Bab 30:Topaz Town

4.1K 333 4
                                    


Awal pagi itu, mereka tiga beradik terus bertolak menuju ke lokasi seterusnya.

Memandangkan jarak ke pekan seterusnya tidaklah berapa jauh dari tempat mereka bermalam tadi, mereka sampai ke pekan bernama Topaz pada waktu tengah hari.

Pekan itu kelihatan sangat sibuk memandangkan waktu itu adalah waktu rehat kebanyakkan orang yang bekerja.

"Wah, ramainya orang."

"Nampaknya kita kena tinggalkan kuda kita dekat tempat lain," kata Iezzi.

Edy dan Elly mengangguk setuju.

Mereka bertiga berlalu mencari tempat untuk meninggalkan kuda mereka.

Tiga ekor kuda itu ditinggalkan di sebuah bangsal kuda dan sedikit bayaran diberikan kepada pemilik bangsal itu.

Mereka bertiga kembali ke pekan dengan berjalan kaki.

"Kita nak makan dulu ke macam mana ni?" Edy bertanya sambil memegang perutnya, menandakan bahawa dia sedang lapar. Lagi-lagi setelah menghidu bau pelabagai jenis makanan yang dijual ditepi-tepi jalan.

"Boleh juga." Iezzi setuju.

Mereka berjalan untuk beberapa ketika, mencari kedai makan yang mampu menarik perhatian.

"Apa kata yang tu?" Elly menuding jari ke arah sebuah kedai makan yang kelihatan ramai dengan pelanggan.

Iezzi dan Edy menggeleng serentak.

"Ramai sangat. Malas nak tunggu lama-lama," kata Edy jujur.

Walaupun kedai yang ramai orang agak menarik perhatian, namun mereka tidak ada masa untuk menunggu lama untuk makanan disediakan.

Mereka meneruskan pencarian.

Dalam pada mereka leka dengan memandang kawasan sekeliling, seorang lelaki tiba-tiba melintasi mereka dan terlanggar bahu Iezzi.

"Maaf." Lelaki itu meminta maaf tanpa mengangkat kepalanya.

Iezzi tidak mengendahkan perkara itu. Dia meneruskan perjalanannya sehinggalah dia tersedar ada sesuatu yang tidak kena.

Iezzi menghentikan langkahnya. Dia menyeluk poket pakaiannya seolah-olah sedang mencari sesuatu.

Edy dan Elly turut berhenti dan melihat tingkah Iezzi dengan rasa hairan.

"Kenapa kak?" Edy dan Elly bertanya seretak.

"Lelaki tadi curi duit kita."

"Lelaki?"

Edy dan Elly memandang sekeliling, cuba mencari lelaki yang mencurigakan.

"Tch!" Iezzi berdecit, marah dengan diri sendiri atas kecuaiannya.

"Jadi, macam mana sekarang ni?" Edy bertanya.

"Jangan risau, akak boleh jejak dia."

Edy dan Elly mengangguk faham.

Tiga beradik itu terus menjejaki si pencuri tadi sehinggalah mereka bertemu dengan seorang lelaki berkerudung di satu lorong kecil belakang bangunan kedai.

"Hoi!" Iezzi menjerkah.

Lelaki itu menoleh. Sedar dirinya dah ditangkap oleh pemilik dompet yang dicurinya tadi, si lelaki terus melarikan diri.

"Jangan lari!" Iezzi mengejar lelaki itu. Edy dan Elly menghilang, masuk ke dalam badan Iezzi.

Aksi kejar mengejar itu berlaku di lorong kecil belakang kedai.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 18, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Iezzi's Story: The Descendant Of Shadow [C]Where stories live. Discover now