Pagi itu Iezzi bersiap dengan pakaian serba hitam dikenakan pada tubuh dan pedang kegelapan yang terhasil dari kuasanya tersisip kemas pada pinggang.
Rambut putih yang panjang diikat dengan kemas.
Iezzi memeriksa kelengkapannya untuk ke Hutan Spirit buat kali terakhir bagi memastikan tiada satu pun barangnya tertinggal.
Wyvern yang sejak dari tadi memerhatikan tingkah Iezzi, mula berasa berat hati untuk melepaskan Iezzi pergi seorang diri. Walapun gadis itu akan ditemani oleh Edy dan Elly, namun Wyvern masih berasa tidak tenang dan bimbang.
"Wyvern." Iezzi memanggil.
Wyvern membalas pandangan mata Iezzi yang memandangnya dengan pandangan risau.
"Kau kenapa? Tak sihat ke?" Iezzi bertanya. Gadis itu berjalan menghampiri Wyvern.
Wyvern menggeleng dan cuba mengukirkan senyuman di bibirnya.
"Jangan buat aku risau, Wyvern. Aku tak boleh nak jagakan kau kalau apa-apa terjadi pada kau sepanjang pemergian aku," kata Iezzi yang benar-benar risau melihat kesuraman yang terlakar di wajah Wyvern.
Wyvern mencapai kedua-dua belah tangan Iezzi dan menggenggamnya dengan kemas.
"Jangan risau, Iezzi. Aku tak apa-apa," kata Wyvern sambil memandang tepat ke dalam mata Iezzi.
Iezzi menghela nafas perlahan.
"Jangan risau, aku akan segera balik lepas urusan aku selesai."
Wyvern mengangguk akur. Kedua-dua belah tangan Iezzi dicium lembut.
"Jaga diri, Iezzi."
Iezzi mengukirkan senyumannya.
"Kau pun, Wyvern"
Beberapa saat kemudian, terdengar bunyi ketukan di pintu.
"Tuanku, semua dah sedia dan menunggu tuanku di bawah." Suara Mint kedengaran dari luar.
"Okey! Terima kasih, Mint." Iezzi membalas.
Wyvern berdiri dan menghulurkan tangannya. Dia mahu mengiring Iezzi buat kali terakhir sebelum si gadis pergi.
Iezzi tersenyum senang dan menyambut huluran tangan Wyvern tanpa berfikir panjang.
Mereka berdua turun ke bawah bersama.
Di kawasan luar istana, kelihatan Raja Elion, Edy dan Elly serta beberapa orang pengawal sedang berdiri di hadapan pintu masuk istana.
Di kalangan mereka, terdapat juga Ivar di situ.
Pandangan Iezzi dan Ivar bertemu.
Iezzi mengukirkan senyuman buat lelaki itu.
Ivar turut tersenyum dan menunduk hormat ke arah gadi situ.
"Maaf Iezzi lambat, ayahanda." Iezzi berdiri di depan Raja Elion.
Raja Elion menyentuh kedua-dua belah bahu Iezzi.
"Jaga diri kamu elok-elok. Kalau kamu rasa tak mampu untuk teruskan perjalanan kamu, ayahanda sedia menghantar pengawal istana untuk jemput kamu semula," kata Raja Elion dengan riak serius.
Iezzi tertawa kecil.
"Baiklah, ayahanda."
"Dan lagi satu..."
Seorang pembantu lelaki berdiri di sebelah Raja Elion. Di tangan lelaki itu terdapat satu kotak baldu berwarna hitam.
Kotak itu dibuka dan kelihatan seutas rantai dengan permata biru sebagai anak rantai.
YOU ARE READING
Iezzi's Story: The Descendant Of Shadow [C]
FantasyMengisahkan seorang gadis yang telah terpilih sebagai Pahlawan Shadow Hunter bagi melindungi sebuah negara yang bakal menghadapi peperangan. Tugas ini terpaksa disandang olehnya bagi mengetahui identiti sebenarnya. Berjayakan dia dalam peperangan...