Sehari sebelum Iezzi bertolak pergi, Wyvern ada mengajak remaja perempuan itu untuk keluar dengannya.
Iezzi setuju dengan ajakan lelaki itu memandangkan dia akan merindui Sihyna buat sementara.
Iezzi dan Wyvern berjalan beriringan, mengelilingi kawasan bandar Sihyna.
"Ramai juga orang dekat kawasan ni. Aku ingatkan pada hari bekerja kawasan macam ni akan lengang sikit," kata Iezzi sambil memandang kawasan pejalan kaki yang dipenuhi dengan orang ramai.
"Ini kawasan tarikan utama. Lagipun, dekat sini pun ada pusat membeli-belah terbesar dalam bandar ni," balas Wyvern dengan tenang.
Iezzi mengangguk faham.
Remaja prempuan itu leka dengan suasana sekelilingnya. Dia kagum melihat struktuk bangunan dan cara kehidupan manusia di situ yang tidak ubah seperti kehidupan manusia di dunia sebelum ini. Yang bezanya hanyalah kemajuan dari segi teknologi.
Wyvern tersenyum melihat wajah Iezzi yang ceria dan dipenuhi dengan rasa ingin tahu.
Dalam leka melihat sekeliling, Iezzi tidak menyedari jaraknya yang semakin menjauh ke depan dari Wyvern.
Wyvern sedar akan perkara itu dan cuba mengejar dan mendapatkan Iezzi semula.
Namun, disebabkan orang ramai di kawasan itu, ia membuatkan Wyvern sukar untuk segera mendapatkan Iezzi.
"Iezzi!" Wyvern terus menggenggam erat tangan Iezzi apabila dia berjaya mengejar si gadis.
Iezzi yang terkejut terus menoleh dan bersedia untuk menyerang orang yang menggenggam tangannya secara tiba-tiba itu.
"Iezzi, aku ni!" Wyvern berkata selepas berjaya menahan buku lima Iezzi dari mengena mukanya.
"Wyvern! Maaf. Kau kenapa nampak penat sangat ni?" Iezzi terkejut dan kehairanan melihat keadaan Wyvern yang tercungap-cungap mencari nafas.
"Kau memang suka berjalan tak pandang kiri kanan ke apa? Kalau aku hilang kau macam mana?" Wyvern berkata dengan nada marah.
"Hilang aku? Kalau kita terpisah pun, kau masih boleh kesan keberadaan aku selagi aku pakai rantai ni." Iezzi berkata dengan tenang. Gadis itu seolah-olah tidak sedar dengan kerisauan yang terpancar jelas di wajah Wyvern.
"Argh! Boleh gila aku melayan kau ni!" kata Wyvern sambil mengusap mukanya.
"Ambil ni."
Wyvern mengalihkan tangannya dan memandang ke arah huluran Iezzi.
"Lap peluh kau tu," kata Iezzi yang menghulurkan sapu tangan kecil yang selalu dibawanya.
Wyvern menerima sapu tangan itu dan mengelap peluhnya.
"Kau nak duduk berehat sekejap ke? Aku ada ternampak satu kafe yang menarik dekat depan sana." Cadang Iezzi memandangkan dia sudah memasang niat untuk singgah ke kafe itu.
"Boleh jugak."
Mendengarkan saja kata setuju dari Wyvern, Iezzi terus menoleh dan bersedia untuk mengorak langkahnya semula.
Belum pun dia memula langkah, Iezzi merasakan tangannya digenggam erat oleh Wyvern.
Iezzi menoleh dan memandang wajah Wyvern dengan riak tanda tanya.
"Aku akan pegang tangan kau macam ni selagi kita dekat luar. Aku tak akan biarkan kau hilang dari pandangan aku," kata Wyvern dengan riak serius.
Iezzi mengelipkan matanya beberapa kali.
"Okey..." Akur Iezzi yang kelihatan keliru dengan tingkah Wyvern.
Mereka masuk ke dalam kafe yang dikatakan dan terus mengambil tempat yang kosong.
YOU ARE READING
Iezzi's Story: The Descendant Of Shadow [C]
FantasyMengisahkan seorang gadis yang telah terpilih sebagai Pahlawan Shadow Hunter bagi melindungi sebuah negara yang bakal menghadapi peperangan. Tugas ini terpaksa disandang olehnya bagi mengetahui identiti sebenarnya. Berjayakan dia dalam peperangan...