik."

Iezzi mengangguk setuju. Dia berdiri dan menghampiri meja belajar.

Buku yang terbuka di atas meja diambil dan dibawa ke atas katil.

"Sini, duduk atas ni." Iezzi menepuk ruang kosong di depannya.

Wyvern akur dan dia segera beralih tempat duduk di depan Iezzi, di atas katil.

Sepanjang mengulang kaji, Iezzi tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya. Kewujudan Wyvern di depannya kini membuatkan fikirannya memikirkan sesuatu.

Sepanjang masa itu juga, Iezzi mencuri-curi pandang wajah Wyvern. Hatinya disapa dengan rasa ragu-ragu.

"Kenapa kau asyik pandang aku? Aku tahu aku ni menarik," kata Wyvern, saja mahu mengusik si gadis.

"Tch! Jangan nak perasan."

Wyvern mengangkat kepalanya. Dia membalas pandangan Iezzi.

"Kau nak tanyakan sesuatu ke?" tanya Wyvern apabila dapat membaca Iezzi dengan jelas melalui kaca mata remaja perempuan itu.

Iezzi memejamkan matanya sejenak dan menghembuskan nafas dengan perlahan.

Mata dibuka semula dan dia membalas pandangan mata Wyvern.

"Aku pernah mimpikan kau dan dalam mimpi tu, kau cakap kau akan bawa aku balik ke dunia di mana tempat asal aku. Boleh aku tahu apa maksudnya tu?" Iezzi bertanya dengan serius.

"Kau mimpikan aku? Mana mungkin. Lagipun, kita baru je berjumpa dan aku rasa, kita tak pernah pun berjumpa sebelum ni," kata Wyvern dengan tenang.

Iezzi diam. Dalam diam, dirinya membenarkan kata-kata Wyvern itu.

"Lagipun, itukan sekadar mimpi. Mungkin semua tu hanya satu kebetulan je. Kau jangan risaulah."

Iezzi mengangguk faham. Meskipun dia berasa curiga dengan cara Wyvern, namun dia tidak mahu memanjangkan perkara yang tidak pasti itu. Lagipula, itu hanyalah mimpi, dunia di mana apa saja boleh berlaku tanpa melibatkan realiti.

Iezzi kembali fokus dengan kerjanya.

Melihatkan keadaan Iezzi yang kembali fokus, Wyvern terus menghelakan nafas lega secara senyap.

Sejujurnya Wyvern tidak mampu menjawab soalan Iezzi itu. Ini kerana ia belum masanya dan Wyvern perlu mencari masa yang sesuai untuk menjelaskan semuanya nanti

"Maafkan aku Iezzi. Ini semua demi kebaikan kau. Aku janji aku akan jelaskan semuanya nanti." Bisik Wyvern di dalam hatinya.

Mereka berdua kembali fokus dengan ulang kaji.

*****

Dua jam sudah berlalu.

Wyvern berdiri dari duduknya dan melakukan sedikit regangan. Sakit dan lenguh badan dirasakannya setelah lama duduk bersila.

Wyvern mengerling pada jam dinding Iezzi.

"Weh! Dah lama sangat ni. Aku nak balik dulu la." Wyvern mengemas alat tulisnya dan memasukkannya ke dalam beg.

"Oh! Aku tak perasan kita dah lama menghadap benda ni," kata Iezzi apabila menyedari bahawa jam sudah menunjukkan jam 11 malam.

"Jom aku iring kau sampai bawah."

Wyvern tersenyum dan mengangguk setuju.

Mereka berdua berlalu keluar dari bilik dan terus menuju ke arah muka pintu utama.

"Aku balik dulu."

"Tak nak jumpa dengan ibu aku dulu?"

Wyvern menggeleng.

"Tak apa. Ibu kau mesti dah tidur. Biarlah dia. Aku tak nak ganggu waktu rehat dia."

Iezzi mengangguk faham.

"Jumpa lagi esok. Selamat malam."

Iezzi tersenyum kecil.

"Hati-hati. Selamat malam."

Wyvern berlalu pergi meninggalkan Iezzi yang masih berdiri di muka pintu.

Setelah bayang Wyvern tidak lagi kelihatan di mata, Iezzi berlalu masuk ke dalam rumah dan menutup pintu. Pintu rumah dikunci kemas sebelum dia naik semula ke biliknya.

Iezzi merebahkan badannya di atas katil. Badannya berasa sangat penat dan kepalanya sedikit berdenyut. Ini semua kerana dia langsung tidak perasan dengan waktu yang berlalu dengan sangat pantas.

Buku dan alat tulis yang berada di atas katil ditolak tepi. Badannya berasa sangat penat hinggakan dia malas mahu mengemas semua itu.

Iezzi bergolek sehingga ke tengah katil.

Tiba-tiba dia merasakan sesuatu di belakang badannya.

Benda itu ditarik keluar dari belakang badannya dan diangkat ke udara.

Iezzi terkejut apabila melihat gelang perak dengan ukiran flora yang sangat halus dan cantik. Bukan itu saja, pada gelang itu juga terdapat beberapa permata kecil berwarna hijau pada bahagian tengah setiap ukiran bunga yang ada pada gelang itu.

"Dari mana datangnya benda ni? Wyvern punya ke? Tapi aku tak perasan pula benda ni tadi. Hmm, tak apalah. Esok je la aku pulangkan balik benda ni."

Iezzi memakai gelang itu pada pergelangan tangan kanannya.

Gelang perak itu kelihatan cantik, padan dan terletak elok pada pergelangan Iezzi.

Disebabkan badan terlalu penat, Iezzi terus memjamkan matanya. Dia langsung terlena setelah beberapa saat kemudian.

Tanpa Iezzi sedari, gelang serta rantai yang dipakainya mengeluarkan cahaya yang agak malap. Namun, Iezzi langsung tidak menyedari semua itu dan terlalu nyenyak dihanyutkan ke dunia mimpi.                                                                                                   

Iezzi's Story: The Descendant Of Shadow [C]Where stories live. Discover now