"Selamat pulang, puteri Kerajaan Shadow. Pahlawan muda Shadow Hunter," Raja Elion menyambut Iezzi dengan senyuman lebar di bibir.Semua yang berada di ruang itu terlopong seketika. Mereka berpandangan sesama sendiri. Mereka langsung tidak memahami situasi sekarang.
"Terima kasih, tuanku." Iezzi menundukkkan kepalanya dengan penuh rendah diri dan hormat kepada si raja.
Iezzi mengangkat kepalanya.
Raja Elion memandang wajah Iezzi dan senyuman kecil terukir di bibirnya.
"Muka kamu seiras dengan ayahanda kamu. Sikap rendah diri kamu pula seperti Lilith."
"Terima kasih, tuanku." Iezzi menunduk hormat sekali lagi pada si raja.
Raja Elion tiba-tiba mengusap kepala Iezzi.
Iezzi terkejut dengan sentuhan itu, tetapi dibiarkan saja. Dia memandang wajah redup Raja Elion yang penuh dengan kasih sayang.
"Apa tuanku buat ni?" Seorang lelaki tua bertanya dengan riak tidak puas hati. Lelaki itu kelihatan tidak suka melihat sikap rendah diri rajanya kepada si gadis yang tidak dikenali itu.
"Kenapa? Beta ada lakukan sesuatu yang salah ke?" Raja Elion bertanya kehairanan.
"Apa maksud tuanku dengan puteri Kerajaan Shadow dan juga pahlawan lagenda tu? Tuanku kenal ke gadis muda ni?" Seorang lagi lelaki bertanya untuk mendapatkan jawapan.
"Remaja ni terlalu muda dan mentah untuk dipanggil dengan nama pahlawan tu. Lagi pula, dia datang bersama dengan para peserta yang lain, mana mungkin dia adalah puteri yang hilang belasan tahun lepas? Mana buktinya?" Lelaki yang pertama tadi berkata lagi.
"Tch!" Izzi berdecit geram. Dari pandangan lelaki tua itu saja, Iezzi dapat tahu bahawa lelaki itu langsung tidak suka dengan kehadirannya.
"Zeftar, jaga muut kamu. Beta lebih tahu dari kamu dan dia tak perlu membuktikan apa-apa kepada semua orang," kata Raja Elion yang kelihatan marah dengan kenyataan si lelaki bernama Zeftar yang menafikan status Iezzi.
"Tapi tuanku, ada betul juga apa yang dikatakan Tuan Zeftar sebentar tadi. Kita tak boleh membuat keputusan tanpa sebarang bukti yang kukuh."
Semua yang berada di dalam ruang itu turut bersuara setuju.
"Baiklah, kalau itu apa yang semua mahukan. Saya akan buktikannya." Iezzi bersuara.
Raja Elion memandang Iezzi dan menggeleng.
"Kamu tak perlu lakukannya jika kamu tak mahu."
Iezzi tersenyum.
"Tak apa, tuanku. Demi kepuasan semua pihak, saya akan lakukannya."
Raja Elion mengeluh perlahan.
"Jangan terlalu memaksa diri kamu kalau kamu tak mampu lakukannya."
"Baiklah tuanku. Terima kasih sebab risaukan saya."
Iezzi menunduk hormat sebelum berlalu keluar dari ruang.
Si gadis kembali masuk ke dalam kawasan gelanggang perlawanan.
Iezzi berdiri di tengah gelanggang.
Semua pennton yang masih di tempat mereka, memandang pelik ke arah Iezzi yang tiba-tiba berdiri di sana walhal perlawanan sedang ditangguhkan buat sementara.
Semua ahli pentadbir dan Raja Elion memerhati dari ruang balkoni bilik menghadap.
Iezzi memejamkan matanya. Dia kemudiannya menghembus nafas perlahan.
YOU ARE READING
Iezzi's Story: The Descendant Of Shadow [C]
FantasyMengisahkan seorang gadis yang telah terpilih sebagai Pahlawan Shadow Hunter bagi melindungi sebuah negara yang bakal menghadapi peperangan. Tugas ini terpaksa disandang olehnya bagi mengetahui identiti sebenarnya. Berjayakan dia dalam peperangan...