Bab 12: Permission

5.7K 481 11
                                    


Setelah tamat saja waktu sekolah, Wyvern terus keluar dari sekolah dan mengatur langkah menuju ke rumah Iezzi.

Dia berjalan sendiri dan berjaga-jaga, memastikan Iezzi tidak mengekorinya ataupun pulang tiba-tiba.

Tiba saja di depan rumah si gadis, Wyvern mendaki anak tangga dan berdiri kaku di depan pintu rumah. Dia mengumpul semangat dan keyakinan terlebih dahulu sebelum mengetuk pintu rumah.

Beberapa ketika kemudia, pintu dibuka dari dalam. Seorang wanita membuka pintu.

Wyvern memberikan senyuman kepada Ema.

"Gray? Iezzi tak balik lagi. Dia ada latihan hari ni," beritahu Ema, agak terkejut dengan kedatangan Wyvern.

"Oh, tak apa. Saya bukan nak berjumpa dengan dia pun," kata Wyvern.

Berkerut dahi Ema apabila Wyvern berkata sebegitu.

"Saya nak berjumpa dengan mak cik. Ada sesuatu saya nak beritahu ni. Ia agak penting."

Ema mengangguk.

"Kalau macam tu, jemputlah masuk." Ema menjemput remaja lelaki itu masuk setelah melihat keseriusannya.

"Duduk dulu, ya. Mak cik buatkan air sekejap." Ema terus menuju ke dapur.

Wyvern yang keseorangan di ruang tamu itu, mengambil keputusan untuk melihat sekeliling.

"Cantik dan kemas rumah ni." Desis Wyvern di dalam hati.

Langkah Wyvern terhenti di depan sebuah bingkai gambar yang terletak elok di atas sebuah almari.

"Keluarga Puan Ema ke?" Wyvern memandang tekun pada gambar itu.

Senyumannya terukir kecil apabila melihat gambar Iezzi yang duduk di atas riba Ema dengan senyuman mekar di bibir.

Di sebelah Ema, kelihatan seorang remaja perempuan sedang berdiri.

Wyvern berkerut dahi. Dia tidak pernah nampak mahupun kenal siapakah perempuan itu.

"Itu Ellyz, anak perempuan mak cik. Dia sekarang belajar dekat luar negara." Ema masuk semula ke ruang tamu dengan membawa sedulang minuman dan makaan ringan.

"Duduk, Gray." Ema mempersilakan Wyvern. Dia menuangkan minuman untuk remaja lelaki itu.

Wyvern duduk bertentangan dengan Ema.

"Jadi, apa yang kamu nak cakapkan? Berkenaan dengan Iezzi ke?"

Wyvern mengangguk, mengiakan tekaan Ema.

"Kenapa? Iezzi ada buat hal ke dekat sekolah? Mak cik tak tahu pula." Ema bertanya dengan riak risau

"Bukan macam tu."

Ema menghela nafas lega.

"Jadi, kalau bukan perihal sekolah? Tentang apa, ya?" Ema memandang Wyvern dengan senyuman.

Wyvern berasa serba-salah untuk memberitahu tujuannya ke situ setelah melihat senyuman wanita di depannya itu. Namun, dia tiada pilihan lain selain daripada berkata benar.

"Mak cik, saya datang ni sebab saya nak minta izin mak cik untuk bawa Iezzi pulang ke tempat asal dia," kata Wyvern tanpa berselindung.

"Apa maksud kamu?" Ema terkejut mendengar kata-kata Wyvern, namun dia cuba mengawal riak wajahnya agak tidak terlalu kelihatan terkejut.

Wyvern menghela nafas berat.

"Sebelum saya beritahu perkara dengan lebih lanjut, ada baiknya saya perkenalkan diri saya dulu. Untuk pengetahuan mak cik, nama saya adalah Wyvern. Saya dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan membawa Iezzi pulang malam ni juga."

Ema tidak berkata apa. Dia kelu dan buntu.

"Apa maksud semua ni? Dia Wyvern?"

"Mak cik, Iezzi mempunyai kebolehan yang tidak dimiliki oleh manusia di dunia ni. Ini kerana dia bukan berasal dari dunia ni. Begitu juga dengan saya. Kami berdua sama." Terang Wyvern. Dia bertekad mahu membawa Iezzi pulang walau apa pun yang terjadi.

"Apa bukti yang kamu bukan manusia biasa?" Ema bertanya untuk mendapatkan kepastian.

Wyvern tersenyum kecil.

Tangan dibuka dan dalam sekelip mata, satu pentagram terhasil di atas telapak tangan Wyvern.

Ema terkejut melihat kemunculan pentagram itu.

Dari pentagram itu, munculnya sebuah buku.

Ema terkejut melihat buku itu. Buku itu kelihatan sama dengan buku yang ditemuinya semasa kali pertama dia menjumpai Iezzi di depan rumahnya.

Wyvern mengambil buku itu.

"Mak cik tahu yang saya akan datang, bukan?" Wyvern tersenyum.

Ema terdiam.

"Buku ini ditulis sendiri oleh bonda Iezzi. Bonda Iezzi mampu melihat masa lalu dan masa depan. Dia menulis buku ini untuk memudahkan kerja saya mencari Iezzi." Tambah Wyvern lagi.

Wyvern memandang riak wajah Ema.

Riak wajah Ema menunjukkan jelas bahawa wanita itu risau dan tak mahu melepaskan Iezzi dengan mudah.

Wyern mengeluh perlahan. Melihat pada riak wajah wanita itu membuatkan Wyvern semakin serba salah.

"Mak cik cuma tak nak Iezzi terlibat dengan perkara semua ni," kata Ema dengan nada sayu. Dia menundukkan kepalanya dengan air mata yang bertakung pada kelopak mata.

Seperti yang tertulis di dalam buku, Iezzi akan terlibat dalam satu pertarungan yang sangat hebat semasa keberadaannya di sana nanti dan perkara itu yang Ema mahu elakkan daripada Iezzi melaluinya.

"Sama ada mak cik setuju atau tidak, saya tetap akan bawa Iezzi secara diam." Wyvern berkata dengan tegas. Meskipun dia berasa kasihan dengan wanita itu, namun di tidak boleh lemah dan menyerah.

Ema mendongak dan menatap wajah Wyvern. Melihat pada riak Wyvern yang serius, Ema tahu yang remaja itu tak akan berganjak dari keputusannya.

Ema mengambil nafas dalam dan menghembusnya perlahan.

"Baiklah, mak cik izinkan. Tapi, izinkan mak cik tengok Iezzi buat kali terakhir." Ema berkata dengan suara yang bergetar, menahan kesedihan yang menyapa diri.

Wyvern berdiri dan melutut di hadapan Ema.

Tangan Ema digenggam erat.

"Saya janji akan jagakan Iezzi dengan elok. Saya akan jaga dia seperti mana nyawa saya sendiri." Wyvern memberi jaminan kepada Ema.

Ema mengangguk faham.

Wyvern terus mendakap erat tubu Ema.

Ema menangis dalam dakapan Wyvern Dia tidak dapat menahan sedih apabila memikirkan bahawa dia akan berpisah dengan Iezzi. Anak yang dijaganya sejak kecil seperti anaknya sendiri.

Dakapan dileraikan.

Wyvern mengesat lembut air mata yang membasahi pipi Ema. Dia cuba mengukirkan senyuman untuk meyakinkan wanita itu.

Melihatkan kesungguhan Wyvern, Ema turut mengukirkan senyuman untuk menenangkan dirinya.

Setelah beberapa ketika kemudian, Wyvern mengambil keputusan untuk mengundur diri.

"Mak cik, saya nak minta diri dulu. Malam nanti saya akan datang bersama-sama dengan yang lain."

Ema mengangguk faham.

Kedua-dua mereka berdiri dan berjalan ke arah pintu utama.

Ema membukakan pintu untuk Wyvern.

"Saya pergi dulu."

"Hati-hati."

Wyvern tersenyum. Dia kemudian berlalu pergi meninggalkan kawasan rumah itu.

Ema menutup pintu rumahnya.

Dia kemudiannya menyandarkan belakang badannya pada pintu.

Ema melorot jatuh dan terduduk di atas lantai. Dia kemudiannya menekup wajah dan menangis semahunya.

"Maafkan ibu, Iezzi. Ibu tepaksa lepaskan kamu."

Ema menangis teresak-esak.

Iezzi's Story: The Descendant Of Shadow [C]Where stories live. Discover now