Bab 26:First Town

4.6K 345 13
                                    


Dua hari berlalu. Sepanjang dua hari perjalanan, mereka hanya menempuh hutan dan hanya behenti berehat untuk rehat dan tika waktu malam saja.

Derapan kaki kuda kedengaran jelas dengan bunyi unggas yang berterbangan memeriahkan suasana hutan yang sunyi.

"Hah. Tak ada kawasan bandar atau perkampungan ke dekat sini?" Edy merungut kelelahan.

Iezzi menghentikan kudanya.

"Dekat depan sana ada satu pekan kecil. Nak berhenti sekejap ke?" Iezzi memandang Edy dan Elly silih berganti.

"Boleh jugak. Badan Elly pun dah sakit-sakit ni." Rungut Elly sambil menumbuk perlahan belakangnya yang sakit.

Iezzi mengangguk faham.

"Kawasan tu ada dekat depan sana, tapi ambil masa beberapa jam jugak la nak sampai. Bersabarlah dulu, ya," kata Iezzi.

Edy dan Elly mengangguk perlahan dengan riak kecewa.

Mereka bertiga meneruskan perjalanan.

Beberapa jam kemudian, mereka mula terdengar bunyi suara orang ramai.

Bunyi suara itu menunjukkan bahawa mereka sudah semakin dekat dengan kawasan pekan yang diperkatakan tadi.

Sedang mereka bertiga fokus dengan tunggangan mereka, tiba-tiba kedengaran bunyi ranting dipijak menyapa pendengaran mereka.

Tiga beradik itu terus mengehentikan kuda mereka.

Iezzi turun dari kudanya dan memerhatikan kawasan sekeliling.

"Nampak apa-apa ke kak?" Elly bertanya dengan riak cuak.

Iezzi menggeleng perlahan meskipun matanya masih meliar, memerhatikan kawasan sekeliling mereka.

"Kak Iezzi." Edy memanggil sambil menuding jari ke satu arah di sebelah kiri mereka.

Iezzi menoleh.

"Ada sesuatu dekat sana," kata Edy.

"Kau berdua tunggu dekat sini," arah Iezzi sebelum berlari ke arah yang ditunjuk Edy tadi.

Apabila menyedari kedudukannya sudah diketahui oleh tiga orang manusia itu, dia terus membuka langkah seribu melarikan diri daripada ditangkap.

Iezzi agak terkejut apabila menyedari bahawa yang dikejarnya kini adalah seorang kanak-kanak perempuan. Namun, Iezzi masih meneruskan langkahnya, mengejar susuk kecil itu.

Kanak-kanak itu meneruskan lariannya walaupun dia sudah tercungap-cungap kepenatan.

Tanpa disedarinya, kaki kecil miliknya tersadung pada akar pokok yang menjalar di atas lantai hutan. Tubuh kecil itu jatuh tersungkur menyembam tanah.

"Hic! Hic!"

Melihat situasi itu, Iezzi mempercepatkan lariannya dan segera mendapatkan kanak-kanak itu.

"Hei. Kamu tak apa-apa?" Iezzi melutut di hadapan kanak-kanak itu.

Kanak-kanak itu mengangkat wajahnya.

Wajah kanak-kanak perempuan itu sangat comot dengan kotoran tanah serta terdapat kesan luka berdarah pada dahinya

"Kamu boleh bangun?"

Kanak-kanak itu menggeleng.

Iezzi membantu kanak-kanak itu bangun dan mendudukkannya bersandar pada pokok berhampiran.

Kanak-kanak itu kelihatan ketakutan dan Iezzi berasa kasihan melihat kanak-kanak kecil itu.

Iezzi mengelurkan sehelai sapu tangan bersih miliknya. Luka pada dahi kanak-kanak itu dilap dengan berhati-hati.

Iezzi's Story: The Descendant Of Shadow [C]Where stories live. Discover now